Free Search

Saturday, January 31, 2009

Kota Purba Fenghuang Kota Penuh Misteri

Kota Kuo Fenghuang terletak di kawasan Etnis Tujia dan Etnis Miao, Propinsi Hunan, iaitu dibahagian tengah Tiongkok. Kota kuno ini didirikan pada zaman pemerintahan Kaisar Kangxi, Dinasti Qing, dinasti terakhir dalam sejarah Tiongkok, dan pernah dipuji oleh Rewi Alley, pengarang wanita Selandia Baru sebagai salah satu kota kecil yang paling indah di Tiongkok. Kota Fenghuang memang adalah kota kecil karena di dalam kota ini hanya terdapat sebuah jalan membujur dari barat ke timur, namun jalan ini benar-benar adalah sebuah serambi panjang yang hijau.



Kota Kuno Fenghuang terbagi menjadi dua bahagian, iaitu kota lama dan kota baru. Kota lama dengan tembok batu merah dibangun di kaki Gunung Nanhua dengan Sungai Tuojiang yang dangkal dan jernih mengalir dari bagian tengah kota tersebut. Untuk berjalan ke luar dari kota lama, penduduk setempat akan melintasi jambatan kayu yang sempit yang terletak di bawah gerbang utara kota lama.

Sungai Tuo, sungai ibunda di Kota Fenghuang

Kota purba Fenghuang yang terletak di sebelah barat daya Provinsi Hunan, merupakan sebuah daripada 24 buah kota sejarah dan budaya yang terkenal di China. Kota ini pernah disebut oleh penulis yang tersohor dari New Zealand, iaitu Rewi Ally, sebagai kota yang paling indah di China.

Rumah panggung, bangunan yang paling tipikal di Kota Fenghuang

Kota Fenghuang mendapat namanya daripada sebuah gunung yang terdapat di sebelah barat dayanya, dan bentuk gunung itu seperti seekor phonex yang sedang terbang.

Di tebing Sungai Tuo, kelihatan rumah panggung yang sudah bersejarah seratus tahun yang dulunya dibina sebuah demi sebuah Pemandangan di Kota Fenghuang indah permai. Terdapat banyak tapak peninggalan sejarah yang masih terpelihara dengan baik di kota ini, antaranya termasuklah menara purba yang tersergam indah, kuil kuno yang dibina pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, Gua Qiliang yang digelar "Istana Seni bawah Tanah", kota purba Huangsiqiao yang dibina pada zaman Dinasti Tang, dan dermaga yang digelar "Tembok Besar di selatan".

Selepas melintasi Jambatan Hong, imej Kota Fenghuang sebagai kampung air di selatan kelihatan terpapar di hadapan mata.

Sebuah menara purba kelihatan tersergam indah di tebing Sungai Tuo.

Misteri gadis cantik di pesawat


Di dalam dunia yang serba moden ini, masih ada mahkluk ganjil yang wujud. Ini bukan rekaan, tetapi benar. Pada satu malam yang dingin di Lapangan Terbang Sdyney, Australia, aku berkerja seperti yang aku lakukan sehari-harian iaitu menguruskan kargo dalam pesawat. Angin cukup sejuk kerana pada waktu itu musim sejuk. Tepat pada 7.30 malam, pesawat ku berlepas ke Hong kong. Seperti biasa, aku bersama kakitangan pesawat yang lain menjalankan tugas masing masing dalam cockpit pesawat. Selepas dua jam penerbangan, Kapten Jan, seorang warga belanda, yang mengetuai pesawat tersebut, mengarahkan aku ke ruang kargo dibahagian bawah untuk memeriksa muatan. Itu adalah kerja aku sehari harian.

Apabila aku berada dibawah, aku ternampak seorang gadis cantik di hadapanku. Aku menjadi gamam sebentar. Aku tidak dapat berbuat apa apapun kecuali hanya merenung ke arahnya. Dengan perlahan lahan aku mundur ke belakang untuk menelefon kapten Jan dan memberitahunya apa yang terjadi. Sebentar kemudian, Flight Engineer, Ronnie, teman sekampung aku dari Gold Coast, turun kebawah untuk menyiasat. Aku melihat Ronnie terpaku seketika. Kami berdua seolah olah dipaku oleh makhluk itu. Tidak lama kemudia gadis itu hilang. Hilang didepan mataku tanpa meninggalkan apa apa kesan.

