Free Search

Saturday, July 10, 2010

Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Bhgn 2)

QARIN

Qarin ialah perkataan Arab yang bermakna teman atau rakan. Istilah qarin di sini bermaksud roh-roh jahat dari kalangan makhluk-makhluk halus yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Kewujudan qarin ini ialah untuk menggoda manusia, menampakkan hal-hal yang buruk, dan yang jahat-jahat seolah-olah baik pada pandangan mata manusia. Qarin sentiasa berusaha lintuk menjerumuskan manusia dengan mengajak mereka melakukan kemungkaran dengan cara menggoda, merayu, memujuk dan menipu. Semua manusia mempunyal qarin sama ada ia nabi atau orang yang alim.

Dalam surah al-An'am ayat 112 Allah s.w.t. berfirman:

Dan demikianlah kami jadikan bagi setiap nabi itu musuh dari jenis manusia dan jin, sebahagian daripada mereka membisikkan kepada yang lain perkataan yang indah-indah untuk menipu.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang berbunyi:

Tidaklah salah seorang daripada kamu (yang lahir ke dunia) melainkan dia telah dipertemankan dengan scorang kawannya daripada jin dan seorang kawannya daripada kalangan malaikat. Sahabat bertanya: Adakah engkau juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Dan saya pun. Akan tetapi Allah menolong saya daripada gangguannya, maka tidaklah ia mendorong saya, kecuali kepada kebaikan.

Tersebut dalam al-Quran tentang tugas-tugas malaikat. Di antara mereka ada yang tugasnya mencatat amalan makhluk setiap hari, mencatat segala ucapan, dan ada yang membawa wahyu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi. Ada pula yang menjadi duta-duta. Ada pula yang bertugas memelihara al-Quran, ada yang menjaga syurga dan ada yang menjaga neraka. Di antara mereka juga ada yang sentiasa berdoa siang dan malam, memuji-muii Allah dan bersujud. Ada pula yang sentiasa berdoa agar makhluk yang taat kepada Allah diberi keampunan. Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya malaikat yang datang membawakan ilham kepada Maryam bahawa dia akan diberi putera, atau yang kelihatan oleh Rasulullah s.a.w. ketika beliau mula-mula meneriina wahyu. Disebut juga tentang malaikat yang bersayap, satu-satu, dua-dua, tiga-tiga dan empat-empat.

Tersebut juga dalam Al-Qu'ran bahawa malaikat yang datang membawa wahyu kepada rasul-rasul itu namanya Jibril, yang juga disebut Ruhul-Amin dan Ruhul-Quds. Manusia yang sentiasa beriman dan istiqamah (tetap hati) akan didatangi oleh malaikat-malaikat untuk menghilangkan rasa takut dan dukacita mereka. Dalam peperangan Badar malaikat telah datang menolong orang-orang Islam,
sampai 3,000 malaikat jumlahnya.

Dijelaskan juga dalam hadis-hadis bahawa malaikat-malaikat itu memberi ilham yang baik kepada manusia, yang melahirkan keteguhan semangat dan iman. Ketika manusia diberi ilham yang baik oleh malaikat atau was-was yang buruk oleh syaitan, maka yang menerima ilham atau was-was itu bukanlah badan kasar, melainkan roh manusia jua. Tidak ada seorang pun yang dapat melihat dengan matanya sama ada malaikat atau syaitan yang datang memberi ilham atau waswas, melainkan pengaruh mereka itu masuk ke dalam jiwa atau perasaan orang yang berkenaan. Kenyataan ini dikuatkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi, an-Nasa'i, demikian bunyinya;

Sesungguhnya dari syaitan ada semacam gangguan kepada anak Adam, dan dari malaikat pun ada pula. Adapun gangguan syaitan ialah menjanjikan kejahatan dan mendustakan kebenaran, dan sentuhan malaikat ialah menjanjikan kebaikan dan menerima kebenaran. Maka barang siapa merasai yang demikian, dia hendaklah mengetahui bahawa perkara itu dari Allah, dan terima kasihlah ia kepadanya. Tetapi kalau didapatinya yang lain, maka dia hendaklah berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam. Kemudian ia membaca: Syaitan menyuruh menjanjikan kamu kefakiran dan
menyuruh kamu melakukan kekejian.

Di bawah ini diperturunkan lagi dua buah hadis untuk menguatkan keterangan tentang ada qarin yang menemani setiap manusia.

Telah berkata Ummul Mukminin As-Sayyidah Aishah binti As-Siddiq:
Bahawasanya Rasulullah s. a. w telah keluar dari sisinya pada satu malam,
tiba-tiba berlakulah satu tiupan (syaitan) terhadapnya. Maka Rasulullah pun
datang melihat perkara yang sedang saya lakukan. Baginda bertanya:
Apakah ang terjadi Aishah? Maka saya menjawab: Apa halnya saya, tidak
diberi daya sebagaimana yang dikurniakan kepada engkau? Jawab
Rasulullah s.a. w.: Adakah syaitanmu telah datang. Maka saya menjawab:
Wahai Rasulullah. Adakah syaitan bersamaku? Jawab baginda: Ya. Saya
bertanya lagi: Adakah terjadi pada tiap manusia. Jawab baginda: Ya. Maka
saya pun bertanya: Adakah juga berlaku atasmu wahai Rasulullah. Jawab
Rasulullah: Ya tetapi Tuhanku memelihara akan daku hingga aku selamat
daripda tipu dayanya.

