Sekitar 1983-84 ..
Malaysia pernah digemparkan dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini
dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk
kekal cantik selama-lamanya. Konon ceritanya dia tidak berjaya
menyempurnakan syarat ilmu hitam yang menghendaki dia membunuh 99
wanita cantik yang muda dalam masa 3 bulan. Kemunculan Hantu Kum Kum
ini telah menjadi bualan segenap lapisan masyarakat, sehinggakan gambar
lakarannya pernah disiarkan oleh sebuah akhbar utama.
Kononnya lagi oleh kerana hanya 10 orang sahaja baki mangsa diperlukan,
dia diberi peluang untuk menyempurnakan syarat ajarannya tetapi dia
hanya boleh muncul dalam sifat seorang perempuan bertelekung dan cuma
nampak mata. Juga dia hanya boleh keluar di waktu siang
Kononnya juga kalau dia memberi salam, bunyinya ialah Asalamualaikum .. kum .. kum .. Jika sesiapa menjawab dan membuka
pintu rumah maka dia akan melunaskan hajatnya.
Maka ramailah yang jadi takut nak menjawab salam apabila tetamu datang
.. tetapi tak sedikit juga tetamu yang mengusik tuan rumah dengan
memberi salam yang meresahkan itu.
Sekadar terfikir, di mana Hantu Kum Kum tu sekarang ya ?
http://paramedik.bbfr.net
No comments:
Post a Comment