Kami terus naik ke cocokpit untuk membuat laporan. Aku kira itu hanya suatu lintasan. Tetapi tidak lama kemudian Kapten Jan bertanya kepada juruterbang kedua sama ada beliau terdengar apa apa seperti suara seorang perempuan. Menurutnya, ada orang memanggil manggil namanya melalui headphone. Alat itu hanya boleh didengar antara kami dengan menara kawalan. Setelaha Kapten Jan mengalaminya sendiri, beliau memberitahu anak anak kapalnya agar jangan keluar dari cockpit sehingga pesawat sampai ke Hong Kong. Pelik tapi benar, dizaman yang serba modern ini, masih ada makhluk seperti itu wujud. Tetapi bagi diriku, manusia tidak seharusnya takut pada semua itu semua kerana darjat manusia labih tinggi dari mereka. Namun hingga ke saat ini, aku masih ingat lagi peristiwa itu. Dari mana gadis itu datang, dan kemana dia menghilang, dan siapakah dia sebenarnya?

Sumber : Internet

Friday, January 30, 2009

Lembaga putih ditepi pantai

"Wow, seminggu kita cuti ni! Seronok betul. Ada sesiapa boleh bagi idea apa kita nak buat cuti nanti?" tanya Zul kepada dua sahabatnya, Adly dan Iman.

"Apa kata kita pergi memancing. Kita boleh memancing kat kolam, sungai ataupun tepi laut. Cuti seminggu ni, banyaklah tempat kita boleh pergi," kata Adly.

Bersinar sinar mata sahabat sahabatnya apabila membayangkan aktiviti-aktiviti mereka nanti. Sememangnya ketiga tiga sahabat ini kaki pancing. Kali ini mereka memilih untuk memancing di tepi laut dahulu sebelum ketempat tempat lain lagi. Mereka bercadang bermalam disana sekali. Kawasan yang dipilih jauh dari tempat tinggal orang ramai dan jauh dari bunyi bising dan tiada gangguan.

Perjalanan mereka bermula kira kira pukul 2.00 petang kerana masing masing ada hal untuk diselesaikan pada pagi itu. Mereka menyanyi-nyanyi riang sambil menikmati kehijauan alam dikiri kanan jalan. Entah mengapa tiba tiba sahaja Adly berpeluh apabila kereta mereka yang mereka naiki melalui kawasan perkuburan islam yang agak lama dilereng bukit. Badannya terasa panas tiba tiba. Jantungnya berdegup kencang. Tidak tenteram rasa dihatinya. Namun dibukukan rasa hatinya daripada pengetahuan sahabat sahabatnya. Bimbang nanti diketawakan mereka.

"Eh panaslah. Boleh kau pasang aircond tu kuat sikit tak?" kata Adly pada zul yang duduk disebelah tempat pemandu. Terkebil kebil Zul melihat Adly yang tiba tiba sahaja naik angin tak tentu pasal. Pelik. Penghawa dingin yang dipasang ini pun sedah cukup kuat. Tambahan pulak, cuaca diluar mendung sahaja. Tak terasa pulak panasnya. Namun, diturutkan sahaja permintaan Adly itu.

Sesampai sahaja mereka ditempat yang dituju, masing masing sibuk mengeluarkan peralatan khemah, bahan makanan dan jugak peralatan memenacing mereka. Setelah selesai memasang khemah dan mengumpul ranting kayu untuk dibuat unggun api, masing masing melepaskan lelah sambil menikmati angin petang.

Tiba tiba Adly bersuara,"Zul, Iman, aku rasa tak sedap hatilah. Jom kita balik. Lagipun, tempat ni, menyeramkanlah."

"Ish kau ni! Belum ada apa apa lagi kau dah takut, hah hah hah. Relaxlah, tenpat nie ok je. aku dah survey dulu dah sebelum datang sini," sahut Iman sambil mentertawakan Adly. Mendengar pangakuan sahabatnya itu, Adly berasa sedikit tenang.

