Free Search
Thursday, July 12, 2012
7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling daripada arah kiblat. Itulah petanda bahawa semasa hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah. Syirik merupakan dosa yang paling besar dalam Islam. Kekal dalam neraka selama-lamanya
2. Mayat yang mukanya berbentuk babi. Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Perbuatan keji dan mungkar ini banyak. Bukan hanya berdua-duaan di tempat gelap, minum arak, berjudi sahaja. Tidak menutup aurat juga perbuatan keji. Bayangkanlah sejak dari baligh lagi tidak pernah menutup aurat, berapa banyak dosa yang telah dikumpulkan. Siksa api neraka amat pedih.
3. Mayat yang kepala menjadi batu yang hitam legam. Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram. Harta yang haram banyak. Contohnya, mencuri, merompak, menggunakan harta anak yatim.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya. Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata orang dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk daripada bangkai. Itulah mayat orang yang suka makan riba.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum. Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.
Tuesday, July 10, 2012
Pok-kopok
Kelawar Berkepala Manusia Menggegerkan Warga Probolinggo
Keresahan warga kampung Sumber Satu, daerah Kedopok, Kota Probolinggo selama ini akhirnya terungkap. Seekor kelawar yang diduga sebagai makhluk pesugihan bernama ‘pok-kopok’ yang kerap mencuri wang para warga itu akhirnya tertangkap.
Kelawar jadian yang memiliki bulu di bahagian tubuhnya yang berwarna oren dan bersayap hitam itu ditemui pertama kali oleh seorang penduduk bernama Akhmad (65). para penduduk yang melihat keanehan jenis kelawar itu, langsung menangkap dengan menggunakan alatan yang ada seperti jaring, kayu dan senjata tajam.
Mereka menganggap, kelawar berwarna oren agak kecokelatan itu, sebagai makhluk jadian. ini kerana mereka jarang melihat kelawar seperti itu. Selain warna tubuhnya tidak hitam seperti kelawar biasa, matanya juga berwarna merah. Kehadirannya kuat untuk mengesahkan yang ia masuk ke rumah Sudarmo tepat pada malam Jumaat Legi, hari yang suci bagi warga tertentu.
“Saya tak pernah melihat kelawar seperti ini. Ini bukan kelawar biasa, ini pasti Pok-kopok (kelawar jadian). Haiwan ini sering mencuri wang,” ujar Khofi, warga setempat.
Dengan tertangkapnya haiwan yang jarang ditemui ini, warga jalan KH Hasan Genggong Gang Bayusari VIII, agak lega. ini kerana, haiwan yang sering mencuri wang itu, telah tertangkap.
“Sebenarnya warga di sini tidak ada yang kehilangan wang. Tidak tahu kalau di daerah lain. Kebetulan kelawar ini tersasar ke sini,” ujar Miftahul Huda, tokoh pemuda setempat. Menurut Huda, setelah haiwan itu tertangkap, warga setempat menjadi ketakutan kerana takut diapa-apakan.
Untuk terus hidup, Busar meletakkan pisang di dalam balang itu untuk makanannya. “Ya, biarkan ia hidup. Kalau memang Pok-kopok ini wujud, pasti ada yang punya. Kita tunggu saja pemiliknya. Dan kalau ini kelawar biasa, apa salahnya memelihara binatang yang jarang ditemui,” tambah Huda.
Kononnya, menurut cerita warga setempat, Pok-kopok sengaja dilepaskan oleh pemiliknya untuk mencuri harta orang lain. Ia dipelihara oleh seseorang agar menjadi kaya, tanpa harus bekerja. ”Katanya kalau Pok-kopok ini ditangkap dan dibunuh, maka tuan punya juga akan ikut mati,” kata Huda, lelaki yang pernah mendalami dan pernah berguru dengan makhluk-makhluk itu.
Apakah kelawar itu pok-kopok atau bukan, masih menjadi tanda tanya, tetapi warga setempat cukup terhibur melihat haiwan itu.
ANNELIESE MICHEL/EMILY ROSE
SEDIKIT FAKTA MENGENAI KES ANNELIESE MICHEL/EMILY ROSE :
☻Dia dikatakan telah dirasuk oleh 6 roh jahat yg dikenali sebagai roh² Judas Iscariot, Nero, Cain, Adolf hitler dan Valentin fleischmann (seorang paderi Perancis pada kurun ke 16) dan juga roh yg dikenali sebagai Lucifer (dikatakan sebagai syaitan).
☻Anneliese mati pada 1 Julai 1976. Dia dikatakan telah meramalkan bahawa dia akan terpisah daripada roh² jahat tersebut pada tarikh tersebut.
☻Peguambela memainkan pita rakaman asal dari proses exorcism tersebut dan ia telah mencipta sejarah sebagai bukti yang pertama seumpamanya di ketengahkan dalam sebuah perbicaraan. Pita rakaman tersebut juga digunakan dalam filem Emily Rose.
☻Sebelum perbicaraan tersebut ibubapa Anneliese telah meminta agar kubur Anneliese di gali semula berikutan pesanan yg diterima dari seorang rahib Carmelite dari daerah selatan Bavaria yang menyatakan dia telah mendapat visi yang menunjukkan bahawa mayat Anneliese masih berada dalam keadaan sempurna dan Anneliese adalah seorang malaikat dan utusan. Setelah 2 tahun ditanam, pada 25.2.1978, mayatnya telah digali semula tetapi ibubapa serta paderi² tersebut tidak dibenarkan melihat mayat berkenaan. Mayat tersebut dipindahkan ke dalam sebuah keranda yg lebih baik. Keadaan mayat tersebut tidak pernah didedahkan pihak berkuasa atas sebab² yang tidak dijelaskan.
Subscribe to:
Posts (Atom)