Sesungguhnya tidak ada seorang daripada manusia (yang dilahirkan)
melainkan dikembari Allah seorang jin sebagai kawan.

Jelasnya bahawa setiap orang itu mempunyai qarin. Maksud qarin di sini ialah syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia. Di antara qarin dan manusia, perbezaannya ialah manusia adalah seumpama bahan tunggangan, manakala qarin (iblis dan syaitan) tadi adalah penunggangnya. Demikianlah, perbandingan yang diberi oleh Rasulullah s.a.w.

Maksud menunggang atau memperkosa di sini bukanlah seumpama manusia itu menunggang kuda, menjadikan syaitan itu seumpama seorang penunggang yang sentiasa berada di atas jasad manusia dalam keadaan yang tidak dapat dilihat. Maksud sebenar hadis ini ialah iblis dan syaitan itu sentiasa berazam dan berusaha supaya manusia menurut kehendaknya. Banyak diantara mereka yang terpedaya dengannya sehingga menjadikan manusia itu memandang benda-benda yang baik itu buruk dan yang buruk itu baik serta menarik, cantik serta mengghairahkan, lantas mereka menentang perintah Allah s.w.t. Mereka inilah golongan yang menjadi bahan tunggangan qarin tadi.

Gambaran godaan iblis dan syaitan terhadap manusia dijelaskan oleh Rasulullah dalam sebuah hadis yang bermaksud bahawa seseorang itu apabila hendak menganut agama Islam, iblis akan menggoda dan menipu manusia. Syaitan akan bertanya adakah mereka hendak meninggalkan agama asal mereka, iaitu agama yang telah dianuti oleh bapa-bapa dan keturunan mereka sejak dahulu kala lagi. Ketika manusia hendak berhijrah, iblis dan syaitan bertanya, adakah mereka sanggup meninggalkan tanahair yang telah mereka diami sejak dahulu kala. Adakah mereka akan meninggalkan langit atau tempat mereka berlindung. Padahal tempat yang hendak dituju belum pasti dapat menjamin kebahagiaan mereka. Begitu juga halnya ketika manusia hendak berjihad ke jalan Allah. Iblis dan syaitan menakut-nakutkan manusia supaya mereka sayangkan dunia yang begitu indah termasuk harta benda yang mereka miliki. Kemudian dibisikkan dalam hati mereka adakah mereka sanggup melihat isteri-isteri dikahwini oleh orang lain. apabila mereka mati ketika berjihad. Harta yang ditinggalkan akan dibahagi-bahagi untuk orang yang masih hidup. Orang lain bersuka ria menikmati harta peninggalan. Isteri yang ada berkahwin lain. Perjuangan seumpama ini adalah merugikan.

Sesungguhnya syaitan itu duduk mengganggu manusia dengan berbagai-bagai
cara. Ia duduk melakukan gangguan kepada manusia dengan alasan
Islam. Lalu ia berkata: "Apakah kamu masuk Islam, dan meninggalkan
agama kamu dan agama nenek-moyang kamu? Tetapi manusia itu
menentangnya dan masuk Islam. Lalu syaitan itu duduk menganggu
manusia dengan jalan hijrah ". Syaitan berkata: "Apakah kamu hendak
hijrah, meninggalkan bumi dan langitmu? Tetapi manusia itu menentang
dan berhijrah. Kemudian syaitan itu duduk dan menganggu manusia dengan
jalan jihad dan berkata: Apakah. kamu akan berjihad sedangkan jihad itu
menghilangkan nyawa dan harta. Kamu akan terbunuh. Maka isteri kamu
akan dikahwini oleh orang lain, manakala harta-harta kamu akan dibahagi-bahagikan.
Tetapi manusia tetap menentang syaitan dan terus berjihad.

Begitulah gambaran ringkas atas tamsil yang terjadi diantara manusia dan qarinnya atau denan syaitan lain. Hanya manusia yang leka dan sesat sahaja yang akan terpedaya dengan qarinnya yang boleh diperintah dan dipacu menurut kehendaknya. Mereka inilah yang akan menjadi kuda tunggangan iblis dan syaitan. Inilah jawapan Allah s.w.t. ketika iblis bersumpah akan membinasakan manusia
seperti yang tersebut dalam Surah al-Hijr ayat 42.

Sesungguhnya hamba-hambaku tidak ada kekuasaan bagimu atas mereka
kecuali orang yang mengikut kamu iaitu orangorang yang sesat.

Selain gangguan qarin, Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab sahihnya bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda, yang bermaksud bahawa tidak ada anak Adam yang dilahirkan ke dunia ini yang tidak diganggu oleh syaitan kecuali Isa 'alaihissalam dan ibunya Maryam berdasarkan firman Allah dalam Surah Ali Imraan ayat 36.

Sesungguhnya aku melindungi akan dia (Maryam) serta anak keturunannya
daripada syaitan yang direjam.

Lantaran gangguan-gangguan yang sedia menunggu itu maka Allah menyuruh supaya dibacakan azan (bang) di telinga kanan dan (qamat) di telinga kiri sebaikbaik seorang bayi itu dilahirkan yang salah satu tujuannya untuk mengelakkan daripada gangguan iblis dan syaitan.

Dari Abu Rafi r.a. (bekas hamba yang dimerdekakan oleh Rasulullah s.a.w.) ia berkata:

Aku lihat Rasulullah s.a.w. membaca azan salat di telinga Husain bin Ali
ketika Fatimah r.a. melahirkannya.

