Free Search
Saturday, June 11, 2011
Misteri kereta Volkswagen kuning
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut.Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.
Kisah ini juga telah difilemkan dalam filem seram yang berjudul ” Volkswagen Kuning ” arahan Shahidan Kassim.Filem ini berkisarkan kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Jelapang – Bukit Meru.
Ada setengah pihak mengatakan bahawa kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Jelapang – Bukit Meru adalah berpunca daripada Volkswagen Kuning ~LB~.
Sumber : http://www.facebook.com/MisteriDanKeajaibanAlam.FakeAndFact
Sunday, January 9, 2011
Pelajar rakam imej pelik
Remaja berkenaan, Safura Zakaria, 19, secara tidak sengaja merakamkan imej pelik dan ganjil di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Batu, di sini Jumaat lalu.

Menurutnya, semasa merakamkan gambar tersebut dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga seperti seorang wanita tanpa wajah berpakaian serba hitam itu kerana terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing.
"Apabila pulang semula ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali gambar tersebut dan ternyata imej di dalamnya mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Safura berkata, dia kemudian memberitahu kejadian aneh tersebut kepada neneknya, Salamah Arshad, 70, sebelum mereka cuba merakam kembali gambar dengan kedudukan sama dengan menjadikan anak saudara lelaki berusia tujuh tahun sebagai objek seperti yang terdapat gambar berkenaan.
Namun, katanya, rakaman dengan kedudukan yang sama ternyata tidak membawa hasil seperti gambar terdahulu kerana rupa paras anak saudaranya itu jelas kelihatan tidak seperti lembaga tersebut.
"Gambar dalam telefon bimbit itu, seolah-olah satu lembaga tidak berwajah serta tanpa kaki sedang melihat ke arah saya yang menghadap cermin muka.
"Sebaik sahaja berita ini tersebar, ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang berkunjung melihat rakaman tersebut dan memindahkannya ke telefon bimbit mereka," katanya.
Sementara itu, neneknya, Salamah memberitahu, kejadian aneh tersebut adalah yang pertama berlaku di rumah tersebut yang telah didiami sejak 20 tahun lalu.
"Entahlah, nenek tidak tahu teknologi telefon sekarang, tetapi apa yang pasti gambar tersebut seolah-olah satu lembaga aneh sedang berdiri di belakang Safura," katanya.
Sementara itu, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar tersebut berkata:
"Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.
"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.
Saturday, July 10, 2010
Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Bhgn 2)
Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.
Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:
Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.
Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam,
sampai 3,000 malaikat jumlahnya.
Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya;
Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.
Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.
Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.
Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia
seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.
Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36.
Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaikbaik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.
Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata:
Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:
Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.
Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.
Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga.
Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:
Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.
Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:
Bersambung...
Saturday, May 22, 2010
Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Bhgn 1)
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Darussyifa'
1.0 PENDAHULUAN
Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:
Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:
i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta
makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.
ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.
iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.
iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.
v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.
Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan
penerangan khusus mengenainya.
Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A'raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain.
Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17:


Dalam ayat ini, Iblis bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. sehingga mereka semua binasa atau sesat seperti dirinya juga. Iblis jarang menyekat perbuatan baik seseorang itu namun apabila ia telah tiba di peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya untuk memperolehi
keredhaan Allah s.w.t. Iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran-saluran yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.
Iblis bukan setakat menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang, tetapi iblis akan sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak bangun untuk bersembahyang. Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan
merasakan bahawa tidur itu lebih baik baginya. Apabila langkah tersebut tidak berjaya iblis dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika ia mengambil wuduk. Apabila ia juga tidak berjaya dan manusia terus bangun bersembahyang, maka iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika ia
bersembahyang. Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang. Akibatnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.
Ayat seterusnya pula memperlihatkan setakat mana jalan-jalan itu disekat oleh iblis.