Ketiga tiga sahabat ini begitu asyik memancing sehingga tidak sedar hari sudah jauh malam. Sedang asyik memancing, tiba tiba satu lembaga putih melayang didepan Iman. Kecut perut Iman bila terpandangkan lembaga tersebut. Ditoleh kiri dan kanan melihat Zul dan Adly. Masing masing masih leka dengan pancing mereka.

"Tak ada apa apa kot. Dia orang tu relax je. Kalau betul pun 'benda' tu, takkan diaorang tak nampak kot. Bukan jauh sangat tempat aku dengan dia orang. Lagipun malulah aku kalau aku mengadu dekat dia orang," bisik Iman menyedapkan hati sendiri.

Sekali lagi Iman dikejutkan dengan lintasan lembaga putih didepannya. Kali ini, Iman dapat lihat dengan jelas muka lembaga tersebut. Terasa bagaikan hendak gugur jantungnya melihat wajah lembaga yang mengilai dihadapannya. Matanya merah dengan gigi taring berlumuran darah jelas merenung Iman bagaikan menghadap makanan yang lazat.

Antara takut dan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya, Iman menggosok gosok matanya. Ditoleh ke kiri, didapati Adly sudah tiada. Ditoleh ke kanan, Zul juga dah tiada. Kali ini, Iman betul betuk takut. Tanpa membuang masa, Iman menarik tali pancingnya dan mula menghayun langkah pulang ke khemah mereka.

Terasa berat kakinya melangkah. Peluh sudah mula membasahi bajunya. Segala ayat suci Al-Quran yang dihafalnya semua hilang entah kemana. Dengan penuh susah payah, Iman menguatkan semangat dan berlari sekuat kuat hatinya. Sampai sahaja ditenpat khemah, didapati Zul dan Adly sudah pun menunggunya. Tanpa membuang masa, terus sahaja mereka pulang. Keluar sahaja dari kawasan sunyi tersebut, Iman mula bersuara, " Kau orang nampak apa yang aku nampak?"

"Nampak. Mula mula tu, aku nak cakap kat kau, tapi tengok macam tak ada apa apa je, aku pun relax je la. Tapi, bila dua kali lalu depan aku, terus aku nak ajak kau, tapi aku tengok korang berdua dah tak ada. Terus aku cabut. Sampai aja kat khemah, aku nampak Adly dah ada kat situ tengah kemas barang. Aku terus tolong dia kemas."

"A'ah, baru je habis kemas, tengok kau dah sampai. Ish nasib baik tak ada apa apa jadi pada kita ni. Itulah lain kali, jangan cakap besar. Tengok apa dah jadi. Lain kali, aku tak nak lagi memancing kat tempat tempat macam tu," sahut Adly yang sedari tadi mendengar sahaja apa yang diluahkan oleh Zul.

Sumber : Internet

Tuesday, January 13, 2009

Misteri kuasa dalam dan minda

Kuasa dalam yang ada pada manusia merupakan satu topik yang amat menarik sekali. Tidak semua orang menyedari kelebihan ini dan hanya segelintir sahaja yang tahu dan mungkin mencapai batas-batas luar biasa. Pendedahan kepada kemampuan-kemampuan paranormal yang di luar batasan logika semakin menghangatkan senario peradaban manusia di zaman yang serba canggih ini. Kebolehan luar biasa yang dipamerkan oleh segolongan manusia aneh yang nampaknya seperti memiliki kuasa supernatural semakin mendapat perhatian istimewa pihak-pihak tertentu termasuklah kerajaan (Malaysia mungkin tidak kot, tetapi entahlah…)