Sebuah hadis lain, dari Husain bin Ali r.a. ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Siapa yang melahirkan anak lalu bayi yang dilahirkan itu diazankan pada
telinga kanan dan diqamatkan pada telinga kirinya, nescaya ummu sibyan
(jin yang menganggu kanak-kanak) tidak akan menganggunya.

Sehubungan dengan gangguan-gangguan ini, Imam Bukhari dalam kitab Sahihnya meriwayatkan bahawa.Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Apabila malam meliputi (atau apabila malam menyelubungi) maka cegahlah
anak-anak kamu, kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu berkeliaran
ketika itu. Maka apabila luputlah satu ketika daripada Isyak, maka berilah
kebebasan kepada mereka, selak pintu kamu serta sebut nama Allah dan
padamkan lampu serta sebut nama Allah, dan tudunglah bekas-bekas
minuman kamu dan sebut nama Allah, dan tutuplah bekas-bekas makanan
dan menyebut nama Allah biarpun bekas itu telah ditudungi atau direntangi
sesuatu ke atasnya.

Jelasnya anak-anak kecil perlu berada dalam rumah pada waktu maghrib. Jangan biarkan mereka berada di luar rumah kerana pada masa itu segala jeris makhluk halus sedang keluar dari tempat kediaman masing-masing untuk mencari rezeki sambil mengenakan mangsanya.

Hakikatnya, malam bukan masa untuk manusia keluar dari rumah seperti yang seharusnya dilakukan pada waktu siang. Malam adalah untuk berehat, menenangkan fikiran dengan mengingati Allah, bukan untuk berkeliaran di luar rumah seperti yang dijelaskan dalam Surah Yunus ayat 67.

Dialah yang menjadikan malam bagi kamu supaya kamu beristirehat
padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang yang
mendengar.

Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya setiap orang mengurangkan keluar pada waktu malam kerana pada waktu malam segala kejahatan buruk boleh terjadi tanpa diduga.

Keluar pada malam itu tidak digalakkan kecuali sebab-sebab tertentu. Apatah lagi jika keluar seorang diri. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. ada bersabda:

Andainya manusia itu tahu apa yang terjadi ketika berseorangan, seseorang
itu tidak akan berjalan bersendirian biarpun satu malam buat selamalamanya.

Menurut kepercayaan keagamaan orang Mesir pada zaman lampau, qarin ialah makhluk kedua dalam setiap individu, atau secara umumnya sebagai teman, rakan dan syaitan. Dengan kata lain, qarin umumnya dipercayai sebagai hantu, syaitan atau jin yang lahir bersama-sama bayi dan akan menjadi teman sepanjang hidup.

Kepercayaan orang-orang Islam di Afrika Utara terhadap qarin berkait rapat dengan kepercayaan orang-orang Mesir. Jin yang terdiri daripada jantina yang berlainan menjadi rakan pada roh. Sekiranya bayi yang lahir itu lelaki, maka qarin itu dianggap sebagai kakak, begitulah sebaliknya. Qarin dikatakan tidur dengan kembarannya dan mempunyai kaitan dalam tidurnya yang dikenali sebagai mimpi. Seorang yang sedang tidur dikatakan pengaruh qarinnya lebih kuat daripada orang itu.

Dibandingkan dengan jumlah makhluk-makhluk lain, jumlah manusia adalah yang terkecil. Nisbah bilangan manusia hanya 1 %, bilangan jin 9% manakala malaikat ialah 90%. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah mencipta malaikat dan jin juga manusia 10 bahagian.
Kadar malaikat 9 bahagian, jin dan manusia satu bahagian. Allah ciptakan
dari satu bahagian itu dipecahkan kepada 10 bahagian. 9 bahagian
daripadanya adalah bilangan jin dan hanya satu bahagian sahaja bilangan
manusia.

Bersambung...

Saturday, May 22, 2010

Makhluk Halus Menurut Al-Quran Dan As-Sunnah (Bhgn 1)

Oleh:
Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Darussyifa'

1.0 PENDAHULUAN
Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus itu ialah makhluk-makhluk yang dicipta oleh Allah s.w.t. tanpa berjisim yang pada kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa dengan tangan. Mereka hidup di alamnya atau alam ghaib. Makhluk-makhluk ini ada asal kejadiannya daripada cahaya, iaitu malaikat, yang sentiasa taat kepada perintah Allah, dan ada yang asal kejadiannya daripada api iaitu yang terdiri daripada jin, iblis, syaitan dan sebagainya. Beriman atau mempercayai tentang adanya makhluk makhluk halus dan hal-hal yang ghaib seperti ini adalah di antara ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada Allah s.w.t. Dalam Surah al-Baqarah ayat 2 hingga 4 tersebut firman Allah s.w.t.:


AI-Quran itu tidak ada keraguan padanya, menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa, iaitu mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan sembahyang dan menggunakan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka. 

Di antara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ialah:

i. Untuk memperkuat iman seseorang kepada Allah s.w.t., menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan llahi. Di samping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar, Allah s.w.t. berkuasa mencipta
makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia. Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah s.w.t.

ii. Agar manusia sentiasa berwaspada terhadap musuh-musuh yang tidak nampak, yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

iii. Untuk menguji iman manusia, setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan bijaksana dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

iv. Hanya dengan adanya dugaan, kekuatan iman seseorang itu akan diketahui.

v. Di samping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat, seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan Allah. Allah s.w.t. mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta
rahmat dari Allah s.w.t. untuk manusia.

