Free Search

Wednesday, December 9, 2009

Misteri wanita berlumuran darah

Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat. Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan dimalam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan mazni berasa tidak betah berlama lama biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh disofa. , matanya nerenung jauh entah ke mana. Malam itu mazni sendirian dirumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doaselamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peoeriksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya jugak berpesan agar mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap . Sebaik sahaja mereka pergi, mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudia dia terus berkurung didalam bilik nya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung meyabung. Kesunyianyang begitu mencengkam tiba tiba mengubdang resah dan takut dihati mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam . Mazni masih berteleku di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayah nya tadi. "AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni." keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa diluar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketuka berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri didepannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. "Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan disimpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?" kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. "EH, masuklah kak," kata mazni seolah olah baru tersedar dari khayalan. Setelah mepersilakan wanita itu dududk disofa, mazni lantas kebilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian mazni bergegas kedapur menyadiakan minuma panas untuk mereka. "Maaf menyusahkan adik," kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas didepannya. "Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan," jawab mazni sambil mengerling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah olah lebih senang menyendiri. Mungkian dia ada masalah. apabila melihat wajah wanita itu yang seolah olah dalam kesedihan.

Tiba tiba," Maaf dik. Kakak kena pergi sekarang." kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga pinga. Beberapa minit kemudia kedengaran daun pintu diketuk orang. "Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi," omel mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat didepannya. Wajahnya amat menakutkan. Dia seolah olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri . Ketika membuka mata, sayup sayup mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibnunya sambil menagis semahu mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapanpagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlakudekat simpang berhampiran rumah mereka. "Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam.." Hati mazni berdebar debar mendengar kata kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk. "Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok," katanya sambil menghulurkan suratkhabar itu kepada mazni. Denga tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung kerumahnya malam tadi.

Tuesday, December 8, 2009

2012 ???


Ahmad Thomson di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahawa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini (terutama sejak hampir satu abad yang lalu) telah menggunakan Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Semakin hari semakin jelas bahawa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematik mengalami gangguan ke arah pembenterasan.


Sedemikian liciknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson apabila waktu terdekat Dajjal muncul di tengah umat manusia dan akan dinobatkan menjadi pemimpin sistem yang dijulang itu melalui sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat kompleks dengan karakteristik Dajjal. Pelbagai bentuk kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar sesuia dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap lingkungan kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari diennullah atau nilai-nilai Islam. Sehingga aspek entertainment juga diarahkan menyambut kedatangan Dajjal.

Sebagaimana kini filem yang menjadi primadona dalam bentuk hiburan di abad moden yang menjadi filem box office yang dewasa ini sedang diberikan perhatian sebahagian besar penduduk dunia iaitu filem berjudul 2012. Apakah agenda Barat di sebalik penayangan filem ini? Ana cuba melihat dari kaca mata ana sendiri, dan moga-moga kita sekaliannya berfikir bahawa banyak unsur yang menjahanamkan ummat manusia terutamanya kepada Ummat Islam.

Pertama, filem ini meletakkan umat manusia untuk meyakini bahawa the end of time atau apocolypse atau Hari Kiamat bakal terjadi pada tarikh tertentu yang sudah boleh dianggarkan iaitu pada 21 Disember 2012. Ini merupakan suatu ramalan yang sangat berbahaya dari sudut pandang Aqidah Islam. Mengapa? Kerana Islam mengajarkan setiap kita untuk menyedari bahawa hanya Allah sahaja yang tahu bilakah berlakunya Hari Kiamat. sesungguhnya Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam juga tidak tahu bilakah tibanya Hari Kiamat itu.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ رَبِّيلَا يُجَلِّيهَا لِوَقْتِهَا إِلَّا هُوَ ثَقُلَتْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِلَا تَأْتِيكُمْ إِلَّا بَغْتَةً يَسْأَلُونَكَ كَأَنَّكَ حَفِيٌّ عَنْهَاقُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِنْدَ اللَّهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ

”Mereka bertanyakan kepadamu tentang Kamat: "Bilakah terjadinya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah di sisi Tuhanku. Tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru-haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba". Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui". (QS Al-A’raaf ayat 187)

Satu-satunya isyarat soal kedatangan Hari Kiamat dari Rasulullah alallahu Alaihi Wasallam hanyalah bahawa ianya bakal terjadi pada Hari Jumaat. Namun jumaat tanggal, bulan dan tahun berapa? Tidaklah dikhabarkan. Allahu `alam. Hanya Allah Yang Maha Tahu. Rasulullah alallahu Alaihi Wasallam bersabda:

وَلَا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلَّا فِي يَوْمِ الْجُمُعَةِ

“Dan tidak akan terjadi Hari Kiamat kecuali pada Hari Jum’at.” (HR Muslim)

Maka sesiapa yang sudah mahupun belum menonton filem ini meyakini bahawa hari Kiamat pasti bakal terjadi pada 21 Disember tahun 2012, bererti dia telah mempertaruhkan kualiti aqidahnya kerana seorang muslim senantiasa meyakini bahawa hanya Allah Yang Maha Tahu perkara nyata mahupun ghaib. Jika ada pihak selain Allah yang layak memberi tahu kita soal perkara ghaib seperti perkhabaran Kiamat, maka itu sepatutnya adalah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam utusan Allah yang seringkali memang diberitahu Allah perkara ghaib. Namun dalam hal ini kita tidak mendapati satu hadith pun yang menjelaskan bilakah kejadian hari Kiamat. Sikap mempercayai adanya pihak selain Allah yang mengetahui perkara ghaib boleh menjerumuskan kepada dosa syirik.! Kerana dia mengalihkan kepercayaannya dalam perkara ghaib kepada pihak selain Allah.