Filem-filem berkisarkan kekuatan superpower seperti Matrix, Jumper, X-Men dan sebagainya semakin menjadi pilihan media untuk ditayangkan. Malahan ia semakin merebak ke dunia animasi seperti Bleach, Naruto, Code Geass dan banyak lagi. Semakin hari semakin bertambah peminatnya. Kewujudan rancangan hiburan yang mengisahkan kekuatan super seperti ini sebenarnya diinspirasikan dari pendedahan-pendedahan tentang projek-projek Top Secret yang dibangunkan oleh agensi-agensi kerajaan tertentu, yang mana tujuannya untuk meneroka potensi luarbiasa manusia yang sering kita sebut sebagai kuasa minda, kuasa psikik atau apa sahaja sebutannya. Apakah ini salah satu tanda kemajuan utama manusia masa hadapan bukan bersifat material, tetapi lebih kepada penguasaan minda dan kekuatan-kekuatan terpendam dalam diri manusia yang seolah-olah memanggil-manggil kita untuk meneroka. Mungkin manusia lebih banyak meneroka angkasa lepas daripada meneroka potensi diri sendiri.

Mungkin anda mengatakan dizaman kecanggihan teknologi kita tidak lagi mempercayai perkara-perkara “karut” seperti ini. Ya.. mungkin anda betul, tetapi mungkin juga silap. Kadang-kadang kebenaran kelihatannya lebih pelik dari kebohongan. Kecanggihan teknologi nampaknya hanya memudahkan pihak-pihak tertentu melakukan kajian dengan lebih lancar, bukannya semakin mengenepikan. Banyak kajian-kajian membuktikan kewujudan kuasa luar biasa dan kebolehan paranormal, sekaligus membuatkan mereka yang skeptik terkedu tanpa nafas. Malah dengan kecanggihan teknologi pula mereka membina alat-alat bantuan untuk memudahkan manusia memanfaatkan kebolehan terpendam untuk pelbagai tujuan.

Tahukah anda badan korporat seperti Sony Corporation juga menunjukkan minat dalam lapangan kuasa minda? Pada tahun 1997, saintis Jepun, Yoichiro Sako telah membuat suatu kenyataan semasa perjumpaan Society of Scientific Exploration di Universiti of Nevada. Dalam syarahan beliau, Sony Corporation disahkan telah membiayai kos pengkajian lapangan ESP (Extra-sensory Perception), dan cuba untuk menemukan cara bagaimana untuk mengkomersialkan ESP ini. Semasa kenyataan ini dibuat, kajian tersebut yang dilakukan oleh pakar-pakar yang diketuai Yoichiro Sako, sudah pun berlangsung selama 7 tahun. Walaupun projek ini diberhentikan pada tahun 1998 kerana pihak Sony tidak menemukan jalan keuntungan dari sudut perniagaan, namun pasukan saintis berkenaan telah membuktikan bahawa ESP memang wujud!

Badan kerajaan juga nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam perkembangan bidang supernatural, lalu membiayai banyak kajian-kajian secara sintifik. Lalu tertubuhlah projek rahsia “Perisik Psikik”.

Kerajaan Amerika mengakui bahawa pada tahun-tahun 1960an dan 1970an, mereka telah melakukan kajian tentang potensi kuasa psikik, dan telah melibatkan kos kira-kira USD 20 juta..! Agensi Risikan Pusat (CIA) juga didakwa mempunyai jabatan khas iaitu Jabatan Parapsikologi, yang mana telah banyak menjalankan ujian terhadap ahli-ahli psikik terkenal seperti Uri Geller, dengan harapan untuk mendapat pemahaman secara jelas tentang bagaimana kepekaan minda berfungsi sehingga boleh melihat menembusi dinding, melihat kejadian ditempat yang jauh (remote viewing), melihat kejadian masa akan datang dan sebagainya. Tidak dinafikan ini boleh memberikan kelebihan tertentu kepada sebuah agensi risikan.

Apa yang dilakukan oleh kerajaan Amerika ini sebenarnya “reaksi” kepada laporan dari Russia yang memberitakan bahawa kehebatan program “Psychic Warfare” kerajaan Russia tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa barat. Fail-fail projek superpower milik kerajaan Russia yang penuh kerahsiaan itu sebenarnya telah berjaya didedahkan kepada umum sejak tahun 1950an lagi! Ini termasuklah pendedahan tentang makmal-makmal rahsia yang mana tujuan penubuhannya adalah untuk mengkaji kekuatan minda manusia serta potensinya dalam bidang perisikan, kawalan jauh terhadap benda-benda bersifat material dan juga potensi mempengaruhi orang lain secara jarak jauh!