Masyarakat Melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk halus itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan, iblis,. jin dan lain-lain, tanpa merujuk kepada malaikat. Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus dirujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat, kecuali pada bahagian-bahagian tertentu dengan
penerangan khusus mengenainya.

Dalam AI-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti, menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia, iaitu iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya. Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah s.w.t. telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah s.w.t. iaitu Adam. Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya, yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (al-A'raf:11). Oleh sebab itu Allah s.w.t. telah melaknat iblis dan menghukumkannya kafir. Sujud di sini dinamakan Sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian. Sujud kebaktian hanya kepada Allah s.w.t. tidak kepada yang lain.

Berlatar belakangkan peristiwa tersebut, iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. yang ia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah s.w.t. Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah al-A'raaf ayat 16 dan 17:


(Iblis) berkata, kerana Engkau telah menghukum aku sesat, aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMU yang lurus. Kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang, dari kanan dan kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur.


Dalam perkataan diatas, menurut tatabahasa bahasa Arab, huruf ba di sini menunjukkan Al-ba 'u lil-qasam () iaitu menunjukkan sumpah. Bermaksud bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah bahawa ia akan menghalang hamba manusia daripada melakukan kebaikan. 

Ada pendapat lain yang mengatakan huruf ba di sini ialah lis-sababiyyah (), menunjukkan sebab. Maksudnya oleh sebab syaitan itu dilaknat dan dihukumkan kafir oleh Allah s.w.t. berpunca daripada Adam, maka iblis bersumpah akan membalas dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka semua sesat, terlaknat dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah s.w.t. dan neraka bersama iblis.


Dalam ayat ini, Iblis bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. sehingga mereka semua binasa atau sesat seperti dirinya juga. Iblis jarang menyekat perbuatan baik seseorang itu namun apabila ia telah tiba di peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya untuk memperolehi
keredhaan Allah s.w.t. Iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran-saluran yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Iblis bukan setakat menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang, tetapi iblis akan sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak bangun untuk bersembahyang. Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan
merasakan bahawa tidur itu lebih baik baginya. Apabila langkah tersebut tidak berjaya iblis dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika ia mengambil wuduk. Apabila ia juga tidak berjaya dan manusia terus bangun bersembahyang, maka iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika ia
bersembahyang. Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang. Akibatnya sembahyang yang dilakukannya itu tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.

Ayat seterusnya pula memperlihatkan setakat mana jalan-jalan itu disekat oleh iblis.


Ayat di atas bermaksud bahawa iblis menyekat manusia daripada melakukan perkara-perkara yang diredhai Allah s.w.t. dari empat sudut iaitu dari depan, belakang, kanan dan kiri, tanpa menyebut atas dan bawah. Iblis tidak menyebut yang ia akan menyekat bahagian atas kerana ia tidak berupaya berbuat demikian. Bahagian ini adalah tempat di antara seorang hamba dan rahmat Allah s.w.t. seperti yang disebut oleh Ibn Abbas. Bahagian bawah tidak disebut kerana sifat takabur iblis yang tidak mahu tunduk menyekat dari bahagian bawah. Tindakan iblis dan kuncu-kuncunya lebih berkesan dari bahagian depan dan belakang dan kurang berkesan dari bahagian kanan dan kiri kerana bahagian-bahagian ini dipelihara oleh malaikat.

Tegasnya peranan syaitan ialah menyesatkan manusia sejauh yang boleh (an-Nisa':60). Oleh sebab itu, manusia perlu sentiasa berwaspada dan memahami bahawa makhluk-makhluk ini adalah musuh utama manusia, yang telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk membawa mereka semua ke neraka bersama-samanya, seperti yang tersebut dalam Surah al-Baqarah ayat 168 dan 169:



Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. 


Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan. Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:



Dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.


Syaitan itu adalah sebahagian daripada makhluk-makhluk halus. la merupakan salah satu daripada kumpulan jin yang ingkarkan perintah Allah s.w.t. Syaitan adalah daripada keturunan jin yang dijadikan daripada api. Adam pula dijadikan daripada tanah. Allah s.w.t. menjadikan jin dan manusia supaya taat kepada perintah Allah s.w.t. Mereka dikenakan taklif. Kebaikan dan kejahatan mereka dihisab dan diberi balasan. Jin terbahagi kepada dua bahagian iaitu jin Islam dan jin kafir. Termasuk dalam golongan jin kafir ialah iblis syaitan dan sebagainya. Dalam al-Quran disebutkan bahawa makhluk-makhluk halus itu mempunyai sifat dan tabiat yang bermacam-macam. Ada yang cerdik, ada yang bodoh, ada yang lalai dan ada yang lemah fikiran. Ada yang kafir yang berkelakuan sempurna dan sangat baik pendiriannya. Ini disebutkan dalam Surah al-Jinn ayat 11:



Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza.

Tersebut juga dalam al-Quran tentang adanya makhluk-makhluk jin yang beriman kepada Allah s.w.t. sesudah kebangkitan nabi Muhammad seperti yang tersebut dalam Surah al-Jinn ayat 13:



Dan sesungguhnya kami ketika mendengar pertunjuk (al-Quran), kami beriman kepadanya. Maka barang siapa beriman kepada Tuhannya maka ia tidak takut pengurangan pahala dan tidak takut akan penambahan azab.

