Free Search

Showing posts with label Ilmu Hitam. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Hitam. Show all posts

Tuesday, December 1, 2009

Belajar Merawat Santau

Artikel ini diambil dari : http://tokngah.blogspot.com

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah berpeluang mengikuti sesi kuliah oleh Ust Mokhtar Kasan daripada Darussyifa Bangi yang datang ke sini untuk mengajar kami cara-cara merawat santau. Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus. Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.
Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.
Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari kawan tokngah yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Tokngah cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua'lam...............

Wednesday, September 30, 2009

Hantu penanggal


Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju ke simpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala manusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Tuesday, July 8, 2008

Nasi Kangkang dan Nasi Tangas

Nasi kangkang @ nasi tangas adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.

FILEM perempuan, isteri dan… lakonan pelakon Sofea Jane sedikit masa dulu menimbulkan kekecohan apabila dengan berani menunjukkan ‘aksi’ si isteri menghasilkan nasi tangas atau lebih dikenali bahasa kasarnya, nasi kangkang. Begitupun sejauh mana amalan sihir serta khurafat ini mampu menundukkan suami atau sekurang-kurangnya disenangi orang sekeliling melihat pemakainya?

Walaupun Islam melarang, mengharamkan dan menyifatkan perbuatan itu satu dosa besar, keanehan atau apa yang dianggap kesan mujarab sesuatu amalan itu masih tetap dipraktikkan hingga ke hari ini. Jika tidak secara terang-terangan, tetapi masih ada yang melakukannya secara senyap-senyap dan larisnya seseorang bomoh selalunya hanya diketahui di kalangan kelompok yang pernah melakukan kerja berkenaan.

Seorang bomoh yang hanya ingin dikenali sebagai Pak Tua ketika di temui di rumahnya di Gombak mengaku walaupun masyarakat hari ini leka kemajuan sains dan teknologi, masih ada segelintir wanita yang yang datang berjumpanya bagi minta cara-cara untuk menghasilkan nasi kangkang.

“Alasan yang selalu diberikan ialah menundukkan suami liar yang selalu menimbulkan masalah dalam rumah tangga seperti `makan luar’ dan hidung belang. Wanita sebegini selalunya inginkan suami yang sentiasa berada di rumah, tidak berfoya-foya dan lebih mudah mendengar arahan daripada isteri,” katanya.

Sungguhpun begitu, sejauh mana amalan berkenaan boleh menzahirkan hajat wanita berkenaan masih sukar dipastikan dengan kata-kata kerana ia diukur berdasarkan `kehebatan’ bomoh berkenaan.

“Ada yang kata menjadi dan ada yang kata tidak menjadi. Itu yang sukar untuk kita pastikan, tetapi sehingga ke hari ini wanita yang menemui saya selalunya berpuashati,” katanya yang menyatakan amalan berkenaan dilakukan menerusi pembacaan ayat tertentu yang diamalkan ketika melakukan prosedur itu.

Penghasilan nasi kangkang sama seperti namanya agak menjijikkan kerana untuk menyediakannya, wanita berkenaan perlu berada pada keadaan haid @ datang bulan. Wanita berkenaan dikatakan perlu berada dalam keadaan duduk mencangkung di atas nasi yang masih panas untuk selama lebih kurang 10 hingga 15 minit sehingga mengalir air yang berwap daripada tubuhnya ke dalam nasi berkenaan dan selalunya amalan ini perlu dilakukan beberapa kali untuk lebih mujarab.

Bagaimanapun, katanya, sebelum melakukan `kerja’ berkenaan beliau akan menasihati wanita itu terlebih dulu untuk melakukan segala ikhtiar termasuk bersabar dengan kerenah suami sebelum mengamalkan nasi kangkang kerana tahu ia bukanlah cara terbaik `menundukkan’ suami, lantaran ia mungkin menyebabkan kesan sebaliknya seperti suami menjadi bodoh atau tidak betul.

“Perkara yang dibantu oleh syaitan seperti ini selalunya menjadi, khususnya membabitkan pasangan yang masing-masing cetek ilmu pengetahuan agamanya. Walaupun dalam beberapa kes ada suami yang menjadi bodoh akibat makan benda yang kotor, kadangkala itulah yang isteri inginkan iaitu suami yang mengikut telunjuk kata,” katanya.

Beliau juga tidak menafikan kesan sihir yang dilakukan bomoh boleh mendatangkan kesan sebaliknya seperti suami membenci isterinya dan mungkin ia dikaitkan dengan melanggar pantang larang oleh wanita berkenaan seperti larangan makan makanan tertentu dan sebagainya.

