Nama saya, Faddy Seah. Saya ingin berkongsi pengalaman saya. Ini terjadi
sekitar dua tahun lalu. Saya merupakan seorang penunggang motosikal.
Saya ni jenis degil sedikit. Kalau saya marah atau bersedih, saya gemar
beronda-ronda seorang diri ke satu tempat yang digelar "Kranji Dam".
Tempat itu berangin, sunyi, dan boleh melihat kawasan perairan Selat
Johor. Apabila saya duduk di sana seorang diri, tenang hati saya.
Ada satu malam, saya tak ingat hari apa, teman baik saya S, mengajak saya lepak di "Kranji Dam". Oleh kerana saya bosan di rumah, saya ikutkan saja. Boleh panaskan enjin motosikal saya sekali. Saya tak fikir apa pun kerana dah biasa beronda di tempat itu. Bila lepak, tak ada apa-apa yang terjadi. Apabila sampai waktu untuk pulang, saya terpaksa menggunakan tandas untuk sahut seruan alam. Oleh kerana dah lewat sekitar pukul 1 atau 2 pagi, dan tempatnya sunyi, saya suruh S tunggu saya betul2 di depan pintu masuk tandas wanita. S seorang lelaki, jadi tak boleh teman hingga ke dalam tandas.
Tandas mempunyai dua ruang kecil, satu yang ada jamban duduk, lagi satu yang menyangkung. Bila saya masuk, saya perasan hanya saya seorang yang menggunakan tandas, saya pilih ruang yang ada jamban duduk. Bila saya sedang hendak keluar dari tandas, saya perasan di ruang sebelah bunyi jamban dipam, saya tak fikir apa-apa, mungkin orang lain menggunakan tandas sebelah. Bila saya dah selesai, nak cuci tangan, saya perasan pintu tandas sebelah tutup. Saya panggil S, dan bertanya:
"Ada orang masuk tandas eh?"
S kata, "Tak, tak ada orang yang masuk tandas ni tadi..."
Saya bertanya lagi, "Awak dari tadi tunggu di luar pintu tandas ni ke awak ada jalan2 ke tempat lain bila saya dalam tandas?"
S kata lagi, "Dari tadi saya di sini tak ada sesiapa yang masuk kecuali awak, lepas awak, tak ada orang lagi."
Saya tak percaya kata-kata S, kerana kalau tak ada orang yang masuk selepas saya, siapa pula yang berada di dalam tandas sebelah kan? Kalau S memang dari tadi tunggu saya di luar pintu tandas wanita, mesti dia tak akan terlepas melihat sesiapa saja yang masuk. Saya pula tak mudah percaya benda-benda ghaib sangat. Saya kata pada S dalam bahasa Inggeris, "There is someone in the cubicle next to mine..."
S pun pelik kerana betul-betul merasakan bahawa tiada sesiapa yang masuk tandas selain saya seorang. Saya pun cuba membuka pintu tandas sebelah yang tadi terbuka. Kini pintu itu sudah dikunci. Kami berdua rasa pelik sangat, kerana pintu itu hanya boleh dikunci daripada dalam. Kalau tiada sesiapa yang masuk, macamana pintu terkunci? Bila saya sedang siasat, masih kedengaran bunyi air di dalam. Saya tak mahu endahkan sangat jadi saya cuci tangan di sinki, dah sedia nak keluar. Tiba-tiba kedengaran bunyi pam di tandas sebelah tadi, lepas itu pintu ruang tandas itu terbuka sendiri!
Saya lihat S, S pandang saya balik daripada pintu tandas itu, muka masing2 terperanjat. Selepas itu, kedengaran paip air diputar dari sinki sebelah. Saya dah mula panik. Apa lagi, saya cabut lari, dengan S sekali lari secepat mungkin ke arah motosikal masing-masing. Naik motor terus kami pecut, tak pusing belakang pun, saya perasan S sedang menggigil sambil tunggang motosikalnya. Sampai di jalan utama dekat dengan kawasan perumahan baru kami berdua hentikan motosikal.
S masih menggigil dan dalam keadaan ketakutan berkata, "WHAT WAS THAT MAN, WHAT HAPPENED BACK THERE? IT WASN'T FUNNY!" Saya kata saya tak pasti, mungkin benda halus. Saya tak begitu panik kerana saya pernah mengalami peristiwa-peristiwa peribadi dengan benda halus sejak kecil lagi, untuk S, itu pertama kali beliau alami. Nasib baik tidak ada apa-apa terjadi pada kami bila sampai rumah. Kami lepak lagi sekejap di kolong blok kami sebelum pulang ke rumah masing2. Selepas pengalaman itu, saya masih ronda2 di tempat yang sama tapi saya tak akan menggunakan tandas di sana.

No comments:
Post a Comment