Kedua, filem 2012 ini berakhir dengan masih adanya segelintir manusia yang dapat survive atau bertahan hidup sesudah peristiwa dasyat Hari Kiamat. Padahal dalam keimanan Islam, kita diajarkan bahawa pada saat Malaikat Israfil meniup sangkakala pertama kali sebagai tanda Kiamat berlangsung, maka segenap makhluk bernyawa akan dimatikan Allah. Bukti bahawa semua dimatikan ialah bahawa kemudian Malaikat Israfil akan meniup sangkakala kedua kalinya sebagai pertanda berlangsungnya hari Berbangkit, iaitu hari dimana kembalilah roh-roh ke jasadnya masing-masing untuk hidup kembali.

وَنُفِخَ فِي الصُّورِ فَصَعِقَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَمَنْ فِي الْأَرْض

إِلَّا مَنْ شَاءَ اللَّهُ ثُمَّ نُفِخَ فِيهِ أُخْرَى فَإِذَا هُمْ قِيَامٌ يَنْظُرُون

”Dan ditiuplah sangkakala, maka matilah siapa yang di langit dan di bumi kecuali siapa yang dikhendaki Allah. Kemudian ditiup sangkakala itu sekali lagi, maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusan masing-masing).” (QS Az-Zumar ayat 68)

Ertinya, kita dapat menyimpulkan bahawa idea di sebalik filem ini sungguh mengerikan, kerana mengajak penonton mengingkari adanya Kiamat dalam pengertian Aqidah Islam.

Islam mengajarkan bahawa Hari Kiamat merupakan the day of total destruction of the whole universe by Allah the Al-Mighty Creator (Hari Penghancuran keseluruhan alam semesta atas kehendak Pencipta Yang Maha Kuasa, Allah Subhanahu wa ta’la). Hari Kiamat merupakan berakhirnya kehidupan fana dunia dan selanjutnya akan hadir kehidupan abadi akhirat yang sangat berbeza dengan dunia fana ini.

Sedangkan Kiamat menurut prengarah filem peradaban Sistem Dajjal hanyalah sebuah proses evolusi perjalanan kehidupan manusia di dunia. Sehingga setelah berlangsungnya 'apocolypse' masih ada segelintir manusia yang sanggup terus hidup melewati dahsyatnya Hari Kehancuran tersebut. Lalu tentunya akan ada sejenis kehidupan dan peradaban baru yang muncul di muka bumi. Selanjutnya, siapakah yang bakal memimpin dan berkuasa di dunia sesudah 2012?

Ketiga, jika kita buka laman (KLIK SINI) yang merupakan 2012 - Official Movie Site, maka apabila kita klik di tajuk 'The Experience', maka akan ditemukan salah satu kotak pilihan lagi dengan judul Vote For The Leader of the Post 2012 World (Pilihlah Pemimpin Dunia Pasca 2012). Apakah gerangan maksudnya?

Sungguh ana risau sekiranya gagasan yang diketengahkan di sebalik filem ini ialah keinginan produsernya untuk secara tersurat mempromosikan kehadiran Seorang Penyelamat Dunia Palsu iaitu Dajjal. Dajjal akan digambarkan sebagai Pemimpin dan Pelindung para survivors (orang-orang yang berjaya selamat melepasi bencana 2012).

Sungguh, mereka benar-benar berharap bahawa umat manusia akan memandang Dajjal sebagai figur pemilik syurga dan neraka atau dialah Tuhan. Barangsiapa mematuhinya dan merasa memerlukan kepadanya bakal diberikan syurga kepadanya. Dan barangsiapa yang mengingkarinya dan merasa tidak perlu kepadanya bakal dimasukkan ke dalam neraka Dajjal. Sehingga Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda:

وَإِنَّ مِنْ فِتْنَتِهِ أَنَّ مَعَهُ جَنَّةً وَنَارًا فَنَارُهُ جَنَّةٌ وَجَنَّتُهُ نَارٌ

“Dan sesungguhnya di antara fitnahnya dajjal memiliki suyrga dan neraka. Maka nerakanya adalah syurga (Allah) dan syurganya adalah neraka (Allah).” (HR Ibnu Majah)

Maka sudah tiba masanya bagi setiap muslim untuk mempersiapkan diri dan keluarganya dari fitnah yang paling dahsyat sepanjang zaman, iaitu fitnah dajjal. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam mengajarkan beberapa doa untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal, di antaranya:

Pertama, bacalah doa permohonan perlindungan Allah pada ketika duduk solat tahiyyat akhir, sebelum memberi salam kanan dan kiri:

اللهم إني أعوذبك بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab jahannam, dari azab kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian serta dari jahatnya fitnah Al-Masih Ad-Dajjal" (HR Muslim)

Kedua, bacalah surat Al-Kahfi di malam Jumaat atau Hari Jumat sesuai hadith berikut :

من قرأ سورة الكهف يوم الجمعة فأدرك

الدجال لم يسلط عليه ، - أو قال : لم يضره

“Barangsiapa membaca surah Al-Kahfi di hari Jumaat, maka Dajjal tidak mampu menguasainya atau memudharatkannya.” (HR Baihaqi)

Ketiga, hafalkan sepuluh ayat pertama surat Al-Kahfi sesuai hadith berikut :

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ

"Barangsiapa menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, dia terlindungi dari fitnah Dajjal." (HR Abu Daud)

Keempat, menjauh dan tidak berkeinginan mendekati Dajjal pada masa kemunculannya telah tiba sesuai hadith berikut :

مَنْ سَمِعَ بِالدَّجَّالِ فَلْيَنْأَ عَنْهُ فَوَاللَّهِ إِنَّ الرَّجُلَ لَيَأْتِيهِ

وَهُوَ يَحْسِبُ أَنَّهُ مُؤْمِنٌ فَيَتَّبِعُهُ مِمَّا يَبْعَثُ بِهِ

مِنْ الشُّبُهَاتِ أَوْ لِمَا يَبْعَثُ بِهِ مِنْ الشُّبُهَاتِ هَكَذَا قَال

"Barangsiapa mendengar tentang Dajjal, hendaknya dia berusaha menjauh darinya, kerana -demi Allah- sesungguhnya ada seseorang yang mendekatinya (Dajjal) sedang dia mengira bahawa Dajjal tersebut mukmin kemudian dia mengikutinya kerana faktor syubhat (tipu daya) yang ditimbulkannya." (HR Abu Dawud)

