Free Search

Tuesday, June 10, 2008

Orang Bunian

Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.

Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi mereka juga dikenali mendiami dekat golongan manusia dan juga dikatakan mengongsi sama rumah dengan keluarga manusia. Separuh kehantuan dikatakan orang bunian.

Orang bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang bunian diketahui menculik kanak-kanak manusia dan dituduh menyebabkan manusia sesat di dalam hutan.

Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaityu Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa.

Sumber artikel : http://ms.wikipedia.org

3 comments:

Mnzx Bru said...

Oh iye ker..

Anonymous said...

Bunian adalah kacukan jin dan manusia. Sebenarnya perkahwinan antara jin dan manusia tidak dapat menghasilkan zuriat. Disebabkan itu jin akan mengambil bibit binatang seperti buaya, kura, ular dsb.Benih ini dimasukkan ke dalam rahim manusia atau jin dan lahir makhluk seakan zuriat bagi perkahwinan ini. Mereka membesar dan mati seperti proses kebiasaan dan menemui ajal. Setelah itu mereka kembali mengikut benih asal,jika dari ular akan menjadi ular dan meneruskan kehidupan kedua sebagai binatang dan ianya turut menemui ajal seperti mana kebiasaan makhluk lain. Dalam ertikatanya bunian menempuh kematian sebanyak 2 kali.

Anonymous said...

Salam, orang bunian bukan sama seperti jin .. Orang bunian tinggal di langit bukan di hutan .. Baca blog nukilan bentara tujuh, ada menceritakan tentang bunian .. Wasllam