Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu
sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah
meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.Alat
pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam
titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.Ia antara syarat pemilikan
alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya
mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada
toyol.
Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12
anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan
khurafat Difahamkan, anak krok diperoleh dari Thailand. Menjelaskan
lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit, seorang
pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata anak krok
hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiran itu dan
dipercayai tiada individu dalam negara ini mampu menghasilkannya. Dia
berkata, anak krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan
mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.“Setiap pemilik
anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun
saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.“Bomoh
juga menggunakannya sebagai alat pengimbas ala X-Ray bagi mengenal pasti
jenis penyakit yang dialami pesakitnya sebelum memulakan rawatan,”
katanya.
Fadzil berkata, anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.Bagi menghasilkan anak krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi.Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dan kekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya. Katanya, pemilik anak krok perlu membuat perjanjian aneh sebelum bergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selain membenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tiga bulan.“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, anak krok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,” katanya. Menurutnya, setiap anak krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.

(dibuka packaging)
Anda
berhati-hati lah.. Inilah yang dikatakan Kumantong atau Gumantong. Di
Singapura, anak krok ini juga dijual oleh wanita-wanita tua yang membawa
beg plastic meronda-ronda di pasar-pasar seluruh Singapura untuk
menjual anak krok ini dengan harga yang sangat murah. Ramai
samseng-samseng kita yang membelinya dan melekatkan anak krok ini di
tali pinggang mereka.
No comments:
Post a Comment