Ini semua hanyalah fakta-fakta yang diperakui oleh kedua-dua kuasa besar dunia ini. Bagaimana pula dengan projek-projek atau kajian rahsia yang masih tersimpan rapi? Jika kerajaan Amerika dan Russia telah didedahkan menjalankan projek-projek kekuatan supernatural sejak tahun 1960an dan 1970an lagi, apakah rahsia-rahsia terbaru pada hari ini, yang tersembunyi dibelakang pintu yang terkunci rapat itu? Bagaimana pula dengan negara-negara yang lain? Adakah mereka hanya menjadi pemerhati?

Dikhabarkan bahawa saintis-saintis terkemuka dunia sekarang ini sedang berhempas pulas mengkaji bagi menemukan cara untuk melampaui batasan kekuatan kuasa minda (kita masih diperingkat pengenalan, mereka dah nak menerobos batasan ( ). Walaupun berkali-kali dinafikan bahawa projek ini sedang dijalankan, namun jika dipertimbangkan fakta-fakta masa lalu, adalah munasabah jika dikatakan bahawa kuasa-kuasa besar dunia tertentu, membiayai kos projek rahsia ini, yang mana ianya bertujuan untuk mewujudkan kekuatan baru iaitu “Perisik Psikik” yang bukan sahaja boleh mengakses pelbagai dimensi, tetapi juga mampu memanipulasikannya untuk merisik, mengawal, mempengaruhi, mencederakan malahan membunuh.

Perkembangan kajian psikik atau kuasa supernatural hari ini sudah jauh dari hanya sekadar telepati, telekinesis, hipnosis, subliminal message dan sebagainya yang mana tidak terikat dengan hukum fizik, malahan adakah mungkin sudah sampai ketahap mengubah dan memanipulasi hukum itu sendiri? Atau mungkin sudah dapat mengubahsuai struktur atom dengan hanya mengunakan kekuatan minda semata-mata? Boleh jadi mereka telah dapat meningkatkan kekuatan minda mereka ke tahap yang tidak mampu untuk kita gambarkan. Disaat kita masih berbolak balik tentang ilmu kebal, mungkin mereka sudah mampu membuat ledakan sekuat bom atom hanya bersumberkan udara. Disaat kita masih bertekak membahaskan sama ada kekuatan mindakah atau kekuatan jin, boleh jadi mereka telah maju ke tahap mampu melakukan penguraian atom.

Persoalannya di manakah kita? Mungkin kita lebih mempercayai tentang UFO jika dibandingkan kekuatan psikik. Mungkin menonton filem-filem seram lebih “menyeronokkan” daripada menonton dokumentari tentang keanehan kuasa minda. Mungkin mengikuti perkembangan siapakah menjuarai Akademi Fantasia atau Malaysian Idol lebih mengujakan daripada berdiskusi tentang potensi keupayaan otak. Mungkin kita lebih asyik mendengar betapa melankoliknya lagu-lagu percintaan dari pemuzik-pemuzik tanah air daripada mendengar syarahan-syarahan berbentuk ilmiah. Timbang-timbangkanlah sendiri…

Dipetik dari
http://idotpearl.wordpress.com

Sunday, January 4, 2009

Bibah Ratu Kebaya

SEJAK dari pagi lagi, anak-beranak Haji Solehin sibuk menyiapkan hidangan untuk majlis tahlil arwah yang akan diadakan selepas Maghrib nanti. Masing-masing telah diberikan tugas khas yang perlu diselesaikan sebelum menjelang senja. Semua kesepuluh anak Haji Solehin telah berkampung di rumah pusaka arwah sejak dua hari lepas. Masa itulah mereka membersihkan rumah yang telah ditinggalkan semenjak kematian Haji Solehin dan mula mengumpul kayu api di bawah bangsal untuk memasak.