Pada satu, ketika ada satu golongan jin yang mendengar Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran, padahal baginda sendiri tidak mengetahui kehadiran mereka. Peristiwa ini termaktub dalam al-Quran, Surah al-Ahqaaf ayat 29:



Dan ingatlah ketika Kami hadapkan serombongan jin kepadamu yang mendengarkan al-Quran, maka tatkala mereka hadir, mereka berkata diamlah kamu. Maka tatakala selesai, mereka pun kembali kepada kaum mereka untuk memberi peringatan.


Ayat ini bermaksud bahawa Allah s.w.t. telah mendatangkan sekumpulan jin kepada Rasulullah s.a.w. untuk mendengar al-Quran. Ketika mereka mendengar, sebahagian daripada mereka memperingatkan teman-teman yang lain supaya diam dan mendengar al-Quran tadi. Setelah itu mereka pun balik menemui kaum mereka yang belum beriman supaya beriman kepada Allah s.w.t.

Jelasnya bahawa manusia dan jin itu dicipta oleh Allah s.w.t. untuk menyembahnya Mereka diberi akal fikiran dan ikhtiar. Perbuatan baik dan jahat mereka dihisab seperti yang dijelaskan dalam Surah al-A'raf ayat 179:




Dan sesungguhnya Kami telah sediakan bagi jahanam itu beberapa banyak daripada golongan jin dan manusia. Mereka ada hati tetapi mereka tidak mahu berfikir dengannya. Mereka mempunyai mata tetapi mereka tidak mahu memerhatikan dengannya. Mereka mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka semua seperti binatang-binatang ternakan bahkan mereka itu lebih sesat, mereka itulah orang yang lalai.



Ayat ini menyatakan bahawa manusia dan jin itu diberi hati (fikiran), mata dan telinga oleh Allah s.w.t. menurut naluri asal kejadian masing-masing. Walaupun demikian banyak di antara mereka yang tidak menggunakan pemberian Allah. s.w.t. itu sebagaimana seharusnya. Mereka tidak menggunakan pemberian Allah s.w.t. untuk jalan yang benar demi untuk pengabadian diri kepada Allah s.w.t. Sikap demikian itu menyebabkan mereka seperti binatang yang tidak dapat membezakan antara yang baik dan buruk. Ditinjau dari sudut lain, mereka sebenarnya sesat begitu jauh, lebih teruk daripada binatang kerana binatang tidak mempunyai akal dan ikhtiar.


Allah s.w.t. menjadikan manusia dan jin untuk menyembahnya demi kebaikan manusia dan jin di dunia dan di akhirat. Allah s.w.t. amat kaya dan tidak mengambil manfaat daripada sifat taabbudi seseorang hambanya seperti yang tersebut dalam Surah adz-Dzaariyyat ayat 56 dan 57:



Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahku. Aku tidak mahu daripada mereka sedikit rezeki dan Aku tidak perlukan mereka memberi makan.


Semua makhluk halus pada dasarnya tidak dapat dilihat oleh manusia disebabkan unsur asal kejadiannya berlainan daripada unsur kejadian manusia. Ini merupakan salah satu rahmat Allah s.w.t. kepada manusia. Andainya Allah s.w.t. memperlihatkan jasad jin dan syaitan, umumnya kekuatan manusia akan lemah melihatkan Makhluk halus yang dengan rupa bentuk makhluk yang terlalu berbeza dengan jasad manusia.


Seperti yang dijelaskan bahawa iblis telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t. untuk menyesatkan manusia. Dalam keadaan demikian, kita seharusnya memahami bahawa manusia adalah pihak yang sentiasa bersifat defensif (bertahan), manakala makhluk-makhluk halus itu adalah merupakan pihak yang sentiasa bersifat ofensif (menyerang) yang ingin membinasakan manusia. Tidak ada pakatan yang dilakukan oleh manusia secara teratur dan terancang, sama ada bersendirian atau berkelompok yang bertujuan untuk membinasakan sebarang makhluk halus kecuali dalam keadaan tertentu, setelah manusia diganggu oleh makhluk-makhluk halus tadi. Tindakan manusia seperti ini sebenarnya bukan bersifat ofensif. Mereka berbuat demikian semata-mata kerana mengharapkan kesembuhan akibat kejahatan makhluk-makhluk halus tadi. Dari sinilah kita akan dapat melihat kedudukan manusia yang sebenarnya, sering terdedah kepada godaan musuh-musuh Allah s.w.t.


Iblis telah mengakui dan menyedari bahawa ia tidak berupaya hendak membinasakan orang yang ikhlas. Namun demikian, sifat ikhlas itu tidak boleh diperoleh oleh semua orang dengan begitu mudah. Sifat ikhlas merupakan satu natijah daripada gagasan rangkaian iman yang wujud pada diri seseorang. Oleh sebab itu, tidak pelik jika iblis itu tidak dapat menggoda orang yang ikhlas. Bagi mereka yang tidak beriman, iblis dan syaitan adalah pemimpin mereka, tidak kira sama ada iblis dan syaitan itu bersifat manusia ataupun daripada kalangan makhluk-makhluk halus.

Dalam Surah al-A'raaf ayat 27 Allah berfirman:



Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari syurga. Ia menanggalkan dari mereka berdua pakaian untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari satu tempat yang kamu tidak boleh lihat mereka. Sesungguhnya kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi mereka yang tidak beriman.


