Free Search

Tuesday, November 20, 2007

Cerita~Gangguan di dalam tandas

Seperti gadis-gadis lain yang dihantar oleh ibu bapa umtuk tinggal di asrama semasa bergelar pelajar, Lisa yang datang dari keluarga yang agak berada tidak mepercayai cerita cerita ganjil yang berlaku diasrama mereka. Selama kehidupannya dikawasan bandar, tidak pernah terlintas difikirannya tentang perkara perkara pelik yang berlaku akibat makhluk asing.

Kawasan sekolah yang terletak dipinggir bandar membuatkan lisa terpaksa menerima hakikat bahawa kedua ibu bapanya menghantarnya ke situ kerana ingin menghadiri ilmu agama yang dibekalkan oleh guru guru bertauliah agar dapat dijadikan panduan buat dirinya.

Penekanan didalm ilmu agama yang ada pada dirinya menyebabkan Liza sering terselamat apabila rakan rakannya diganggu oleh makhluk asing. "Pedinding diri perlu kuat," itulah kata kata ustaz yang sangat diingati.

Lisa sentiasa berhati hati. Segala pantang larang bagi mengelakkan diri dari diganggu makhluk halus seperti menjaga kebersihan dan tingkah laku apabila datang bulan, tidak berada dibawah pokok pokok besar dan bergurau senda sewaktu maghrib antara yang selalu dititikberatkan. Ramai jugak antara rakan rakannya yang telah terkena gangguan makhluk-makhluk tersebut terutama menjelang musin peperiksaan.

Apabila minggu peperiksaan, teriakan pelajar pelajar diasrama perempuan sering kedengaran kerana mereka mudah lemah semangat. Tambahan pula, pada waktu ini, mereka sering mentelaah hingga lewat malam dan masa banyak dihabiskan dengan membaca dan sedikit mengabaikan membaca al-quran dan amalan amalan sunat yang lain.

Pernah suatu malam, rakan baiknya Ina terdengar bunyi baldi yang diseret seperti gaya seseorang ingin membasuh kain pada pukul pagi. Kalau diikut pada fikiran yang waras, siapalah yang ingin mebasuh pakaian ketika orang lain sedang berselimut kesejukkan? Suara tangisan bayi menangis sudah lali dikalangan mereka. Begitu jugak bunyi seseorang sedang menarik kerusi seperti ingin mengubah kedudukan tempat. Boleh dikatakan setiap malam, pasti bunyi itu kedengaran. Penghuni penghuni asrama sudah tidak ambik pusing dengan bunyi itu.

"Asalkan dia tak kacau kita, kita jangan kacau dia. Dia pun makhluk Allah juga," kata kata itulah yang sering berlegar difikirannya.

Namun pada suatu hari, ketika rakan rakannya sudah masuk tidur, Lisa terasa ingin kebilik air kerana ingin membersihkan muka dan memberus gigi. Tandas yang terletak diluar dari kawasan bilik tidak menjadi masalah bagi lisa kerana ia sudah biasa dengan keadaan begitu.

Sedang dia memberus gigi, Lisa terasa bahunya dicuit seseorang. "Siapa pula yang hendak main cuit cuit pada waktu begini?" bisik Liza didalam hatinya. Cuitan mengusik itu membuatkan dadanya berombak kencang.

Walaupun hatinya ingin menoleh kebelakang, namun perasan takutnya tiba tiba datang. Lisa tetap meneruskan memeberus giginya tetapi hatinya tidak putus membacakan ayat ayat suci agar menjadi pelindung bagi dirinya. Liza tahu bahawa makhluk halus suka menggangu orang yang lemah semangat tambahan lagi benda benda tersebut adalah kerana kurangnya tawakal pada Allah. Cuitan gurauan itu berhenti apabila tidak ada tindak balas dari liza. Liza menarik nafas lega kerana terselamat dari terus mengikut rasa takut.

Sekembalinya dari tandas, Lisa terdengar suara rakannya sedang bergelak ketawa dari dalam bilik. Suara Fiza dan Nora jelas kedengaran di telinga. "Rasanya tadi mereka dah tidur,"bisik Lisa didalam hati. Mungkin mereka dah berpakat untuk belajar bersama, bisiknya didalam hati.

Apabila pintu bilik dibuka, semua rakan biliknya seramai lima orang itu lena diulit mimpi. Debaran tiba tiba mengundang kembali. Masih terngiang ngiang ditelinganya suara dua orang rakannya tadi bergurau senda.

"Benda ni tak putus asa untuk kacau aku," bisiknya didalam hati.

Mujur juga dia sempat mengambil wuduk semasa di tandas tadi. Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Dengan perasan yang kembali reda, Lisa mencapai Al-quran buat penenang bagi dirinya. Bacaan ayat ayat suci yang dialaunkan mengurangkan debaran yang melanda dirinya. Pergantungan yang tinggi pada Allah menyebabkan Lisa terselamat pada malam itu. Tetapi, tidak mustahil makhluk tersebut akan mengganggunya lagi kerana kegagalannya pada malam itu.

Sumber~Naz's Website

3 comments:

Sulela said...

Orang yang sering takut dan lemah semangat memang sering kene kacau...

toilet cubicle said...

janganlah takutkan I, I memang takut dengan tu.......

Anonymous said...

tp klu di u, bunyi org basuh kain tgh2 mlm da jd biasa... sbb yg basuh kain memang org pun walaupun pukul 3 pg... mdgr org menjerit nama kwn2 nya di tgh mlm sbb mereka nk main game DOTA... tnmpak org bkulit gelap bjln sorg2 tgh mlm2 buta, 2 kompem student luar negara... tdgr org bsorak2 kt glanggang futsal or badminton dr mlm smpai esk pg 2 adalh student chinese... ishh mreka x reti nk tido k? tp agak2 kalau kita bhdpn dgn situasi citer lisa 2, apa kita nk wat? hantu kwn dia yg ganggu 2 ganti dgn sorg makcik cleaner... agak ar seram, x penah makcik cleaner keje tgh mlm... da la baca ayat kursi tonggang tbalek...