Kelima, menetap di Mekah atau Madinah pada masa Dajjal telah keluar dan berkeliaran dengan segenap fitnah yang ditimbulkannya. Sebagaimana hadith berikut :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنْ بَلَدٍ إِلَّا سَيَطَؤُهُ الدَّجَّالُ إِلَّا مَكَّةَ وَالْمَدِينَةَ وَلَيْسَ نَقْبٌ مِنْ أَنْقَابِهَا إِلَّا عَلَيْهِ الْمَلَائِكَةُ صَافِّينَ تَحْرُسُهَا

"Tidak ada negeri (di dunia) melainkan akan dijejak (dilanda) oleh Dajjal kecuali Mekah dan Madinah kerana setiap jalan dan lereng bukit dijagai oleh barisan Malaikat." (HR Bukhari-Muslim)

Oleh Atriza

Tuesday, December 1, 2009

Belajar Merawat Santau

Artikel ini diambil dari : http://tokngah.blogspot.com

Assalamualaikum. Pada hari ini tokngah berpeluang mengikuti sesi kuliah oleh Ust Mokhtar Kasan daripada Darussyifa Bangi yang datang ke sini untuk mengajar kami cara-cara merawat santau. Memandangkan zaman moden ini masih banyak lagi manusia yang tidak berhati perut belajar membuat santau. Secara ringkasnya santau ini merangkumi mantera,bahan dan makhluk halus. Tiga komponen ini digabungkan barulah dinamakan santau.Santau juga biasanya dilepas oleh pembuat santau ditempat-tempat terbuka seperti kedai makan dan majlis kenduri kahwin. Akan tetapi janganlah pula kita salahkan tokey kedai makan pula! Mereka tak bersalah dalam hal ini akan tetapi yang bersalah ialah pembuat santau yang mencari mangsa di tempat awam.Santau ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
1. Santau angin
2. Santau tuju
3. Santau makanan dan minuman
4. Santau langkah
Zaman sekarang umur belasan tahun juga sudah diajar membuat santau.Bahkan mat rempit juga belajar sama.Semua ini adalah untuk keseronokkan diri dan bermegah-megah dengan ilmu yang diajar oleh makhluk halus.
Untuk makluman pembaca entry ni, Ust Mokhtar Kasan ialah perawat Darussyifa Bangi yang khusus untuk merawat santau. Kami gelarkannya sebagai 'pakar santau'.Bahkan semasa kuliah, bila tiba tajuk santau, Tn. Guru sendiri meminta Ust Mokhtar Kasan mengajar tajuk tersebut.
Banyak juga kami perolehi ilmu dan maklumat semasa kuliah yang disampaikannya. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat santau antaranya serbuk kaca lampu kalimantang, bisa ular,miang buluh,miang rebung, hempedu katak puru,tulang binatang mati beragan dan banyak lagi.Bagi kami santau ini motonya ialah 2M iaitu menyeksa dan membunuh.Sebagai contoh kalau kita baru terkena santau di kedai makan, biasanya kesan yang akan ketahui ialah selepas 2 tahun. Kesan yang biasa terkena pada pesakit ialah sentiasa batuk-batuk. Kalau kita pergi ke klinik kemudian makan ubat batuk kemudian sembuh itu bukan santau namanya. akan tetapi maksud tokngah kalau kita dah makan ubat batuk tapi tak sembuh juga maka bolehlah kita pergi dapatkan rawatan alternatif.Santau yang paling bahaya ialah santau tuju.Kalau kena santau tuju biasanya mangsa akan kena muntah darah.
Kami juga menjalankan sesi praktikal dalam sesi kuliah tersebut . Cuba lihat gambat tersebut:


Inilah cara-cara nak merawat santau. Salah satu bahannya ialah daun nangka. Daun nangka ini gunanya untuk menepuk belakang pesakit. Kalau pesakit terkena santau biasanya serbuk-serbuk kaca,miang buluh atau rebung,rambut dan sebagainya akan keluar dari dada pesakit.Oleh kerana benda tersebut sangat halus, lampu suluh dan kanta akan digunakan untuk melihat serbuk tersebut.
Untuk merawat pesakit yang terkena santau, pesakit hendaklah membuka baju. Bagi pesakit perempuan, perawat mestilah perempuan. Di Darusyifa ada ramai juga perawat perempuan.Mengikut maklumat dari kawan tokngah yang pernah mendapatkan rawatan di Bangi, nisbah jantina pesakit ialah 2 lelaki 8 perempuan.Ertinya ramai pesakit di kalangan perempuan. Tokngah cerita bukan untuk menakutkan pembaca entry ni, tapi itulah realitinya.
Wallahua'lam...............

Saturday, November 21, 2009

Bayi Makhluk Asing...

Satu laporan top-secret kerajaan menjelaskan bahawa sebuah kapal angkasa dari galaksi lain terhempas di kawasan New Mexico. Satu-satunya mangsa yang terselamat daripada kemalangan itu adalah seorang bayi yang berumur 3 tahun. Bayi perempuan itu dikeluarkan dari sebuah bekas keselamatan yang terpelanting keluar beberapa saat sebelum kapal angkasa itu terhempas.

Kejadian itu disaksikan oleh puak Indian Navajo yang kemudiannya menghubungi pihak tentera dengan segera. Pihak berkuasa itu pula tidak memberikan komen sama ada mahu mengesahkan atau menafikan kejadian dan adanya bayi makhluk asing mangsa kapal angkasa yang terhempas itu.

Laporan itu menjelaskan lagi bahawa pihak tentera yang dilatih khas untuk menyelamatkan dan mencari mangsa kemalangan angkasa lepas menemui 4 mayat yang telah hangus daripada bangkai kapal angkasa yang terhempas itu. Laporan sulit 'eyes only' itu dikeluarkan oleh seorang ahli fizik angkasa lepas yang tidak bersetuju dengan rancangan kerajaan untuk menjalankan pelbagai ujian termasuk membedah otak bayi makhluk asing itu.