Jelasnya bahawa makhluk-makhluk ini terbentuk daripada zat halus (athir) yang tidak ada halangan bagi zat itu untuk menyerupai sesuatu yang dikehendaki. la juga boleh menembusi sesuatu, yang tidak disekat atau dihalangi oleh bahan-bahan udara, air dan sebagainya.


Makhluk-makhluk halus boleh berupa kepada bentuk yang mereka ingini dengan izin Allah jua, dan boleh masuk atau keluar dari mana-mana bahagian tanpa sekatan. Pada satu ketika isteri Rasulullah s.a.w. yang bernama Safiyyah menziarahi baginda yang sedang beriktikaf di masjid. Ketika Safiyyah hendak meninggalkan masjid baginda telah mengiringinya sampai ke pintu masjid. Pada waktu yang sama datang dua orang lelaki daripada golongan Ansar Ialu memberi salam. Rasulullah menjawab salam tadi dan berkata: "Sila kamu berdua masuk. Dia ini ialah Safiyyah bin Hay". Mendengar kata Rasulullah, mereka berdua pun mengucap "Subhanallah" . Kemudian Rasulullah bersabda:



Sesungguhnya syaitan itu memasuki tubuh manusia menurut aliran darah. Dan sesungguhnya aku takut syaitan itu akan mencampakkan sesuatu dalam hati kamu berdua.

Peristiwa di atas terjadi pada bulan Ramadan. Mengirut kebiasaannya Rasulullah s.a.w. sejak 21 hingga akhir bulan Ramadan akan berada di masiid siang dan malam untuk beriktikaf. Pada satu malam Safiyyah berkunjung ke masjid kerana sesuatu keperluan. Ketika pulang baginda menghantarnya hingga ke pintu masjid. Dua orang Sahabat yang datang itu berlalu dengan cepat menyingkir diri setelah melihat Rasulullah s.a.w. bersama seorang wanita, yang dirasakan mungkin bukan mahramnya. Pada fikiran Sahabat tadi, dengan berbuat demikian, Rasulullah s.a.w. tidak akan merasa malu bila berjumpa dengan mereka. Oleh sebab itu Rasulullah s.a.w. menerangkan keadaan yang sebenar, menyatakan perempuan yang bersamanya itu ialah isterinya. Baginda khuatir kalau silap faham atau rasa curiga itu akan menimbulkan fitnah besar, lebih-lebih lagi sekiranya hal ini terdengar oleh orang-orang munafik, seperti peristiwa yang telah menimpa Aishah, pada peristiwa HadithuI-ifq.

Walaupun demikian segala jenis makhluk halus tidak boleh menjelma menyerupai Rasulullah s.a.w. Sebuah hadith riwayat Abu Hurairah menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:



Barangsiapa melihat aku dalam tidur, maka sesungguhnya ia betul telah melihat akan daku kerana syaitan itu tidak akan menjelma menyerupai akan daku.

Sebuah hadis lain riwayat daripada Jabir r.a. telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



Barangsiapa melihat akan daku dalam tidur, maka sesungguhnya ia telah melihat akan daku. Maka sesungguhnya syaitan tidak berupaya menjelma menyerupaiku.

Tentang jenis-jenis makhluk halus ini, Imam At-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dengan katanya bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:



Jin itu ada 3 golongan. Satu golongan mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu golongan lagi berpindah dan bertempat.

Abu Darda' telah meriwayatkan secara marfu' hadis yang berbunyi:


Allah menjadikan jin itu 3 golongan. Golongan ular, kala jeengking dan binatang tanah, golongan semacam angin di udara dan satu golongan di atas mereka hisab dan balasan. Dan Allah menciptakan manusia 3 jenis, satu jenis seperti binatang.


Dalam kitab Gharaibu wa 'AjaibiiI-Jinn karangan AI-Qadi Baharuddin menyebutkan tentang adanya sejenis jin yang separuh rupanya seperti manusia, namanya Shaqq, kerjanya menghalangi orang yang musafir bersendirian dan adakalanya membinasakan dia.


Sebuah Hadis riwayat daripada Muaz bin Jabal menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberikan tamar sedekah kepadanya untuk dijaga. Tamar yang diletakkan dalam sebuah bilik itu didapati semakin berkurangan setiap hari. Lalu ia mengadu kepada baginda. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa itu adalah perbuatan syaitan Ialu menyuruhnya menunggu. Pada waktu malam dat.anglah satu lembaga menyerupai gajah. Apabila tiba ke pintu, lembaga itu masuk melalui celah-celah pintu setelah bertukar daripada rupa asalnya. Apabila ditangkap dan diberi amaran untuk dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w., lembaga itu berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya lagi. Pada keesokan harinya apabila ditanya oleh Rasulullah s.a.w. apakah yang telah dilakukan olehnya terhadap orang tawanannya itu, Muaz berkata bahawa lembaga itu telah dilepaskan setelah ia berjianii tidak akan datang lagi. Rasulullah s.a.w. menjawab bahawa lembaga itu akan datang lagi dan menyuruh Muaz menunggu.


Pada malam yang kedua Muaz telah menunggunya dan menangkap lembaga tadi tetapi melepaskannya apabila in merayu dan berjanji tidak akan datang lagi.

