Free Search

Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

Pelajar rakam imej pelik

Keasyikan seorang penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam merakamkan wajah sendiri pada waktu maghrib menggunakan telefon bimbit akhirnya memberi suatu pengalaman yang sukar untuk dilupakannya.

Remaja berkenaan, Safura Zakaria, 19, secara tidak sengaja merakamkan imej pelik dan ganjil di rumah neneknya di Kampung Pengkalan Batu, di sini Jumaat lalu.


IMEJ seolah-olah lembaga hitam tanpa muka sedang merenung dirakamkan secara tidak sengaja oleh Safura

Menurutnya, semasa merakamkan gambar tersebut dia langsung tidak menyedari kehadiran lembaga seperti seorang wanita tanpa wajah berpakaian serba hitam itu kerana terus keluar bersiar-siar ke bandar Mersing.

"Apabila pulang semula ke rumah kira-kira pukul 11 malam, saya membuka telefon bimbit untuk melihat kembali gambar tersebut dan ternyata imej di dalamnya mengejutkan kami sekeluarga," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia, di sini hari ini.

Safura berkata, dia kemudian memberitahu kejadian aneh tersebut kepada neneknya, Salamah Arshad, 70, sebelum mereka cuba merakam kembali gambar dengan kedudukan sama dengan menjadikan anak saudara lelaki berusia tujuh tahun sebagai objek seperti yang terdapat gambar berkenaan.

Namun, katanya, rakaman dengan kedudukan yang sama ternyata tidak membawa hasil seperti gambar terdahulu kerana rupa paras anak saudaranya itu jelas kelihatan tidak seperti lembaga tersebut.

"Gambar dalam telefon bimbit itu, seolah-olah satu lembaga tidak berwajah serta tanpa kaki sedang melihat ke arah saya yang menghadap cermin muka.

"Sebaik sahaja berita ini tersebar, ramai saudara-mara dan rakan-rakan yang berkunjung melihat rakaman tersebut dan memindahkannya ke telefon bimbit mereka," katanya.

Sementara itu, neneknya, Salamah memberitahu, kejadian aneh tersebut adalah yang pertama berlaku di rumah tersebut yang telah didiami sejak 20 tahun lalu.

"Entahlah, nenek tidak tahu teknologi telefon sekarang, tetapi apa yang pasti gambar tersebut seolah-olah satu lembaga aneh sedang berdiri di belakang Safura," katanya.

Sementara itu, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Mersing, Zakaria Tahir ketika diminta mengulas berhubung gambar tersebut berkata:

"Allah menjadikan malaikat, jin dan syaitan sebagai makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia, namun ia boleh menyerupai atau menjelma dengan pelbagai bentuk.

"Apa yang penting sebagai manusia yang beriman kepada Allah S.W.T, kita tidak perlu taksub dan takut dengan kejadian aneh yang belum tentu kesahihannya itu sehingga boleh menjejaskan akidah," katanya.

Saturday, February 13, 2010

Keindahan di dasar laut

Klik pada gambar untuk paparan lebih besar...

Sekeping gambar mampu menceritakan sejarah berjuta tahun...

Saturday, November 21, 2009

Bayi Makhluk Asing...

Satu laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera. Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.

"Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal", terang doktor itu dengan marah. "Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang dapat kita gambarkan", katanya lagi.

Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz, bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu sahaja.

"Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk. Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu. Dia tidak mempunyai gigi tetapi itu adalah seperti yang dijangkakan bagi bayi berusia 3 bulan. Tetapi apa yang saya dapati, yang paling aneh adalah telinganya. Ia kelihatan tajam dan sangat besar. Tetapi saya gembira bila melihat bayi itu mempunyai rambut. Ini bermakna dia adalah mamalia dan boleh melahir dan menjaga anak. Dia juga mempunyai organ seks kelihatan sama seperti manusia."

Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.

"Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah ibunya", tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib yang amat baik sekali...peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa yang dapat kita mimpikan", katanya lagi.

"Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu. Bayi itu dalam perhatian sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.



p/s: betul ke ek? huhuhuuuu

Sumber : Email dari Sulela..

Sunday, August 2, 2009

Wajah sebesar cawan


Tidak ada insan yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Baik dari segi tingkah laku mahupun paras rupa. Apa yang pasti,sebagai manusia tentunya kita harus menerimanya dengan tabah.

Kelly Keener mempunyai wajah paling kecil di dunia. Mata, hidung dan mulutnya terlalu dekat antara satu sama lain hinggakan dia dapat melindungi kesemua anggotanya itu dengan sebiji cawan.

Seperti bayi lain, Kelly dilahirkan dengan sempurna hinggalah usianya menjangkau lima tahun. Sejak itu barulah ibu bapanya sedar yang kepalanya semakin membesar tetapi mukanya tidak.