Bagaimanapun Profesor di Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata nasi kangkang hanyalah nama yang digunakan masyarakat kurang terpelajar kerana ia tidak memberikan sebarang kesan.

Katanya, sekiranya berkesan kepada suami yang di bomoh itu, ia hanyalah dikaitkan dengan kesan psikologi individu berkenaan saja yang percaya kepada keberkesanannya menerusi apa yang diperkatakan oleh masyarakat sekeliling mengenai kehebatan ilmu dan pengamalnya itu.

“Kalau dalam psikologi sosial, ia sama seperti kesan `brain wash’ yang mana boleh mempengaruhi kita kalau selalu dikatakan tangas ia meninggalkan kesan hebat. Antara syaitan dan manusia adalah dua perkara yang berbeza dan hanya Allah yang membenarkan ia terjadi dan sebaliknya.

“Orang selalu gunakan Islam untuk menjadikan asas menunjukkan syaitan itu ada kesan terhadap manusia sedangkan tidak. Sekiranya kita percaya terkena sihir, dan berubat menerusi cara berbomoh tadi, maka dikhuatiri kita akan terjebak juga akhirnya, dalam lingkungan tidak bertepi tadi.

“Kalau kita menjadi was was terhadap pasangan kita sama ada dibomohkan secara senyap dan sebagainya, yakinkan saja tidak ada apa yang mampu memberi kesan kepada manusia dalam dunia sekarang kecuali dengan pertolongan Allah. Hanya dengan kekuatan diri dan percaya kepada Tuhan, kita mampu mengatasinya. Sebagai manusia saya juga mengharapkan kita jangan terlalu menggambarkan benda itu sampai berlebihan, sebaliknya lebih rasional dalam sebarang perkara,” katanya.

Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.

Dari : http://harapanku.wordpress

Tuesday, July 1, 2008

Kisah Benar~Pembantu Rumahku....Pengamal Ilmu Hitam

It's quite long.... Endure OK!....

Seawal bulan September 2007, Kami di pelawa ke rumah agen pembantu rumah di PR untuk melihat sendiri pembantu rumah yg kami ingini.

Kami sekeluarga sangat gembira kerana mendapat pembantu rumah dalam masa yg singkat (Pembantu rumah yg lama hendak berhenti kerja dan telah pulang ke Indon setelah 2 tahun bekerja dengan kami). Setibanya kami di rumah Agen itu , kami di sambut oleh ibu agen bukan

AGENNYA sendiri ( alasan ada hal di luar! )

Kami pun di kenalkan dengan pembantu rumah itu....Sewaktu sesi temuduga.... kami dapati :

(a) Pembantu rumah itu sendiri yg hendak tukar ke majikan baru kerana....beliau tak tahan kerja dengan majikan lama jaga ramai orang.....Tapi... apa yg pernah di beritahu oleh agen kami sebelumnya.. .pembantu rumah itu sendiri tak boleh kerja dgn ibu mertua majikan lamanya sahaja....

(b) Beliau hendak pulang ke Indon 2 minggu utk jumpa keluarga sebelum pulang bekerja dgn kami...

(c) Beliau hendak kerja lama di sini.

Kami membawa anak-anak kami untuk sesi temuduga dengan pembantu rumah itu.

Pada mulanya..... anak-anak kami suka dan mesra dengan pembantu rumah pada masa yg singkat itu. Air muka pembantu itu bersih dan nampak tenang pabila di soal sewaktu sesi
temuduga oleh isteriku.... Norrasidah.

Namun..... suasana yg tenang , riang ,bersama anak-anak di rumah kami menjadi gelap, muram dan seram apabila pembantu rumah telah menetap di rumah kami dalam seminggu.