Pada malam ketiga lembaga tadi datang lagi Ialu ditangkap. Akhirnya ia dilepaskan oleh Muaz setelah memberitahu kegunaan dua ayat AI-Quran, iaitu ayat al-Kursi dan ayat di akhir surah al-Baqarah (Aamanarrasul). Jika ayat-ayat ini dibaca dalam sebuah rumah, syaitan tidak akan datang ke rumah tersebut. Ayat kedua yang dimaksudkan ialah Surah al-Baqarah ayat 285:



Sebuah hadis lain yang diriwayatkan dari Ubai bin Kaab, menyatakan bahawasanya ia mempunyai satu bekas berisi tamar dipertaruhkan kepadanya. Tiba-tiba didapati isinya telah susut. Pada satu malam ia telah terjaga, tiba-tiba terlihat bayangan seorang budak. Lalu ia memberi salam kepada budak tadi dan dijawab salamnya. Apabila ditanya siapa dia yang sebenarnya, adakah jin atau manusia. Lembaga itu menjawab mengatakan bahawa ia adalah jin. Ubai bin Kaab meminta supaya lembaga itu menghulurkan tangannya. Apabila dihulurkan, didapati tangan itu seperti tangan anjing begitu juga rambutnya. Bila ditanya adakah jin dijadikan sedemikian rupa. Dijawab, bahawa bentuk jin adalah lebih dahsyat daripada dirinya.


Berdasarkan ringkasan maksud hadis-hadis di atas, menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus berupaya menjelmakan dirinya dalam berbagai-bagai bentuk kecuali rupa Rasulullah s.a.w.

Imam Muslim meriwayatkan bahawa seorang pemuda kaum Ansar telah membunuh ular dalam rumahnya, lalu ular itu mati. Rasulullah s.a.w. bersabda:



Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu lihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.


Sebuah hadis lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abi Said al-Khudri yang telah menceritakan bahawa pada satu hari ia mempunyai seorang tamu. Tiba-tiba tamu itu melihat ular dan hendak membanuhnya. Abu Said telah melarangnya membunuh ular tadi dan menceritakan suatu cerita yang pernah berlaku di rumahnya.

Di rumah itu ada seorang pemuda yang baru berkahwin. Kami, iaitu golongan daripada Sabahat telah keluar kerana menggali parit (khandak). Pemuda itu menyatakan keuzurannya kepada Rasulullah s.a.w. dan meminta diri untuk pulang. Rasulullah s.a.w. telah membenarkannya untuk pergi selama sehari sahaja. Baginda menyuruhnya membawa senjata kerana takut kalau pemuda itu diganggu oleh Bani Quraizah. Pemuda itu pun mengambil senjatanya Ialu beredar pulang.


Setibanya di rumah, tiba-tiba didapati isterinya sedang berdiri di antara pagar pintu rumahnya dengan pintu besar. Pemuda itu merasa cemburu dan mengacukan lembing hendak menikam isterinya. Isterinya tampil ke pintu, menyuruhnya masuk ke rumah untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. Pemuda itu terus masuk ke dalam. Didapati ada seekor ular besar berlegar di dalam hamparan, Ialu ular tersebut dibunuhnya dengan lembing tadi. Kemudian ia pun membawa ular itu keluar dan memacakkan ke tanah. Ketika nyawa ular itu hampir hilang, pokok di hadapan rumahnya bergerak bergoyang-goyang. Pemuda itu meninggal dunia tidak lama selepas ular itu mati.


Kami telah menemui Rasulullah s.a.w. dan menceritakan peristiwa yang berlaku. Kami meminta kepada Rasulullah s.a.w. agar, Allah menghidupkan ular (jin) itu. Rasulullah. s.a.w. telah bersabda:



Sesungguhnya di Madinah ini terdapat golongan jin yang telah Islam. Maka apabila kamu melihat sesuatu tanda pada mereka, maka berilah amaran tiga hari. Jika ternyata kepada kamu sesudah itu, maka bunuhlah ia kerana sesungguhnya dia itu syaitan.



Seperti yang dijelaskan bahawa makhluk-makhluk halus itu ada 3 jenis, iaitu jin, syaitan dan iblis. Di antara jin-jin tersebut, ada yang beragama Islam, Yahudi, Kristian, Majusi dan ada yang menganut bermacam-macam penyembahan dan kepercayaan seperti manusia juga.

Syaitan lebih rendah martabatnya dariada jin dan ifrit kerana hidup mereka semata-mata untuk menganggu dan membinasakan makhluk-makhluk Allah. Makhluk-makhluk halus merupakan makhluk-makhluk yang hidup mempunyai roh yang membolehkan mereka hidup berketurunan. Mereka mempunyai batasan umur
yang telah ditetapkan oleh Allah seperti manusia juga. Jin akan mati apabila tiba ajalnya, tetapi umur syaitan (keturunan iblis) adalah panjang yang hanya akan berakhir dengan tiupan sangakala pertama.

Dalam peristiwa yang menyebabkan iblis dilaknat dan dihukumkan kafir oleh Allah, iblis telah memohon kepada Allah agar umurnya juga keturunannya dipanjangkan seperti yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 36:



Wahai Tuhanku, (kalau demikian) berilah aku tangguh sampai hari mereka akan dibangkitkan.

Allah telah memperkenankan permohonannya dengan firmannya seperti yang termaktub dalam Surah al-Hijr ayat 37 & 38:



Dia (Allah) berfirman: Maka sesungguhnya engkau adalah dari mereka yang diberi tangguh, sampai hari waktu yang ditentukan.