Kerana kecewa, mereka membawa anak perempuan mereka menemui doktor yang apabila melihatkan keadaan Kelly, ketawa dan memberitahu mereka keadaan itu tidak dapat dielakkan lagi.

Semasa di tingkatan 4, kepalanya sudah menjadi seperti belon dengan satu wajah kecil seperti dilukis di atasnya. Ibu dan bapa Kelly membawanya menemui beberapa orang doktor lagi tetapi mereka seperti doktor terdahulu tidak dapat berbuat apa-apa.

"Salah seorang daripada doktor itu berkata, mungkin ada sesuatu pada bahagian muka saya yang tidak serasi dengan hormon menyebabkan tubuh saya membesar sementara bahagian muka tidak."

Kelly memang banyak menghadapi dugaan kerana rupanya yang demikian tetapi dia sedikitpun tidak berkecil hati.

Sumber : Email dari Sulela..

Sunday, June 7, 2009

Nasib Bayi Khinzir

Sumber : E mail dari Sulela.

Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.

Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.

Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan.

Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri.

Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan.

Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986.

Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun ia boleh terjadi. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.

Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya.

Cara dia makan tidak ubah seperti khinzir. Dia menghulurkan muncung kepada makanan sambil tangannya mencarik-carik meja.

Saturday, June 6, 2009

Lubang Gergasi Bumi

Lubang Gergasi Di Muka Bumi



Kewujudan lubang-lubang berdiameter besar dengan kedalaman hingga beratus-ratus meter sering dianggap fenomena luar biasa.PASTI ramai di kalangan pengguna Internet pernah dikejutkan dengan e-mel rantaian yang menunjukkan gambar-gambar pelik dan ngeri tentang kejadian lubang gergasi di atas muka bumi.

Bagi yang curiga, kesahihan gambar seperti itu segera disangkal dengan tanggapan ia dimanipulasi perisian suntingan imej.Dalam mencerna kesimpulan, manusia perlu mengambil kira banyak penjelasan terutama dari sudut ilmu geologi.

Antaranya adalah seperti kejadian hakisan batu kapur, pergerakan air bawah tanah ataupun impak meteor yang terjadi ratusan atau ribuan tahun sebelumnya.

China, misalnya, mempunyai lubang gergasi atau rongga bumi terbanyak di dunia, iaitu kira-kira 50 kesemuanya. Rekod penemuan fenomena landskap alam itu dalam istilah tempatan dipanggil tiankeng.

Senarai rongga bumi di China didahului tiankeng Xiaozhai. Ia mempunyai kedalaman 660 meter dan berkapasiti 119 juta meter kubik dan dikatakan mengumpul sumber air hingga berkemungkinan menjadi punca aliran Sungai Yangtze.



“Anda boleh menyembunyikan beberapa Bangunan Empire State di dalamnya. Rakyat China sendiri tidak mengetahui tentangnya hinggalah ia didedahkan media 15 tahun lalu.

“Laluan belantara dan ketiadaan infrastruktur menyukarkan sesiapa untuk sampai ke lokasi ini,” ulas pakar geologi dari Pennsylvania State University, Prof. William White.

White membentangkan penemuan tiankeng Xiaozhai selepas mengikuti pelawaan ekspedisi ke lokasi terpencil itu pada tahun 2005 oleh pakar dari Institut Geologi Guilin, Zhu Xuewen.



“Ciri rongga bumi sangat unik. Faktor utama yang perlu diberi perhatian adalah kemungkinan wujudnya aliran sungai bawah tanah. Ia kelihatan seperti lembah, namun jika diteliti, ‘lembah’ itu tidak mempunyai jalan keluar,” ujar White.

Di Texas, Amerika Syarikat, rongga bumi yang digelar Devil’s Sinkhole sudah dijadikan destinasi pelancongan ekstrem yang amat popular.

Penerokaannya dari sudut komersial telah menjadikan tempat itu boleh dikunjungi mereka yang mahu mencuba aktiviti seperti menuruni cenuram batu dan merentas lereng.

Paling menggemparkan adalah tentang kejadian lubang gergasi yang mengorbankan tiga mangsa di Guatemala City pada 23 Februari 2007.



Diameter lubang ini mencapai ukuran 20 meter sementara berkedalaman 204 meter. Kerosakan sistem pengaliran air banjir bawah tanah dikatakan menjadi punca bagi tragedi yang meninggalkan landskap kekal itu.

Selain lubang yang terbentuk secara alami atau tanpa diduga, terdapat juga lubang besar yang dibuat oleh manusia atas agenda perlombongan.

Sebagai contoh, lombong berlian di di Mirna, Siberia meninggalkan lubang bersaiz 525 meter dalam dan berdiameter 1.25 kilometer. Saiz berbentuk kawah itu sangat jelas dikesan daripada rakaman satelit.