"Mereka mahu menyelidik dan membedah bayi makhluk asing yang malang itu sama seperti mereka lakukan ke atas tikus-tikus di makmal", terang doktor itu dengan marah. "Bayi itu adalah makhluk yang masih hidup dan bernafas serta mempunyai daya pemikiran yang tinggi daripada apa yang dapat kita gambarkan", katanya lagi.

Doktor itu yang tidak dapat dikenalpasti menggambarkan bayi makhluk asing itu tidak banyak berbeza dengan bayi manusia dari segi saiz, bentuk dan berat tetapi mengatakan persamaan itu hanya setakat itu sahaja.

"Wajahnya seakan-akan yang terdapat di dalam buku-buku komik cereka sains. Dia mempunyai mata yang besar dan bersinar. Oh Tuhan! Bila dia memandang ke arah saya, saya dapat merasakan dia seakan melihat terus ke dalam jiwa saya. Kulitnya bewarna biru cair dan jarinya sungguh panjang dan kurus. Hujung jari-jarinya leper dan seperti mangkuk penyedut yang kecil. Hidungnya mempunyai persamaan dengan manusia tetapi mulutnya tidak mempunyai bibir dan bagi saya lebih kurang menyerupai bibir beruk. Itulah satu cara yang dapat saya gambarkan mengenai bayi itu. Dia tidak mempunyai gigi tetapi itu adalah seperti yang dijangkakan bagi bayi berusia 3 bulan. Tetapi apa yang saya dapati, yang paling aneh adalah telinganya. Ia kelihatan tajam dan sangat besar. Tetapi saya gembira bila melihat bayi itu mempunyai rambut. Ini bermakna dia adalah mamalia dan boleh melahir dan menjaga anak. Dia juga mempunyai organ seks kelihatan sama seperti manusia."

Doktor itu berkata begitu kerana bayi makhluk asing itu adalah mamalia, mungkin dia memerlukan susu ibu.

"Sedih sekali salah satu daripada mayat rentung yang ditemui itu adalah ibunya", tambahnya lagi. Menjumpai bayi itu adalah meerupakan satu nasib yang amat baik sekali...peluang dalam sejuta untuk kita mengembangkan pengetahuan dalam kehidupan yang terdapat di universe, jauh daripada apa yang dapat kita mimpikan", katanya lagi.

"Dengan membawa kehadirannya secara terbuka seperti yang saya lakukan ini akan menghalang mereka daripada terus menjalankan kajian yang boleh membahayakan nyawa bayi makhluk asing itu. Bayi itu dalam perhatian sekarang dan berjuta-juta orang di merata dunia akan memastikan si kecil itu mendapat peluangnya untuk hidup, sama seperti kita semua.



p/s: betul ke ek? huhuhuuuu

Sumber : Email dari Sulela..

Tuesday, October 20, 2009

Cara Mudah Mengenalpasti Terdapat Gangguan Jin / Sihir atau Tidak

Sumber : http://wanhayati.wordpress.com

SEJARAH SIHIR

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR

Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”

(Bukhari dan Muslim)

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR

Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-

1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.

2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup ” meminum air yang mendidih.

3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.

4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.

5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, “Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin

yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu

Taymiyah.

RASUKAN

Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, antaranya:-

1. Iblis - bapa segala jin

2. As Syaitan - syaitan

3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)

4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)

5. Al A”wan - penolong-penolong (khadam)

6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam

7. Atthiaruun - penerbang-penerbang

8. Attawabi” - pengikut-pengikut

9. Al Qarna” - pengawan-pengawan

10. Al “Ammar - pemaa”mur-pemaa”mur

PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN

Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin ini wallahu”alam).

Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan azan.

Mengenalpasti Secara Mudah dan Pantas

Kebanyakkan pesakit tertanya-tanya samada benarkah mereka menghadapi gangguan jin atau sihir. Justeru itu, tokoh-tokoh perawat Islam menyarankan adalah lebih baik pesakit mendapat pandangan doktor terlebih dahulu untuk memastikan penyakit mereka disebabkan masalah organ dalaman. Seterusnya sekiranya doktor tidak dapat memastikan punca sebenar penyakit, barulah pesakit mendapatkan rawatan dari perawat Islam.

Bagaimanapun pemeriksaan dan analisa oleh pihak doktor dengan cara makmal (ujian darah, scan MRI, scan CT, X-Ray) mengambil masa, dan adakala perlu untuk pesakit mengenalpasti dengan cepat terutama untuk kes seperti penyakit kanser yang agresif. Selain itu, keluarga pesakit takut mendapat malu sekiranya diketahui jiran-jiran bahawa ahli keluarga ditimpa gangguan jin/sihir.

Disini, kami sajikan cara mudah yang dapat dilakukan sendiri oleh pesakit sendiri atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Pesakit tidak lagi perlu untuk ”menengok” dengan bomoh-bomoh, ataupun di”scan-scan” oleh ”ustaz-ustaz” yang sebenarnya adalah amalan telek. Dosa mendatangi tukang telek mengakibatkan pesakit kehilangan amalan selama 40 hari, manakala hukum mempercayai tukang telek adalah pesakit terkeluar dari agama Islam.