Di Kampung Sungai Sengkela, kalau anak-beranak Haji Solehin pulang serentak, barulah suasana kampung bertukar wajah. Bayangkanlah keriuhan sepuluh orang anak dengan bilangan cucu mencecah 40 orang dan beberapa orang cicit. Rumahnya riuh-rendah dengan suara kanak-kanak bersorak riang bermain bola, suara si ibu memarahi anak dara yang lambat mandi dan suara si bapa yang sibuk mengarah tapi mata asyik melekat pada kaca televisyen.

Ketika memasak sambal sotong di bangsal tepi pokok jambu, anak ketiga Haji Solehin, Kamariah, mula bercerita kisah zaman kecilnya sambil tangan sibuk mengacau kuah sambal. Turut membantunya di bangsal ialah seorang anak daranya dan tiga orang anak saudara yang baru tiba dari Temerloh, Pahang.

"Kamu semua nampak tak pokok kundang yang lebat berbuah di tepi parit tu?,"soal Kamariah sambil mengalih-alihkan kayu api.

"Dulu, masa arwah tok kamu masih ada... dia pernah bercerita tentang perempuan cantik yang sering ditemui di situ. Yang peliknya, hanya lelaki sahaja yang pernah melihat perempuan cantik tu. Arwah Wan kamu sendiri tak pernah berjumpa dengannya," kata Kamariah.

"Siapa perempuan cantik tu, Mak Lang? Dia orang kampung ni juga ke?" tanya Shidah.

"Menurut arwah tok kamu, orang kampung percaya perempuan cantik yang mereka temui itu ialah arwah Mak Ngah Bibah yang meninggal dunia akibat menggantung diri. Dulu, arwahlah yang menanam pokok kundang di tepi parit tu. Selepas isterinya meninggal, suaminya terus meninggalkan kampung ini dan menjualkan tanah tapak rumahnya kepada orang lain. Mereka bukan penduduk asal Kampung Sungai Sengkela tapi merantau ke sini dari Pattani.

"Arwah Mak Ngah Bibah pernah menjadi Ratu Kebaya sebelum berkahwin kali kedua dengan Pak Bidin. Faham-fahamlah bila dah dapat gelaran 'ratu', orangnya mestilah cantik molek. Kiranya, dia memang jadi sebutan di kampung ni. Pada mulanya, Pak Bidin kembang kempis bila orang memuji isterinya. Tapi lama kelamaan dia mula panas hati. Bila dah kenal erti cemburu, badan Mak Ngah Bibah menjadi mangsa Pak Bidin melepaskan amarahnya.

"Semua orang kampung tahu Pak Bidin mendera isterinya. Bukan seorang dua yang pernah menasihatinya malah dah berbuih mulut orang kampung cuba mendamaikan mereka. Menasihatkan Pak Bidin samalah seperti mencurahkan air ke daun keladi. Di depan orang kampung, dia berjanji akan berubah sikap. Di depan Mak Ngah Bibah, dia kembali menjadi 'singa' lapar.

"Kemuncak pergaduhan mereka terjadi apabila Pak Bidin menuduh isterinya membuat hubungan dengan anak Pak Din Tukang. Anak Pak Din tu baru je lepas universiti. Sementara menunggu peluang kerja, dia menolong ayahnya bertukang menyiapkan rumah orang kampung.

"Ketika membesarkan dapur rumah Pak Bidinlah, Mak Ngah dituduh main mata dengan budak bujang tu. Puaslah Mak Ngah menafikan tuduhan liar suaminya tapi Pak Bidin sedikit pun tak ambil peduli. Hari tu, berbiratlah badan Mak Ngah dirotan oleh Pak Bidin. Dia memukul isterinya macam budak kecil.

"Puas melihat Mak Ngah kesakitan kena rotan, Pak Bidin terus menambah kesakitan dengan sepak terajang pula. Meraung panjang Mak Ngah hari tu. Orang sekeliling yang mendengar terus memanggil polis. Bila dah jadi kes polis, kisah Mak Ngah merebak hingga ke hujung kampung. Barulah Pak Bidin menyesal dan rasa malu yang teramat sangat. Tapi nasi dah jadi bubur. Mak Ngah dah tawar hati dengan perangai suaminya.

