Free Search
Sunday, February 26, 2012
BOLEHKAH KITA MENUNTUT ILMU KEBATINAN.....?
USTAZ BOLEHKAH KITA MENUNTUT ILMU KEBATINAN.....?
Ada satu soalan yang pernah ditujukan kepada saya tentang hukum mempelajari ilmu kebatinan....malah yang bertanya itu pula memberikan hujah ilmu kebatinan ini adalah ilmu tradisi nenek moyang dan tidak kurang juga diamalkan oleh ulamak-ulamak silam...seperti..Tok Janggut...Mat Kilau ..Dato Bahaman.......Panglima Mat Saleh....dan sebagainya.
Diceritakan nenek moyang kita dahulu tak kurang hebatnya....penuh dengan ilmu kebatinan di dada....kebal...tak lut dek peluru...tak makan dek besi...baik parang..tombak....keris....ke sana ke mari naik harimau belaan....bukan macam kita naik bas Kg Tawas....he he he...ada yang kita dengar....orang dahulu kalau masuk hutan..nak bukak kebun atau sawah...tak payah bawak parang sabit...hanya dengan tangan kosong aje.....pokok balak tu pun dipikul atas bahu aje.....hebat...memang hebat orang dahulu kala.....!!
Namun begitu apa yang menghairankan kita,,,,apabila penjajah asing datang bermula dari penjajah Portugis...Belanda.. Inggeris yang datang ...menjajah Tanah Melayu..takde pulak kita dengar pegawai koloni Belanda..British yang disantau angin...atau dirasuk hantu raya....atau di sihir jadi gila...begitu juga tidak pula kita baca dalam sejarah...tentera Portugis...Belanda...Inggeris...pulang ke tanah air mereka...kerana kalah peprangan dengan panglima Melayu yang kebal...dan tak lut dimakan peluru dan besi ...!!!!
Di dalam Islam....manusia hanyalah diberikan Allah kekuatan yang terbatas.....
1- .Sekiranya seorang manusia yang dilantik Allah menjadi nabi dan rasul.....maka mereka akan dikurniakan dengan keistimewaan yang disebut sebagai “mukjizat” iaitu sesuatu yang diluar kemampuan fizikal dan akal manusia sebagai hujah kerasulan mereka......
2- Sekiranya seorang manusia yang dikasihi Allah dan mendapat kasih sayang Allah lantaran ibadah ,ilmu,akhlak serta amalan tasauf yang hebat...maka mereka ini dinamakan sebagai wali Allah....Mereka ini dikurniakan dengan sesuatu yang istimewa yang dinamakan sebagai karamah....namun begitu perlu diingat wali Allah itu sendiri tidak tahu dia mempunyai karamah......hanya disedari oleh manusia lain yang melihatnya dan menceritakannya.....oleh itu...tidak ada wali yang mendakwa dirinya pakar buat magik....ada kuasa mengubat....begini ...begini......kalu ada oitu wali tiruan kerana wali Allah tidak akan berbangga dengan kebolehannya
3- Sekiranya manusia itu termasuk di dalam kategori...yang suka berdoa....mengharapkan bantuan Allah.....maka mereka ini akan diberikan Allah pertolongan dengan keizinannya....ketika diperlukan...yang dinamakan dengan istilah “Ma’unah”.......
4- Sekiramya manusia termasuk di dalam golongan yang kafir...jahat...zalim....maka Allah akan memberikan mereka perkara luar biasa sementara di dunia ini....dan dengan kurniaan dan kuasa luar biasa itu menambah lagi kesesatan mereka..yang dinamakan dengan istilah “Al-Istidraj”
Maka di sini fahamlah kita...bahawa selain daripada empat cara di atas....segala kuasa dan kurniaan mahupun kebolehan luar biasa itu boleh dituntut dan dipelajari maka sudah pasti..kebanyakkannya adalah dengan bantuan jin syaitan.
Sesungguhnya perbuatan mempelajari ilmu kebatinan dengan menggunakan bantuan makhluk halus seperti khadam ayat....jin..hanturaya....toyol...adalah haram di sisi agama Islam
Firman Allah dalam Al-Quran
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua) dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”.((Surah An-Nisaa’- Ayat 116) dan
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - (Surah az-Zariyat: ayat 56).
ILMU KEBATINAN dengan MENUNTUT ILMU SALAH
Menuntut bererti mempelajari ilmu secara khusus dan sedar yang dilakukan dengan tunjuk ajar guru. Kaedah untuk membela hantu raya ialah untuk dijadikan “khadam”, dengan menyediakan sebiji telur ayam mentah yang ditebuk dengan jarum berserta dengan setitik darah orang yang berkenaan. Darah diambil dari jari kelingking tangan kiri, dititikkan berhampiran lubang. Bahan lain ialah sekepal pulut kuning, sebatang rokok daun dan sekepal nasi. Tempat yang dipilih untuk memanggil hantu ialah di mana-mana busut jantan, jauh daripada manusia yang dilakukan di tengah malam.