Jelasnya iblis dan keturunannya, iaitu syaitan tidak akan mati hingga hari kiamat. Ini berbeza dengan had umur jin yang akan mati apabila tiba masanya seperti yang telah ditetapkan oleh Allah.

Bersambung....

Sunday, April 25, 2010

Mayat Berasap

Cerita ini bermula ketika aku masih menuntut di sekolah rendah dalam darjah 5 ketika itu aku berumur 10 tahun . peristiwa ini berlaku pada suatu malam nan hening yang banyak mengundang unggas-unggas bermain pada masa waktu ketibaannya Tapi bukan sahaja makhluk kerdil ini sahaja yang hadir pada waktu seperti ini tetapi ada juga makhluk lain yang suka bertandang pada waktu ini. Seperti apa yang dikatakan oleh arwah nenekku, makhluk yang sering bertandang pada waktu ini ialah makhluk Jin dan Syaitan yang dilaknati telah Allah S.W.T.

Ketika itu aku baru selesai mengaji Al-Quran dari rumah Tok Cik , guru yang mengajar aku tentang agama. Ketika itu akulah pelajarnya yang terakhir menyelesaikan pembelajaran pada hari itu. Maknanya aku terpaksa kembali ke rumah berseorangan kerana rakan-rakanku yang lain telah lama meninggalkanku. Selepas mengucapkan terima kasih kepada Tok Cik ,aku pun berjalan pulang. Malam makin gelap perasan takut mula menyelubungi diriku. Kini aku mula merentasi kawasan perkuburan yang selalu digembar gemburkan oleh penduduk kampung sebagai kawasan berhantu. Hatiku mula berkocak dan mula berfikir tentang cerita-cerita seram yang sering diceritakan oleh penduduk kampung.

Tiba-tiba satu kubur mula berasap, aku mula berpeluh. Aku melihat satu mayat berasap keluar dari kubur tersebut .AARRRGGGGHHH!!!!!!. Aku mula kaget dan menjerit ketakutan. Fikiran aku makin bercelaru, puaka itu semakin mara kepadaku. Ingin aku meninggalkan tempat itu, tetapi aku tak dapat menggerakkan anggota tubuhku, Tubuhku seperti terpaku di bumi di mana tempat aku berpijak. Mayat berasap itu mula mengeluarkan bunyi yang menyeramkan. Heeeee….Heeeee…Heeeee…. Suaranya sungguh nyaring dan menyeramkan kepada sesiapa yang mendengarnya. Dalam keadaan samar-samar itu aku dapat melihat wajah puaka tersebut. Wajahnya sungguh menyeramkan dengan anggota tubuhnya dibaluti kain kafan dan wajahnya yang menyeringai memandang tepat ke mukaku.

Dengan melihat puaka itu mula mendekatiku, aku mula mengumpulkan seluruh tenaga untuk berlari meninggalkan kawasan berpuaka itu. Aku seperti mendapat semangat yang baru, sejurus itu aku mula berlari untuk meninggalkan kawasan tersebut. Dari kejauhan itu aku masih lagi mendengar hilai ketawa mayat tersebut. Aku berlari sehinggalah aku kepenatan. Aku pun berhenti di bawah perdu sepohon pokok Pulai. Tanpa menyedari keadaan sekeliling aku pun melepaskan lelah di bawah pokok tersebut. Semasa aku berehat di bawah perdu pokok itu, aku merasa ada sesuatu cecair pekat menitik jatuh dan terkena pada baju melayuku. Tikk…Tikk…Tikkk… Setitik demi setitik jatuh mengena pada bajuku. Aku dapat mengecam cecair yang terkena pada bajuku itu, tak lain dan tak bukan iaitu DARAH. Aku mula melihat kekiri dan kekananku tapi tiada bukti darah itu datang dari sana. Dalam keadaan ketakutan aku memberanikan diriku melihat ke atas pokok tersebut. Memang tidak salah dugaanku, mayat berasap tersebut masih lagi ingin menggangguku. Dalam kegelapan malam itu aku dapat melihat dua biji mata merah memandang tepat kepadaku. Tangan mayat itu mula mahu memegang leherku, yang pasti akan meragut nyawaku pada malam itu. Sejurus sahaja kejadian itu berlaku aku terus menjerit ketakutan dan tanpa mengingati apa yang telah terjadi pada diriku pada malam yang menyeramkan itu.

Pada suatu ketika aku mula membuka mata, aku menyedari kini aku berada di rumah Tok Cik. Aku bertanya kepada Tok Cik kenapa aku berada di sini dan apa yang telah berlaku kepadaku?. Dan Tok Cik hanya menjawab, “mengucap dan bertenang Pak Kadim itu tak akan menggangumu lagi anakku”. Tetapi bagiku pernyataan Tok Cik itu masih lagi membawa seribu pertanyaan kepadaku dan menjadi misteri kepada diriku. Di dalam benakku masih tertanya-tanya siapakah Pak Kadim itu?. Apakah hubungan Tok Cik dengan Pak Kadim dan mengapakah aku yang menjadi mangsa gangguan Pak Kadim itu?. Kini peristiwa tersebut telah lama berakhir dan Tok Cik guru agamaku juga telah lama kembali ke Alam Baqa. Tetapi, aku masih lagi tidak dapat melupakan peristiwa yang menakutkan ini dan ia masih lagi menghantui diriku serta seterusnya ia telah menjadi satu pengalaman yang ngeri dalam hidupku sehinggalah kehari ini.