1.2 Masa Yang Sesuai Untuk Kita Mengenalpasti

Pembaca disarankan melakukan teknik mengenalpasti adanya gangguan jin dan sihir pada masa-masa berikut:

Keadaan Di Hadapi Pesakit

Contoh-Contoh

Menyemak kemajuan rawatan

· Setelah dikatakan bersih atau pulih oleh perawat

Doktor tidak dapat memberi pandangan yang yakin

· Bengkak pada pesakit berubah-ubah kedudukan sehingga pesakit sering ditukar wad

· Penyakit dikatakan termasuk senarai penyakit ganjil (rare disease)

· Penyakit berulang walaupun sebelumnya pesakit telah berjaya dipulihkan

Terjumpa atau terpegang peralatan sihir

· Terpegang katak kering berwarna hitam yang diletakkan di bawah alas kaki di pintu masuk Bilik Mesyuarat Utama semasa tender

· Membersihkan keris pusaka atau barang-barang lama

· Membuka pintu/pagar rumah dan didapati ada kesan titik-titik kapur warna putih, atau darah ayam warna merah yang tidak diketahui puncanya

· Pasir bertaburan didepan pintu rumah atau di atas meja di pejabat

· Terjumpa botol kecil mengandungi cecair diselitkan dicelah pasu bunga di depan rumah

Memegang atau dipegang orang-orang yang disyaki didampingi jin

· Terasa meremang semasa mengurut orang

· Diurut oleh tukang urut yang disyaki didampingi jin

· Bersalam dengan orang-orang yang disyaki didampingi jin

· Terlibat dalam rawatan kes gangguan samada memegang pesakit merasuk atau membantu perawat

Melalui kawasan-kawasan keras atau anker

· Melalui rumah-rumah tinggal pada waktu malam

· Melalui kawasan-kawasan kubur

· Melalui kawasan-kawasan kuil atau berhala

1.3 Ayat2 Mudah Dalam Set Ujian Mengenalpasti

Berdasarkan pengamalan penulis yang terhad, ayat-ayat muqata’at dari Al-Quran didapati mampu mengeluarkan tindakbalas dari jin gangguan / sihir yang mendampingi atau memasuki badan pesakit. Untuk menguji, pesakit hendaklah membaca sendiri, atau didengarkan bacaannya oleh ahli keluarga.

1.3.1 Teknik Ujian

Cara ujian adalah mudah:

(a) Ambil kadar degupan jantung sipesakit

(b) Pesakit baca ayat-ayat di Set 1 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)

(c) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit

(d) Sekiranya tiada tindakbalas, pesakit baca ayat-ayat di Set 2 (atau pesakit dibacakan ayat2 tersebut)

(e) Henti dan ambil kadar degupan jantung si-pesakit

(f) Perhatikan kesan-kesan lain pada pesakit seperti:

· sendawa,

· batuk-batuk, atau

· rasa benda bergerak di kulit atau di dalam badan

1.3.2 Set 1

Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti KAF, ’AIN, SOT, MIM, SIN dan QAF perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).

KAFFFFFF HA YA ’AINNNNNN SOTTTTTT

dari Surah Maryam, Ayat 1

HA MIMMMMMM

dari Surah 42 AsSyura, Ayat 1

’AINNNNNN SINNNNNN QAFFFFFF

dari Surah 42 AsSyura, Ayat 2

1.3.3 Set 2

Sekiranya tiada kesan pada bacaan Set 1, teruskan bacaan Set 2.

Baca ayat-ayat berikut (dalam bentuk Rumi) TUJUH kali sahaja. Perhatikan sesetengah huruf seperti SIN, MIM, NUN perlu dilamakan bunyinya selama 6 saat (atau 6 harkat).

THO HA

dari Surah TaHa, Ayat 1

THO SINNNNNN

dari Surah AnNaml, Ayat 1

THO SINNNNNN MIMMMMMM

dari Surah 26 AsShu’ara, Ayat 1

YA SINNNNNN

dari Surah Yasin, Ayat 1

NUNNNNNNN

Wednesday, September 30, 2009

Hantu penanggal


Makcik Semah seperti mana lazim nya tiap-tiap pagi bangun awal dari tidur untuk bersiap-siap untuk pergi kerja menajak di sebuah estet yang jauhnya kira-kira 5 kilometer dari rumah beliau. Pada pagi itu Makcik Semah teragak-agak hendak keluar rumah sebab keadaan di luar rumah gelap lagi, sesekali terdengar bunyi kokokan ayam bersahut-sahutan ,jam dinding pula telah mati. Sekarang sudah pukul berapa pun Makcik Semah tak tahu.

Hendak tak hendak Makcik Semah terpaksa juga keluar rumah berjalan menuju ke simpang jalan menunggu lori mengambil beliau bersama dua,tiga orang rakan seusia. Suasana sekeliling memang gelap betul, Makcik Semah terpaksa berjalan berhati-hati takut kalau tersepak tunggul kayu. Setelah berjalan kira-kira 3 rantai dari rumah sampai la Makcik Semah di bawah pohon rambutan di simpang jalan. Makcik Semah melabuhkan punggung beliau di tunggul kayu sambil menanti rakan-rakan yang lain tiba.

Lama jugak Makcik Semah menunggu,berdetik di hati Makcik Semah, kenapa la agaknya rakan-rakan beliau tak tiba lagi tak pernah mereka lambat. Dalam keadaan memikirkan hal rakan-rakan beliau tiba-tiba Makcik Semah terpandang cahaya yang memanjang di udara , berkerlipan mempunyai cahaya yang berwarna warni terbang diudara tingginya kira-kira setinggi pokok rambutan tempat Makcik Semah enanti rakan-rakannya. Bila di amat-amati baru la Makcik Semah perasaan objek tersebut meyerupai kepala manusia berambut panjang, dua biji cahaya merah tersebut ialah mata lembaga tersebut dan yg berjuntai memanjang seperti perut ayam, bercahaya berwarna-warni ialah usus perut lembaga tersebut tanpa tubuh.

Makcik Semah terpaku tak terkata ,lesu seluruh anggota apa yang daya Makcik Semah lakukan hanya lah menanti lembaga tersebut hilang dari pandangan. Kira-kira setengah jam kemudian baru la rakan-rakannya tiba. Apa yang berlaku tadi semuanya diceritakan kepada rakan-rakannya. Menurut rakan -rakan nya lembaga tersebut ialah Hantu Penanggal ia ialah kejadian dari seorang wanita yang menuntut ilmu hitam. Pada siang hari ianya akan menjadi manusia biasa dan pada malam hari kepala beliau akan bercerai dari badan berserta usus-usus perut keluar mencari darah,biasanya ia menghisap darah wanita yg keluar ketika bersalin. Kalau ketika itu tiada orang bersalin ianya akan menghisap darah binatang ternakan seperti ayam.