"Kekecewaan Mak Ngah semakin bertambah semenjak dua bulan selepas itu apabila ada perempuan Siam datang ke rumahnya dan mengadu sebagai perempuan simpanan Pak Bidin. Dia tunjukkan gambar-gambar Pak Bidin yang ada dalam simpanannya. Hancur-luluh hati Mak Ngah Bibah melihat kelakuan tak senonoh suaminya itu.

"Selang seminggu selepas itu, semasa Pak Bidin tiada di kampung, mayat Mak Ngah Bibah dijumpai tergantung di dalam bilik tidurnya. Gemparlah seluruh kampung mendengar kisah Mak Ngah Bibah membunuh diri.

"Selepas jenazahnya selamat dikebumikan, barulah Pak Bidin balik ke kampung semula. Tapi dia tak sanggup lagi tinggal di rumah tu. Katanya hantu Mak Ngah selalu mengganggunya," jelas Kamariah dengan panjang lebar.

"Masa bila pulak orang kampung terserempak dengan hantu Mak Ngah tu?" soal Shidah lagi. Bersungguh-sungguh dia hendak tahu cerita Mak Ngahnya itu.

"Arwah tok kamu pernah terserempak dengan perempuan cantik memakai kebaya ketika hari senja. Waktu tu, dia sedang menghalau lembu ke dalam kandang. Kebetulan pula, kandang lembu tu didirikan berdepan dengan pokok kundang. Perempuan cantik tu berjalan laju melintas di depannya dan terus berlalu ke arah kebun Haji Busu. Segala-galanya berlaku dengan pantas. Sekali toleh sahaja bayangan perempuan cantik itu sudah menghilang.

"Selain daripada arwah tok, Haji Busu pun pernah terserempak dengan perempuan berkebaya sewaktu balik daripada majlis tahlil di rumah Pak Uteh. Menurut ceritanya, Haji Busu mendengar suara perempuan menangis di bawah pokok kundang. Dari jauh, Haji Busu nampak perempuan berkebaya seolah-olah melambai-lambai ke arahnya. Bila didekati, ia semakin menjauh dan terus hilang. Bila hantu berbaju kebaya menjadi bualan penduduk kampung ini, nama arwah Mak Ngah Bibah terus dikaitkan dengannya. Sama ada betul atau tidak, itulah hantu Mak Ngah Bibah, tiada siapa yang tahu," ujar Kamariah.

Selepas bercerita panjang lebar, Kamariah terus mengusik anak-anak saudaranya dengan cerita hantu yang pernah didengarinya sebelum ini. Masing-masing melopong mendengar cerita seram Kamariah.

Majlis tahlil di rumah arwah Haji Solehin berjalan lancar pada malam itu. Semua lauk-Pauk yang dihidangkan kepada hadirin yang datang, habis dijamah. Selesai membasuh pinggan, tibalah giliran Kamariah dan suaminya untuk menghantar Pak Uteh balik ke kampung seberang. Pak Uteh yang menjangkau usia 80 tahun, terlalu uzur untuk balik sendirian.

Dalam kereta, Kamariah sibuk mengungkit kisah arwah Mak Ngah Bibah. Pak Uteh pun galak menyambung ceritanya, semakin menambahkan kerancakan mengenainya. Sebaik sahaja menghantar Pak Uteh, suami Kamariah bercadang untuk mengikut jalan pintas untuk ke balik ke rumah.

Kisah Mak Ngah Bibah masih menjadi topik pilihan perbualan mereka. Tatkala melintas di kawasan kubur lama, Kamariah dan suaminya ternampak seorang perempuan cantik melintas betul-betul di hadapan keretanya. Nasib baik dia tidak dilanggar oleh suaminya. Yang membuatkan mereka melopong ialah perempuan cantik itu memakai kebaya. Anehnya, wanita cantik itu tidak berkaki! Masing-masing terdiam dan hanya terpaku melihat bayangan wanita cantik berkebaya itu semakin menjauh dan terus menghilang.

Semenjak peristiwa tersebut, Kamariah terus tidak berani lagi menyebut nama Mak Ngah Bibah. Barangkali dia sendiri tidak menyangka akan bertemu dengan wanita berbaju kebaya itu.

~Dipetik daripada Majalah Bacaria Bilangan 1681~