
Oleh kerana suamiku berkerja shift, aku sering tinggak sendirian dirumah. Selang beberapa minggu tinggal disitu, aku mulai merasa tidak sedap hati. Takut dan rasa seram sejuk barcampur baur apabila aku berseorangan dirumah. Kadangkala, apabila perasaan begitu terlalu kuat, aku akan kerumah kakak iparku, dan suamiku akan menyongsongku kesana. Kerap kali, semasa aku kesaorangan pada jauh malam menantikan kepulangan suami, aku merasakan seolah olah suamiku membuka pintu rumah, mengangat kasut dan meletakkannya di dapur, lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur kami. Apabila aku membuka mata, beliau tidak ada. Setiap kali begitu, bulu romaku berdiri tegak. Pada suatu malam, ketika suamiku berkerja, aku telah dikjutkan suatu suara halus dan sayup sekali kedengarannya. Diantara tidur dan jaga itu. aku terdengar suara halus seorang perempuan berkata;"Abang tak da ya..tinggal sorang ya!" lalu mengilai panjang.
Apabila aku membuka mata, tercegat satu lembaga perempuan berdiri dekat tepi katilku sambil tersenyum melihatku. Wajahnya sungguh hodoh dan rambutnya panjang hingga mencecah lantai. Pakainya serba putih. Seluruh tunuhku menggigil, tetapi aku tidak dapat melarikan diri kerana pintu bilikku berada dibelakangnya. Perlahan lahan aku menarik selimut sambil membaca ayat ayat kursi. Lembaga itu merenung tajam ke arahku dan begitu juga aku. Aku tak berani memejamkan mataku kerana khuatir kalau lembaga itu mencekik leherku. Mulutku tak henti henti membaca ayat ayat suci. Lama jugak lembaga itu memerhatikankku. Tetapi, beberapa minit kemudian dia berpusing dan menghilang ke bahagian dapur. Sejak malam itu, aku tidak berani lagi tidur seorang diri dirumah kami.
P/s : Hantu tidak pernah wujud di atas muka bumi ini. Yang wujud hanyalah jelmaan syaitan, iblis dan jin sahaja. Semua ini hanya untuk menguji ketabahan hamba-Nya. Cerita di atas diperolehi daripada internet.
2 comments:
seremnyeee... mati la aku x leh tido mlm ni...
Cite mcm ni x mustahil boleh berlaku dkat kte jg. Cume masenye blum tbe...
Ap yg nak ditakutkan dgn makhluk2 mcm ni... Sehohdoh-hodoh2 manusia, secantik-cantik jin... Jin, syaitan, iblis, mengakarung, cipan, tapir, tenuk smue adlah ciptaan-Nya jg.
JIka ia muncul, smuenye telah tertulis dan ditakdirkan Allah sbgai ujian kepada hamba-Nya.
Minta dijauhkan dari ujian2 yg boleh mensyirikkan kita. Aamiin.
Post a Comment