Impak meteor juga dipercayai menyebabkan rongga besar di dasar Laut Caribbean.

Digelar sebagai Great Blue Hole, ia merupakan sebahagian daripada Rizab Terumbu Karang Belize iaitu sebuah tapak warisan dunia seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Air membentuk kaviti

Menurut pensyarah geologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Che Abdul Aziz Ali, fenomena itu juga pernah berlaku di Malaysia tetapi tidak ketara saiznya.

“Seperti lubang berbentuk kawah bulat yang ditemui di Pulau Langkawi, ia dipercayai adalah tinggalan impak meteor suatu masa dahulu. Tenaga dan sudut hentaman itu menentukan jenis dan bentuk lubang yang terhasil pada muka bumi,” terangnya.



Selain meteor, kemungkinan kes penenggelaman mengejut pada kawasan tertentu juga disumbangkan punca-punca seperti penurunan mendadak paras air bawah tanah akibat kemarau, aktiviti perlombongan, kebocoran sistem pengairan, dan tekanan beban di permukaan.

Air, menurut Abdul Aziz, menjadi penyebab utama jika mengulas tentang proses kaviti yang membentuk rongga dalam batu kapur.

Pembentukan Gua Mulu, Sarawak dan Batu Caves, Selangor adalah contoh terbaik tentang penyusutan atau perubahan formasi batu kapur yang disebabkan oleh aliran air di bukit batu kapur.

Kalau bukan kerana kaviti yang membentuk gua, permukaan atas batu kapur boleh mengalami penenggelaman lalu membentuk lubang yang besar. Itulah misteri alam yang manusia sendiri tidak tahu bila akan terjadi.

“Air hujan adakalanya mengandungi asid yang memiliki keupayaan menghakis batu dari semasa ke semasa. Untuk jangka masa panjang, perubahan struktur akan berlaku,” ujarnya yang turut memberitahu bahawa 40 peratus daripada muka bumi Kuala Lumpur terbentuk di atas batu kapur.

Kredit : http://rileks.info

Tuesday, May 19, 2009

China Mummy

Gambar ini telah dihantar oleh Sulela menerusi email. Terima kasih kepada beliau... :)









Friday, November 21, 2008

Monday, September 8, 2008

6 Sekeluarga Dibunuh Dalam Satu Malam

Pada 18/07/2007 di Klang, Kejadian berlaku diantara kira-kira pukul 3.00pg hingga pukul 5.00pg 6 sekeluarga terkorban di Tanjong Harapan semasa pergi makan dan bersiar-siar. Menurut kenyataan Ketua bahagian Narkotik dan Jenayah IPD Klang, SP Ahmad Jibam memberitahu mangsa telah ditangkap dan digamkan serta di isi dalam kotak dan dibiarkan di persisiran pantai Tanjong Harapan Berdekatan Dengan Medan Ikan bakar Tanjong Harapan. Menurutnya lagi semua mayat telah ditemui oleh salah seorang peniaga disitu ketika dia sedang mencuci gerainya . Kesemua mangsa telah dihantar ke HUKM untuk ujian forensik dan bedah siasat. Pihak polis menganggap kes ini sebagai kes Bunuh Separa kejam. Berhati-hati semasa berjalan bersama keluarga pada waktu malam. Gambar pembunuhan ngeri sekeluarga malang itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang kebetulan berada di tempat kejadian. Klik sini untuk melihat gambar tersebut.

Tuesday, August 26, 2008

Jangan pandang belakang

Gambar ini diambil di salah satu apartment di Pulau Pinang. Setelah gambar ini diproses dan ditunjukkan kepada lelaki dalam gambar, beliau terus pengsan. Mungkin terkejut dan tidak menyangka ada lembaga tumpang bergambar dengannya. Jika ada sesiapa yang boleh sahihkan gambar di atas, sila tulis di ruangan komen.

Monday, August 18, 2008

Keadaan mayat setelah kubur dibongkar semula

WAJAH KEMATIAN - CUKUPLAH KEMATIAN - SEBAGAI PENGAJARAN (Untuk peringatan diri sendiri)










Thursday, August 7, 2008

APA YANG TIDAK KENA... DENGAN MAYAT INI ???

Siksa Kubur :: Peringatan daripada Allah swt

Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.

Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.

Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.

Dalam Hadis Rasulullah saw :
Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.

Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya "Siapa Tuhan kamu ?" dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.

Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.

Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.

Thanks : http://kedah2u.com

Friday, July 25, 2008

Pemandangan di dalam Kaabah~A look Inside The Kaabah

Gambar di bawah ni aku dapat melalui email yang dikirimkan oleh saudara 'Bujang Senang' (nick name). Terasa beruntung pula kerana dalam berjuta-juta umat manusia mengerjakan ibadah haji, bukan semua dapat melihat apa yang ada dalam Kaabah.