Free Search

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Saturday, January 18, 2014

Misteri Bayi Berwajah Hodoh Di New York


NEW YORK - Satu bayi robot yang dikawal dengan menggunakan alat kawalan jauh yang diletakkan di dalam sebuah kereta sorong telah membuatkan beberapa orang pejalan kaki berasa terkejut dan takut di sini, lapor akhbar New York Daily News semalam.

Bayi itu akan mengeluarkan suara termasuk muntah apabila terdapat seseorang yang mendekati serta memeriksa kereta sorong tersebut.

Kereta sorong itu diletakkan di laluan pejalan kaki di sini.

Rakaman video yang menunjukkan reaksi takut beberapa orang yang mendekati kereta sorong berkenaan telah disiarkan di laman YouTube.

Tujuan bayi robot itu yang menakutkan orang ramai itu dibuat sebenarnya adalah bagi mempromosikan filem Devil's Due yang akan ditayangkan Jumaat ini. - Agensi

Video:



Rahsia Produk Digital

Friday, June 6, 2008

High risk business


Pergh... misteri sungguh cara depa meniaga. Tak kena saman atau kena langgar dengar keretapi ker?

Tuesday, June 3, 2008

Syaitan on YouTube


Sesungguhnya Allah itu maha Besar. Allah Hu Akbar.

Sebelum melihatnya mulakanlah dengan Bismillah dan Ingatlah bahawa Allah itu sahaja yg layak untuk ditakuti. Wa Allah Hu Alam

Sunday, May 11, 2008

Saturday, December 8, 2007

Video ~ Cermin Misteri


Macam mana tangan boleh tak nampak kat cermin tu ??? Adakah cermin tu sebuah tingkap atau betul-betul cermin ajaib ?

Monday, December 3, 2007

Video ~ Bayi Berwajah Ular


Rakaman di Hospital Makkah..

Ceritanya berlaku kat hospital Makkah. Ibu malang ini telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan mengandungkan anak ketiganya yang menurut kata doctor anak itu juga seorang perempuan. Memandangkan ibu itu sudah mempunyai 2 anak perempuan jadi dia teringin pula anak lelaki. Oleh kerana doctor mengatakan anak yang dikandungnya adalah perempuan, dia merasa sedih dan setiap kali orang tanyakan kandungannya lelaki ke perempuan (semasa dia mengandung) dengan berseloroh dia menjawab dia mengandungkan anak ular (ada ke patut???).

Tiba hari yang ditentukan Allah untuk dia melahirkan bayi di dalam kandungannya itu, maka dia telah melahirkan anak yang menyerupai wajah ular. Harap2 bayi tersebut dapat diubati. Kesian melihatnya. Apa-apa pun semua yang berlaku ada kebaikannya.... Cuma Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui setiap yang berlaku.

Subhanallah. Nauzubillah. ...