

Perkara itu diberitahu oleh patugas di menara kawalan kepada kapten kapal terbang. Dengan kehairanan dan rasa tidak percaya, kapten pesawat berkata : “Pesawat kami tidak pernah mengalami sebarang masalah dari Manila, dan tidak ada kejadian yang pelik-pelik pun berlaku. Mana mungkin kami semua 'hilang'?". Tetapi yang menjadi misteri dan membuatkan mereka semua percaya mereka semua telah 'hilang' ialah ketika mereka semua melihat jam masing-masing. Semuanya terlambat 20 minit.
Meskipun jarang tapi ada kejadian yang serupa.. Menurut catatan, pada 1970, pernah juga terjadi kejadian mirip kejadian di atas. Ketika itu, sebuah pesawat penumpang jet 727 yang sedang melakukan penerbangan, juga telah 'hilang' selama 10 minit dalam perjalanannya ke lapangan terbang Miami, AS. 10 minit kemudian, pesawat tersebut muncul kembali di tempat yang sama dimana ia dilaporkan 'hilang'. Pesawat tersebut tiba dengan selamat. Seluruh penumpang pesawat tersebut tidak percaya apa yang telah terjadi, sehinggalah mereka sedar bahawa jam mereka masing-masing terlambat 10 minit.
Menurut para ahli saintis satu-satunya penjelasan tentang fenomena ini adalah : “dalam sesaat 'kehilangan' itu, waktu 'berhenti' tidak bergerak, atau dengan kata lain waktu berputar kembali."
Duit moden ditemui dalam kuil purba.

Ketika mereka menggali kawasan kuil, di bawah sebuah binaan batu kuno, mereka telah menemui sekeping duit syiling perak terkubur di bawah tanah. Yang menjadi tanda tanya ialah bukan duit perak Mesir kuno yang mereka temui, tetapi sekeping duit syiling perak Amerika. Yang lebih menghairankan lagi, itu bukan duit perak kuno Amerika, tapi sekeping duit perak zaman sekarang! Namun, yang lebih menghairankan adalah duit tersebut adalah buatan Amerika pada tahun 1997. Sedangkan cari gali tersebut dilakukan pada tahun 1994 dan duit tersebut masih belum lagi dipasarkan... Timbul dua persoalan yang membingungkan para saintis serata dunia. Pertama, bagaimana duit syiling moden Amerika boleh berada dibawah timbunan runtuhan kuil purba Mesir yang berusia 4000 tahun? Kedua, bagaimana duit tersebut yang tahun pembuatannya 1997 boleh ditemui pada tahun 1994?
Laporan Rahsia Sulit NATO (North Atlantic Treaty Organization)

Apakah Waktu Boleh Berputar Kembali?
Secara realitinya, kecerdasan manusia masih belum cukup untuk menghalang berlalunya waktu. Secara teori, tidak mustahil untuk kita kembali ke masa lalu. Menurut teori Einstein, waktu dan ruang dapat mengalami perubahan dalam kecepatan cahaya. Jadi, seandainya suatu objek bergerak dengan kecepatan 300 ribu km/detik, maka ruang dapat di perpendekkan, dan waktu dapat diperlambatkan.

Para saintis telah menemui partikel yang lebih laju daripada cahaya. Menurut kajian, apabila sebuah kapal angkasa telah melepasi daya graviti bumi, daya tarikan medan graviti diubah menjadi daya keupayaan. Maka pada ketika itu kapal angkasa mampu bergerak menyamai kelajuan cahaya bahkan mampu bergerak dengan kecepatan cahaya ultra.
Pakar-pakar dari NASA telah membentuk “teori resonansi medan waktu". Teori ini dibentuk berdasarkan “teori medan kesatuan" Einstein dan searang ahli fizik Jerman sebagai dasar teori. Intinya adalah, dengan bantuan elastisik perkembangan bersama elektromagnet, gravitasi, kecepatan cahaya dan ruang, sesaat melintasi ruang angkasa.

3 comments:
Artikel yang membuatkan saya mengalami anjakan paradigma. Syabas..
Allah telah berfirman dlm SURAH AL-ASHR,
"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam keadaan kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal shaleh dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran"
Firman Allah itu adalah benar dan janji-NYA. Maka demi masa manusia itu benarlah dalam kerugian. Andai waktu berjaya diputar kembalipun, kita tak akan mampu membuat apa2 untuk mengubah apa yang telah berlaku.
Namun saya pasti perjalanan kemasa hadapan itu adalah boleh dilakukan. Ingat cerita Azhabulkafi? Waktu kita tidur, 8 jam terasa seminit je... fikir2kan la
benar kata anas tu...untuk kembali ke masa lampau memerlukan pesawat yang canggih kononnya tapi untuk ke masa hadapan....hanya perlukan tidur seminit sahaja untuk lapan jam kehadapan..
sesungguhnya Allah telah menyumpah masa...tidak berulang dan berhenti..
Post a Comment