Rupa-rupanya Makcik Semah terawal satu jam menanti ,sebab itu rakan-rakan nya tiada . Sejak hari itu Makcik Semah tak berani lagi keluar rumah tanpa di temani anaknya. Dan jam dinding di rumah beliau pun telah dibetulkan.

Sunday, August 2, 2009

Wajah sebesar cawan


Tidak ada insan yang dilahirkan sempurna di dunia ini. Baik dari segi tingkah laku mahupun paras rupa. Apa yang pasti,sebagai manusia tentunya kita harus menerimanya dengan tabah.

Kelly Keener mempunyai wajah paling kecil di dunia. Mata, hidung dan mulutnya terlalu dekat antara satu sama lain hinggakan dia dapat melindungi kesemua anggotanya itu dengan sebiji cawan.

Seperti bayi lain, Kelly dilahirkan dengan sempurna hinggalah usianya menjangkau lima tahun. Sejak itu barulah ibu bapanya sedar yang kepalanya semakin membesar tetapi mukanya tidak.

Kerana kecewa, mereka membawa anak perempuan mereka menemui doktor yang apabila melihatkan keadaan Kelly, ketawa dan memberitahu mereka keadaan itu tidak dapat dielakkan lagi.

Semasa di tingkatan 4, kepalanya sudah menjadi seperti belon dengan satu wajah kecil seperti dilukis di atasnya. Ibu dan bapa Kelly membawanya menemui beberapa orang doktor lagi tetapi mereka seperti doktor terdahulu tidak dapat berbuat apa-apa.

"Salah seorang daripada doktor itu berkata, mungkin ada sesuatu pada bahagian muka saya yang tidak serasi dengan hormon menyebabkan tubuh saya membesar sementara bahagian muka tidak."

Kelly memang banyak menghadapi dugaan kerana rupanya yang demikian tetapi dia sedikitpun tidak berkecil hati.

Sumber : Email dari Sulela..

Sunday, July 12, 2009

Membongkar Rahsia Teknologi Manusia Zaman Kuno


Ramai dari kita yang mambayangkan, manusia zaman kuno yang hidup ribuan atau jutaan tahun yang lalu adalah manusia zaman batu, tidak berpakaian dan tidak berteknologi. Jangan terperanjat, bahawa penemuan arkeologi oleh ahli-ahli sejarah adalah sebaliknya, iaitu teknologi mereka sanggatlah tinggi dan luar biasa dan boleh dikatakan setaraf dengan teknologi kita sekarang.

Bahkan ada yang menyatakan ianya lagi futuristik berbanding zaman sekarang. Mungkinkah disebabkan oleh faktor tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi? Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu di mana manusia sudah berteknologi, maka barulah manusia meneroka kembali rahsia-rahsia sains.

Beberapa contoh penemuan ajaib yang boleh dianggap mengejutkan dunia sains hari ini ialah, antaranya pada tahun 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm. Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu!

Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. Maka penemuan itu membuktikan bateri cipta lebih awal lagi. Sepatutnya, Count Alessandro Volta tidak boleh diktiraf sebagi orang yang pertama mencipta bateri.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 'menafikan' Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Jangan terperangat hasil dari Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt!!!

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu. Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Antara penemuan lain yang dianggap luar biasa ialah, Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai 'kalkulator' atau mesin pengira yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Tahukah anda, bahawa raktor nuklear juga telah wujud sejak zaman kuno lagi? Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini. Maka manusia terpaksa menkaji untuk mendapatkan rahsia sains mereke. Ini bermakan teori ato, yang diasa kan oleh albert Ensatain telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi. Persoalan timbul sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Teknolgi jantung tiruan pula, manusia kuno juga adalah orang yang awal mencipta dan menggunakan jantung tiruan. Tahukah anda, di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Manakala teknologi robot pula sebenarnya telah dipolopor sejak zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut. Antara ciptaan Ma Daifeng juga adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Dari segi teknologi kenderaan pula, manusia kuno tidak kurang hebatnya dimana ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Jangan terperanjat bahawa gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui!!!

Jadi, apakah yang boleh kita boleh belajar dari penemuan teknologi kuno ini? Antaranya ialah keupayaan manusia zaman kuno, jika dikaji dan diterokai ilmunya memungkinkan manusia boleh mencanggihkan lagi teknologi masa kini. Disamping itu, manusia zaman sekarang terutama Amereka Syarikat dan Eropah, jangan terlalu angkuh kerana berjaya mencipta bermacam-macam terkologi yang berkemungkinan telah diketahui atau digunakan sejak zaman kuno lagi!!! Mungkinkah manusia dulu telah menggunakan komputer? Mungkin juga, kalau tidak bagaimana mungkin mereka boleh mencipta piramid dan membuat lukisan gergasi di gurun Nasca (baca artikal sebelum ini)… Atau adakah teknologi- teknologi tersebuat hasil ciptaan manusia atau UFO?

Walhualamm…

Sumber : http://terjah.freephpnuke.org

Wednesday, July 8, 2009

Mengapa Air Laut Masin?


Mari kita menyelongkar misteri di sebalik kemasinan air laut...

Semua jenis air termasuk air hujan, mengandungi kimia pelarut yang dipanggil garam. Tetapi bukan semua air mempunyai rasa masin. Para saintis menganggarkan bahawa laut mengandungi lebih kurang 50 kuadrilion ton bahan-bahan pelarut. Sekiranya garam di laut boleh dikeluarkan, ia dapat membentuk sebuah permukaan tanah yang besar daripada yang sedia ada. Permukaan garam itu nanti boleh mencapai ketebalan kira-kira 500 kaki dan ketinggian yang sama dengan bangunan yang mempunyai 40 tingkat.