Ayat di atas bermaksud bahawa iblis menyekat manusia daripada melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah s.w.t. dari empat sudut iaitu dari depan, belakang, kanan dan kiri, tanpa menyebut atas dan bawah. Iblis tidak menyebut yang ia akan menyekat bahagian atas kerana ia tidak berupaya berbuat demikian. Bahagian ini adalah tempat di antara seorang hamba dan rahmat Allah s.w.t. seperti yang disebut oleh Ibn Abbas. Bahagian bawah tidak disebut kerana sifat takabur iblis yang tidak mahu tunduk menyekat dari bahagian bawah. Tindakan iblis dan kuncu-kuncunya lebih berkesan dari bahagian depan dan belakang dan kurang berkesan dari bahagian kanan dan kiri kerana bahagian-bahagian ini dipelihara oleh malaikat.
Tegasnya peranan syaitan ialah menyesatkan manusia sejauh yang boleh (an-Nisa':60). Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami bahawa makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersama-samanya, seperti yang tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169:
Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan. Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:
Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan. Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:
Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya makhluk-makhluk jin yang beriman kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan nabi Muhammad seperti yang tersebut dalam Surah al-Jinn ayat 13:
Pada satu, ketika ada satu golongan jin yang mendengar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran, padahal baginda sendiri tidak mengetahui kehadiran mereka. Peristiwa ini termaktub dalam al-Quran, Surah al-Ahqaaf ayat 29:
Ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. telah mendatangkan sekumpulan jin kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar al-Quran. Ketika mereka mendengar, sebahagian daripada mereka memperingatkan teman-teman yang lain supaya diam dan mendengar al-Quran tadi. Setelah itu mereka pun balik menemui kaum mereka yang belum beriman supaya beriman kepada Allah s.w.t.
Jelasnya bahawa manusia dan jin itu dicipta oleh Allah s.w.t. untuk menyembahnya Mereka diberi akal fikiran dan ikhtiar. Perbuatan baik dan jahat mereka dihisab seperti yang dijelaskan dalam Surah al-A'raf ayat 179:
Ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan telinga oleh Allah s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun demikian banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah. s.w.t. itu sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian Allah s.w.t. untuk jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Sikap demikian itu menyebabkan mereka seperti binatang yang tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Ditinjau dari sudut lain, mereka sebenarnya sesat begitu jauh, lebih teruk daripada binatang kerana binatang tidak mempunyai akal dan ikhtiar.
Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikan manusia dan jin di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. amat kaya dan tidak mengambil manfaat daripada sifat taabbudi seseorang hambanya seperti yang tersebut dalam Surah adz-Dzaariyyat ayat 56 dan 57:
Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan Makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia.
Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan demikian, kita seharusnya memahami bahawa manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang) yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atau berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi. Dari sinilah kita akan dapat melihat kedudukan manusia yang sebenarnya, sering terdedah kepada godaan musuh-musuh Allah s.w.t.
Iblis telah mengakui dan menyedari bahawa ia tidak berupaya hendak membinasakan orang yang ikhlas. Namun demikian, sifat ikhlas itu tidak boleh diperoleh oleh semua orang dengan begitu mudah. Sifat ikhlas merupakan satu natijah daripada gagasan rangkaian iman yang wujud pada diri seseorang. Oleh sebab itu, tidak pelik jika iblis itu tidak dapat menggoda orang yang ikhlas. Bagi mereka yang tidak beriman, iblis dan syaitan adalah pemimpin mereka, tidak kira sama ada iblis dan syaitan itu bersifat manusia ataupun daripada kalangan makhluk-makhluk halus.
Dalam Surah al-A'raaf ayat 27 Allah berfirman:
Jelasnya bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan udara, air dan sebagainya.
Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan. Pada satu ketika isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Safiyyah menziarahi baginda yang sedang beriktikaf di masjid. Ketika Safiyyah hendak meninggalkan masjid baginda telah mengiringinya sampai ke pintu masjid. Pada waktu yang sama datang dua orang lelaki daripada golongan Ansar Ialu memberi salam. Rasulullah menjawab salam tadi dan berkata: "Sila kamu berdua masuk. Dia ini ialah Safiyyah bin Hay". Mendengar kata Rasulullah, mereka berdua pun mengucap "Subhanallah" . Kemudian Rasulullah bersabda:
Peristiwa di atas terjadi pada bulan Ramadan. Mengirut kebiasaannya Rasulullah s.a.w. sejak 21 hingga akhir bulan Ramadan akan berada di masiid siang dan malam untuk beriktikaf. Pada satu malam Safiyyah berkunjung ke masjid kerana sesuatu keperluan. Ketika pulang baginda menghantarnya hingga ke pintu masjid. Dua orang Sahabat yang datang itu berlalu dengan cepat menyingkir diri setelah melihat Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita, yang dirasakan mungkin bukan mahramnya. Pada fikiran Sahabat tadi, dengan berbuat demikian, Rasulullah s.a.w. tidak akan merasa malu bila berjumpa dengan mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menerangkan keadaan yang sebenar, menyatakan perempuan yang bersamanya itu ialah isterinya. Baginda khuatir kalau silap faham atau rasa curiga itu akan menimbulkan fitnah besar, lebih-lebih lagi sekiranya hal ini terdengar oleh orang-orang munafik, seperti peristiwa yang telah menimpa Aishah, pada peristiwa HadithuI-ifq.
Walaupun demikian segala jenis makhluk halus tidak boleh menjelma menyerupai Rasulullah s.a.w. Sebuah hadith riwayat Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sebuah hadis lain riwayat daripada Jabir r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Tentang jenis-jenis makhluk halus ini, Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat.
Abu Darda' telah meriwayatkan secara marfu' hadis yang berbunyi:
Dalam kitab Gharaibu wa 'AjaibiiI-Jinn karangan AI-Qadi Baharuddin menyebutkan tentang adanya sejenis jin yang separuh rupanya seperti manusia, namanya Shaqq, kerjanya menghalangi orang yang musafir bersendirian dan adakalanya membinasakan dia.
Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari. Lalu ia mengadu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam dat.anglah satu lembaga menyerupai gajah. Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa lembaga itu akan datang lagi dan menyuruh Muaz menunggu.
Pada malam yang kedua Muaz telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi tetapi melepaskannya apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang lagi.
Pada malam ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia dilepaskan oleh Muaz setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran, iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah, syaitan tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah Surah al-Baqarah ayat 285:
Sebuah hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan bahawasanya ia mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya. Tiba-tiba didapati isinya telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga, tiba-tiba terlihat bayangan seorang budak. Lalu ia memberi salam kepada budak tadi dan dijawab salamnya. Apabila ditanya siapa dia yang sebenarnya, adakah jin atau manusia. Lembaga itu menjawab mengatakan bahawa ia adalah jin. Ubai bin Kaab meminta supaya lembaga itu menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan, didapati tangan itu seperti tangan anjing begitu juga rambutnya. Bila ditanya adakah jin dijadikan sedemikian rupa. Dijawab, bahawa bentuk jin adalah lebih dahsyat daripada dirinya.
Berdasarkan ringkasan maksud hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus berupaya menjelmakan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk kecuali rupa Rasulullah s.a.w.
Imam Muslim meriwayatkan bahawa seorang pemuda kaum Ansar telah membunuh ular dalam rumahnya, lalu ular itu mati. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu lihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.
Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari ia mempunyai seorang tamu. Tiba-tiba tamu itu melihat ular dan hendak membanuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya.
Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sabahat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang.
Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar. Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu, menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. Pemuda itu terus masuk ke dalam. Didapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok di hadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati.
Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda:
Seperti yang dijelaskan bahawa makhluk-makhluk halus itu ada 3 jenis, iaitu jin, syaitan dan iblis. Di antara jin-jin tersebut, ada yang beragama Islam, Yahudi, Kristian, Majusi dan ada yang menganut bermacam-macam penyembahan dan kepercayaan seperti manusia juga.
Syaitan lebih rendah martabatnya dariada jin dan ifrit kerana hidup mereka semata-mata untuk menganggu dan membinasakan makhluk-makhluk Allah. Makhluk-makhluk halus merupakan makhluk-makhluk yang hidup mempunyai roh yang membolehkan mereka hidup berketurunan. Mereka mempunyai batasan umur
yang telah ditetapkan oleh Allah seperti manusia juga. Jin akan mati apabila tiba ajalnya, tetapi umur syaitan (keturunan iblis) adalah panjang yang hanya akan berakhir dengan tiupan sangakala pertama.