Kejadian yang Aneh di rumah kami:
(a) Anak kami Adham benci dengan kami.
(b) Segala perintah Pembantu kami dia turuti. Adham tidak mahu lagi tidur bersama kami
(c) Umairah pula menangis ketakutan apabila kami hendak ke kerja. Selalu tak mahu makan. menangis, terlalu lemah .
(d) Selera makan Umairah meningkat dengan begitu ketara sekali...... (itupun setelah kami beritahu pembantu rumah kami yg kami ingin mengambil air dari ustaz utknya)
(e) Isteri ku pula...kerap menghadapi penyakit semput. (sampai sesak nafas).....sehingga ubat semput pun tak boleh mengubatinya.
(f) Pernah suatu hari... pada pukul 3 pagi... Adham menangis macam kena ganggu...... Pembantu rumah ada di sisinya kerana adham dan beliau tidur bersama, Nampuk dia perhatikan sahaja. Pada keesokan harinya ,bila ku tanya kenapa nangis... Adham beritahuku....ada benda hitam besar nak mencekiknya.
(g) Isteriku pula.... akan tiba-tiba bangun pada waktu yg sama.....dan menangis ketakutan.......ada benda yg menghempapnya sehingga tidak dapat bernafas. Beliau berasa ada wanita CANTIK duduk sebelahnya pada waktu itu.
(h) Umairah pula suka mengamuk dan menangis sama seperti Abgnya....pada waktu yg sama juga.
(i) Jiran bawah rumah ku pernah memberitahu kami... yg mereka dengar bunyi ketukan...yg kuat kira-kira 2 pagi ..Bunyi itu di perlahankan apabila meraka pekik mendengar bunyi bising itu.. Mereka suspect...pembantu rumah kami...
(j) Wajah muka pembantu kami seakan menjadi tua, hitam.
(k) Masakkannya sungguh enak sekali ( kami rasa lain pada yg lain......) Yg hairannya... dia tak pandai memasak..
(l) Pembantu rumah akan merasa semput bila kami bawanya ke rumah orang tua ku di AMK. pada masa itu. bapa ku ada mengajar orang-orang mengaji.

Beliau juga merasa semput dan panas badannya pabila ku bawanya kerumah abang ku di PR....masa itu pun...ada belajar mengaji.

9th Sep 2007...... 5.30 pagi.... kami dapati beliau sakit demam panas....semput. ......

Pembantu rumah ku tidak mahu memberitahu kami yg beliau telah lama merasa semput dan sakit bila di rumahku...Yg peliknya...Record kesihatannya bersih.... walaupun.... pernah pada suatu masa beliau mengadu semput... di hantar ke Clinic.... Resultsnya beliau tak sakit......

10th September 2007.... Pembantu rumah ku lari. Setibanya ku pulang ke rumah selepas menghantar umairah ke clinic, Ku dapati....pembantu rumahku telah menghilangkan diri.

Ku dapati... dari pembantu-pembantu kepunyaan abg ku... beliau pernah beritahu yg beliau stress kerana tak tahan sakit. Beliau ada meninggalkan surat pada kami....(See attached file: Maid's letter.pdf) . Notes: Mem Ana dan pak Peter.... Owners of the Maid Agency

Kami adukan masalah ini ke balai polis. Kami dapati beliau lari ke Embassy ---- seek refuge...

11th - 12th Sep.... Kami tinggalkan rumah kami... kerana Istri ku merasa ketakutan bila pulang kerumah..... Umairah masih menangis - 3 pagi.

13th Sep... Selepas Berbuka, kami membawa seorang Ustaz.. ke rumah utk melihat rumah dan anak-anak kami. Sebelum... bermula zikir, Istriku hendak menangis lagi.....
Selepas berzikir ber ramai-ramai. ... Ustaz pun mengubati anak-anak dan isteri ku.

Findings:
(a) Ustaz membaca ayat-ayat suci dan beliau memuntahkan. ..darah yg banyak dari Umairah - kena makanan kotor dari pembantu rumah ku
(b) Adham pun terkena sama
(c) Isteri ku di ganggu mahkluk yg di anuti oleh pembantu rumah ku....
(d) Apabila Ustaz membaca ayat-ayat dengan menyebut nama pembantu rumah ku.... Kami di beritahu,pembantu ku ada mengamal Ilmu sihir... Beliau ada mengambil barang -barang dari Burung BOROBUDUR... Itu sebab isteriku dihempas dab sesak nafas
(e) Kami di beritahu Embassy, pembantu kami masih tidur kesakitan... mungkin.. .beliau termakan benda itu sendiri.

Kami beritahu mem Ana mengenai masalah ini.... Jawapan dari mereka....

PATUTLAH MAJIKAN LAMA TURUTI KEMAHUANNYA!

Pembantu rumah buat perangai di Embassy:
(a) Tidak mahu jumpa agen pabila hendak di bawa balik
(b) Hendak pulang ke Indon terus
(c) Mengadu kesakitan... tak boleh bangun..

Kini istriku kembali pulih....
Umairah pula telah menjadi anak yg periang, in short...jovial. ..

Utk teman-temanku. .. berhati-hatilah memilih pembantu rumah....... ....

Nama pembantu rumahku : WALSIYAH RINDIYANI - 25thn

True story by geezer