Air laut diklasifikasikan sebagai pepejal larut dalam cecair yang sangat lemah. Kebanyakan garam dalam laut wujud akibat proses pemecahan batu-batu igneus yang disebabkan oleh cuaca dan hakisan. Bahan-bahan mineral ini akan dibawa ke laut apabila hujan turun. Terdapat juga garam secara semulajadi di lantai laut akibat proses pereputan. Sumber-sumber lain adalah daripada sisa-sisa letupan gunung berapi.

Sungai Mississipi, Amazon dan Yukon akan mengalir ke Teluk Mexico, lautan Atlantik dan Pasifik yang dipercayai mempunyai tahap kemasinan yang tinggi. Kenapa air laut tidak seperti air sungai? Tahap kemasinan laut adalah disebabkan beberapa pengaruh dan proses.

Pada permulaannya laut tidaklah begitu masin tetapi apabila hujan pertama melanda dunia lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu menyebabkan proses pemecahan batu-batan. Kemudian batu-batan ini terus diangkut ke sungai dan laut oleh aliran hujan dan menyebabkan tahap kemasinan air laut bertambah. Sungai yang mengalir dari Amerika Syarikat dipercayai membawa bahan-bahan pelarut sebanyak 225 juta tan ke dalam laut. Kiraan terbaru juga menunjukkan kira-kira enam tan dari Australia dan 120 tan dari Eropah yang mengalirkan bahan pelarut.

Ini bermakna sungai akan membawa empat bilion tan garam pelarut ke dalam laut. Laut juga menerima jumlah garam pelarut yang sama daripada proses-proses semulajadi yang berlaku di dasarnya. Laut mengalami kekurangan bahan-bahan mineral. Tetapi laut akan sentiasa menerima bilangan input dan output secara seimbang.

Para saintis telah menjalankan kajian ke atas air laut lebih berkurun lama dahulu, tetapi masih tidak memahami tentang kandungan bahan kimia yang terkandung dalam laut. Ini kemungkinan daripada kurangnya kaedah yang tepat dan prosedur untuk mengukur juzuk air laut. Masalah yang dihadapi oleh para saintis ialah saiz laut meliputi lebih 70% permukaan bumi. Manakala kandungan bahan kimia semulajadi air laut juga mempengaruhi juzuk air laut. Sebanyak 72 elemen kimia telah dijumpai dalam air laut, tetapi dalam bilangan yang kecil sahaja. Elemen-elemen ini bergabung dalam pelbagai bentuk unsur yang mudah larut di lantai lautan. Bahan yang mendap daripada larutan juga mempunyai kaitan dengan perubahan kemasinan laut.

Ahli jurutera marin melaporkan tahap kemasinan dan larutan kimia dalam air laut terdiri daripada klorida, sodium dan magnesium. Tahap kemasinan diukur dengan simbol o/oo. Tahap kemasinan laut akan berubah mengikut peredaran masa dan mengambil masa yang lama. Fenomena ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti pencairan ais, pengaliran air sungai, proses sejatan, hujan, salji, angin, arus ombak dan perubahan laut apabila berlaku pencampuran garam secara melintang dan menegak.

Laut Merah dan Teluk Parsi mempunyai jumlah kemasinan yang paling tinggi kira-kira 40 o/oo, di mana kadar proses sejatannya amat tinggi. Lautan Atlantik Utara juga mempunyai tahap kemasinan yang agak tinggi kira-kira 37.9 o/oo. Antara bahagian yang paling masin di Atlantik Utara adlaah lautan Sargasso yang terletak di Pulau Canary. Laut Sargasso merupakan kawasan yang mempunyai rumpai laut terapung di permukaan laut dikenali sebagai “sargassum”. Laut ini mendapat nama sempena rumpai laut terapung itu. Tahap kemasinan laut Sargasso adalah berpunca daripada suhu air terlalu tinggi kira-kira 83F. Suhu tinggi akan menyebabkan kadar proses penyejatan yang tinggi kerana tidak ada aliran air biasa.

Kemasinan paling rendah hanya terdapat di lautan Antartik dan Artik. Lautan Baltik pula mempunyai tahap kemasinan kira-kira 5 hingga 15 o/oo. Manakala tahap kemasinan Laut Hitam pula adalah lebih kurang 20 o/oo. Tahap kemasinan perairan Miami, Florida akan berubah daripada 34.8 o/oo pada bulan Oktober dan meningkat ke 36.4 o/oo pada bulan Mei dan Jun.

Kadang-kadang air sungai akan mengalir dan bercampur dengan air laut. Ini ditunjukkan dalam pengumpulan data daripada kajian yang dijalankan di Sungai Columbia. Dengan menggunakan penyurih radioaktif, saintis daripada Universiti Oregon dapat mengesan jumlah aliran air sungai ke laut.

Kawasan perairan laut terbuka bebas daripada pengaruh permukaan tanah. Biasanya jumlah kandungan garam adalah kira-kira 33 o/oo hingga 38 o/oo. Purata tahap kemasinan air laut pula kira-kira 35 o/oo. Purata tahap kemasinan diperoleh pada tahun 1884 oleh William Di Eemar yang menjalankan kajian analisis kimia dengan mengambil 77 sampel air laut di seluruh bahagian dunia.

Hidupan laut juga memainkan peranan penting dalam laut. Laut bukan sahaja agen garam tetapi juga bertindak sebagai pembekal bekalan gas oksigen kepada hidupan laut. Contohnya tiram, kerang, dan kepah mendapat kalsium daripada laut untuk membentuk rangka dan kulit. Hidupan laut seperti ketam, udang, udang kara dan tetirip memerlukan sejumlah besar garam galian untuk membina badan. Terumbu karang dibentuk dengan bantuan kalsium karbonat lebih kurang berjuta-juta tahun dahulu. Plankton juga memerlukan kandungan mineral laut untuk hidup dengan subur.