Ungkapan kata menyeru makhluk ini berbunyi :-
* Hei si hantu raya
Jembalang angin
Aku tahu asalmu
Engkau dari bulu hidung Nabi Adam
Makanan engkau telur ayam
Mari engkau
Mari makan benda-benda ini.
Hei si hantu raya
Mari kau bersahabat
Mari menjaga diriku
Engkau taat perintahku
Ikut segala perintahku.
Hei si hantu raya
Menyerupa engkau serupa aku
Menyerupa engkau dalam diriku
Jangan engkau langgar perintahku
Jikalau engkau engkar
Aku panah engkau
Dengan panah berpanah
Panah sakti
Panah rajuma
Amalan ini dilakukan selama tiga malam berturut-turut. Malam terakhir adalah malam penentu, samada hasrat seseorang itu berjaya atau tidak. Makhluk ini kadang-kadang datang menjelma balam-balam sebentar di atas bahan jamuan yang diletakkan di hadapannya. Ketika itulah orang yang berkenaan memberitahu maksud ia memanggil makhluk tadi, juga berjanji akan memberi makan, samada sekali dalam sebulan, sekali seminggu dan sebagainya, sekiranya makhluk tadi mahu “berkhidmat” untuknya.
Orang yang berkenaan mula-mula akan merasa sejuk pada ibu jari kakinya, ataupun ibu jari tangannya, lalu akhirnya rasa tadi meresap ke seluruh tubuh. Ini bererti bahawa makhluk tersebut telah masuk ke dalam tubuh orang yang berkenaaan, samada melalui ibu jari kaki ataupun ibu jari kanan. Ia akan pulih sepeti sedia-kala apabila makhluk itu keluar dari tubuh. Dengan ini maka terjalinlah hubungan antara orang yang berkenaan dengan hantu raya tadi, lalu ia menyuruh makhluk itu mengikutinya balik ke rumah.
Di antara tujuan seseorang itu membela hantu raya ialah untuk menjaga diri, keluarga, dan harta benda, termasuk binatang ternakan dan hasil tanaman daripada diganggu atau dicuri. Dengan penglibatan makhluk ini juga, seseorang itu dikatakan boleh menjadi kebal.
Hantu raya akan menurut perintah tuannya dengan syarat ia dijamu terlebih dahulu, sebelum melakukan sesuatu perintah. Di antara jamuan yang perlu disajikan ialah pulut kuning, sekapur sirih pinang, telur ayam, bertih nasi dan rokok daun.Terdapat ungkapan kata tertentu dalam upacara pemanggilan itu, dan jika disertakan dengan pembarakan kemenyan, hantu raya akan lebih cepat datang dan segera mengerjakan apa yang disuruh.
Amalan di atas, dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk membela hantu raya, yang dilakukan dengan kaedah tertentu menurut apa yang diajar oleh guru. Rangkaian kata yang dituturkan ketika memanggil hantu raya inilah yang disebut sebagai “panggilan” atau “pemujaan”. Hantu raya yang difahami oleh masyarakat Melayu adalah termasuk dalam golongan jin kafir, samada iblis atau syaitan. Dengan ini bererti bahawa amalan yang dilakukan oleh orang yang berkenaan adalah amalan memuja atau memanggil syaitan. Nama “HANTU RAYA” adalah diantara nama hantu yang biasa difahami oleh orang Melayu yang dikaitkan dengan hantu belaan. Nama ini tidak wujud dalam Al-Qur’an.
Terdapat kata-kata dusta dalam ungkapan tersebut, yang menyebut asal usul hantu raya, iaitu daripada “Bulu Hidung Nabi Adam”. Berumpankan telur ayam yang ditebuk menggunakan jarum dan diletakkan darah orang yang berkenaan, makhluk ini dipuja untuk menjadi sahabatnya.
Persahabatan seperti ini adalah seburuk-buruk persahabatan seperti yang tersebut dalam al-Qur’an ( Sebahagian dari Surah An-Nisaa – Surah 4 : Ayat 38 ):
“Barang siapa syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah seburuk-buruk teman”.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”. (Al A’raaf: 179
PERINGATAN...!!!!
MENTERA YANG DITULISKAN DI ATAS HANYA UNTUK TUJUAN PENERANGAN...JANGAN PULA DIAMALKAN DAN DISERU ATAU DISALAHGUNAKAN...KERANA BARANGSIAPA YANG MELAKUKAN SEDEMIKIAN DIA TELAH MELAKUKAN PERBUATAN SYIRIK DAN SESAT........NERAKALAH TEMPATNYA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hati-hati dengan ilmu macam tu : syirik. manusia hendaknya hanya bartawakal kepada Allah. cukuplah Allah bagiku, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung dan penolong.
Assalamualaikum warahmatullah wabaraqatuh..Saya mencari perawat disekitar, untuk rawatan secara dekat, saya termakan makanan dari ilmu guna-guna, beratus benda halus di hantar kepada saya..
email saya : tubuhsatu@gmail.com
Post a Comment