Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da
Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun
yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan
misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang
mempunyai senyuman yang menawan itu.
Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan
seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke
arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama
lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan
peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut
corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503.
Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit.
Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
Misteri Potret Monalisa
Identiti Monalisa itu sendiri.
Riak wajah Monalisa.
Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung
tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu.
Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari
sudut berlainan.
Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan
penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna
senyuman tersebut.
Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan
teliti untuk membongkar rahsia Monalisa.
Teori Mengenai
Monalisa
Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang
merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona
Lisa bermaksud Madam Lisa.
Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori
bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali
sebagai Caterina.
Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah
Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia
berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik
melukis wajah seseorang.
Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian
Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah
Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz
menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk
kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa
Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium
Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang
pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah.
Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu
berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan
pelbagai sastera serta seni kreatif lain.
Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas
kematian Leonardo.
Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda.
Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa
memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya.
Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut
pandangan berbeza.
Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya
terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah
dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan
hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas
terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan
santun.
Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang
melewati masa semakin lama semakin membimbangkan.
Sumber
: http://misteridankeajaibanalam.blogspot.com/2011/03/misteri-potret-monalisa.html
1 comment:
Post a Comment