Monday, June 22, 2009

Apabila roh tidak tenteram

Ibuku hanya terpaku apabila mendengarkan berita sedih itu. "Kami harap Cik Rahmah banyakkan bersabar," nasihat anggota polis yang membawa berita berita sedih kepada keluarga kami pada petang itu, berita kematian bapa saudaraku iaitu adik ibuku. Walaupun umurku baru 12 tahun, namun aku masih ingat segalanya. Ia berlaku dalam tahun 1972. Pakcikku menemui maut dalam satu kecelakaan jalan raya di Jalan Bahar. BEliau menunggang skuter bersama isterinya yang sedang sarat mengandung enam bulan, anak sulung mereka.

Pakcik ku yang kami panggil "Pak Su" baru berusia 33 tahun ketika beliau pergi meninggalkan kami. Masa itu keluarga kami tinggal di Pepsy Road di Pasir Panjang, berdepan dengan Masjid Islah. Apabila malam tiba, keadaan begitu gelap dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerek dan unggas malam. Hanya sesekali terdengar bunyi kenderaan berlalu - kenderaan yang dimiliki oleh orang kampung tengah yang terletak tidak jauh dari rumahku. Sesekali terdengar bunyi salakan anjing. Semasa hidupnya, pakcikku adalah seorang yang peramah, mesra dan periang. Bergurau dan bersakat dengan kami adik beradik adalah antara kegemaraannya. Beliau juga suka menunggang skuter dengan laju.

Sering ibu dan ayahku menegur cara beliau menunggang skuter. Namun pakcikku tidak menghiraukannya. Pada suatu hari aku terdengar ibuku memarahi pakcikku,"Kau jangan degil, nanti kau mati pun dengan skuter ni!" Mungkin benar kata orang, seseorang yang mati secara mendadak seolah olah terasan kerana tidak dapat berpesan atau meninggalkan wasiat. Mayat dan roh mereka dikatakan seolah olah tidak tenteram. Setelah tiga hari dikebumikan, kami sekeluarga sering didatangi roh arwah pak su. apabila masuk waktu maghrib, kami selalu ternampak semacam imbasan beliau dibilik belakang tempat beliau dimandi dan dikapankan. Adakalanya kami terdengar seperti suara beliau berbual bual, bunyi skuter beliau dan jugak bunyi siulannya.

Yang paling menghairankan kami, walaupun sudah hampir dua minggu berlalu, namun bau pacai dan setangi yang kami gunakan untuk menguruskan mayat beliau masih kuat baunya. Yang masih kuingat, kakak dan kedua dua abangku sering diganggu pak su, kerana semasa hayatnya pak su begitu mesra dengan mereka. Kakaklah yang sering melihat bayangan pak su. Abang abangku pula sering diganggu semasa tidur, dicuit cuit dihidungnya - kebiasaan pak su semamsa hidupnya. Ibuku pulak sering terdengar bualan dan siulan adiknya itu. Isteri almarhum pula sering terngigau-ngigaukan beliau. Beliau sering bermimpikan arwah pak su memesan agar beliau menjaga anak yang bakal dilahirkan itu dengan sempurna. Pernah juga isteri beliau terjaga kerana bermimpikan arwah pak su datang berjumpa dengannya lalu menunjukkan bekas jahitan post mortem pada tubuhnya.

Masih ku ingat ketika itu isteri pak su terjaga pada tengah malam sambil memekik nama pak su dan di ikuti dengan salakan anjing yang mendayu dayu. Sungguh menyeramkan ketika itu. Mungkin benar kata orang, roh orang yang baru mati akan berada didalam rumah selama 40 hari. Kami sering mengaji dan membaca yasin serta berfatihah untuk disedekahkan kepada almarhum. tetapi kami hairan mengapa rohnya seolah olah tidak tenteram. Apa yang menghairankan kami lagi ialah pada setiap hujung minggu ketika abang dan seorang lagi pakcikku menziarahi kubur allahyarham, terdapat lubang dihujung kaki atau dibahagian kepala kubur beliau. Menurut pakcikku yang sorang lagi, lubang tersebut begitu dalam. Beliau cuba menyucuk lubang itu dengan kayu sepanjang 4 kaki dan dilepaskan, batang kayu itu terus jatuh kebawah. Yang lebih menghairankan, apabila lubang dibahagian kakinya ditutup minggu ini, akan muncul pula lubang dibahagian kepalanya pada minggu depan. Begitulah keadaannya berterusan.

Kami pula sering berasa ketakutan - terutama sekali aku dan kakakku. Mentelah lagi salah sorang sahabat karib pak su pula dikatakan terkena "badi" beliau. Entah macam mana, dengan izin Allah swt. masuk minggu ketiga, nenekku (kini sudah arwah) bermimpikan pak su memberitahunya supaya membersihkan bilik bekas beliau dimandi dan dikapankan. Menurut arwah nenekku, pak su memeberitahunya bahawa bilik itu tidak dibersihkan dengan betul. Masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang bertakung dibawah tikar getah dalam bilik itu. Memang benar seperti kata Allahyarham didalam mimpi arwah nenekku. Keesokkan harinya , kami sekeluarga membersihkan bilik tempat Allahyarham dimandikan dan dikapankan - ternyata masih terdapat bekas bekas darah dan air mandi beliau yang masih lembap dibawah tikar getah itu.

Ayahku terus membakar tikar getah itu dan abunya ditanam. Kami sekeluarga lantas membersihkan bilik itu dengan lebih sempurna lagi. Hairannya, setelah itu kami sekeluarga tidak lagi diganggu. Kini sudah tahun berlalu, anak di dalam kandungan makcikku dulu sudah pun dewasa menjadi seorang anak gadis yang cantik dan manis. Aku juga tidak pernah lupa mendoakan al fatihah untuk allahyarham pak su setipa selepas solat.

Sumber : Internet

Sunday, June 7, 2009

Nasib Bayi Khinzir

Sumber : E mail dari Sulela.

Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.

Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.

Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan.

Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri.

Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan.

Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986.

Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun ia boleh terjadi. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.

Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya.

Cara dia makan tidak ubah seperti khinzir. Dia menghulurkan muncung kepada makanan sambil tangannya mencarik-carik meja.