Dalam peristiwa yang menyebabkan iblis dilaknat dan dihukumkan kafir oleh Allah, iblis telah memohon kepada Allah agar umurnya juga keturunannya dipanjangkan seperti yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 36:
Wahai Tuhanku, (kalau demikian) berilah aku tangguh sampai hari mereka akan dibangkitkan.
Allah telah memperkenankan permohonannya dengan firmannya seperti yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 37 & 38:
Jelasnya iblis dan keturunannya, iaitu syaitan tidak akan mati hingga hari kiamat. Ini berbeza dengan had umur jin yang akan mati apabila tiba masanya seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.
Bersambung....
Tuesday, December 1, 2009
Belajar Merawat Santau
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.

Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.
Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari kawan tokngah yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Tokngah cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua'lam...............
Tuesday, October 20, 2009
Cara Mudah Mengenalpasti Terdapat Gangguan Jin / Sihir atau Tidak
SEJARAH SIHIR
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”
(Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.
RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi” - pengikut-pengikut
9. Al Qarna” - pengawan-pengawan
10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur
PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.
Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas
Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untu
Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.
Disini, kami sajikan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.
1.2 Masa Yang Sesuai Untuk Kita Mengenalpasti
Pembaca disarankan melakukan tekni
Keadaan Di Hadapi Pesakit | Contoh-Contoh |
Menyemak kemajuan rawatan | · Setelah dikatakan bersih atau pulih oleh perawat
|
Doktor tidak dapat memberi pandangan yang yakin | · Bengkak pada pesakit berubah-ubah kedudukan sehingga pesakit sering ditukar wad · Penyakit dikatakan termasuk senarai penyakit ganjil (rare disease) · Penyakit berulang walaupun sebelumnya pesakit telah berjaya dipulihkan
|
Terjumpa atau terpegang peralatan sihir | · Terpegang katak kering berwarna hitam yang diletakkan di bawah alas kaki di pintu masuk Bilik Mesyuarat Utama semasa tender · Membersihkan keris pusaka atau barang-barang lama · Membuka pintu/pagar rumah dan didapati ada kesan titik-titik kapur warna putih, atau darah ayam warna merah yang tidak diketahui puncanya · Pasir bertaburan didepan pintu rumah atau di atas meja di pejabat · Terjumpa botol kecil mengandungi cecair diselitkan dicelah pasu bunga di depan rumah
|
Memegang atau dipegang orang-orang yang disyaki didampingi jin | · Terasa meremang semasa mengurut orang · Diurut oleh tukang urut yang disyaki didampingi jin · Bersalam dengan orang-orang yang disyaki didampingi jin · Terlibat dalam rawatan kes gangguan samada memegang pesakit merasuk atau membantu perawat
|
Melalui kawasan-kawasan keras atau anker | · Melalui rumah-rumah tinggal pada waktu malam · Melalui kawasan-kawasan kubur · Melalui kawasan-kawasan kuil atau berhala |
1.3 Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti
Berdasarkan pengamalan penulis yang terhad, ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untu
1.3.1 Teknik Ujian
Cara ujian adalah mudah:
(a) Ambil kadar degupan jantung sipesakit
(b) Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(c) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(d) Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)
(e) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit
(f) Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:
· sendawa,
· batuk-batuk, atau
· rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan
1.3.2 Set 1
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT | dari Surah Maryam, Ayat 1 |
HA MIMMMMMM | dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1 |
’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF | dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2 |
1.3.3 Set 2
Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.
Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).
THO HA | dari Surah TaHa, Ayat 1 |
THO SINNNNNN | dari Surah AnNaml, Ayat 1 |
THO SINNNNNN MIMMMMMM | dari Surah 26 AsShu’ara, Ayat 1 |
YA SINNNNNN | dari Surah Yasin, Ayat 1 |
NUNNNNNNN |