Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu ini . Munsyi
Abdullah dalam Hikayat Pelayaran Abdullah telah lama mempertikaikan
kepercayaan karut orang Melayu ini. Antara jenis-jenis kelompok
hantu-hantu ini adalah :
1. Pontianak / Puntianak / kuntilanak - wanita berpakaian serba putih membalas dendam.
Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh
masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika
mengandungkan anaknya.
Dalam kebanyakan cerita seram yang ditunjukkan di televisyen menayangkan
bahawa hantu puntianak membunuh mangsanya dengan menghisap darah di
bahagian tengkuk mangsa. Namun begitu di dunia yang nyata, tiada kes
yang menceritakan ada manusia yang mati dibunuh oleh puntianak.
Ejaan pontianak adalah lebih popular dikalangan penutur Melayu dengan
883,000 keputusan bagi untuk pontianak di Google, berbanding hanya 557
untuk puntianak. Oleh itu keputusan menukar ejaan jelas kurang popular
dan tidak diterima secara meluas dikalangan penutur Melayu.
Pontianak (puntianak) juga merupakan nama ibukota Provinsi Kalimantan
Barat di Indonesia yang tidak ada kaitannya dengan makhluk halus.
Namun secara tidak langsung, sebenarnya nama Kota Pontianak (Ibukota
Kalimantan Barat) ada kaitannya dengan hantu pontianak tersebut.
Tersebutlah kisah, ketika Syarif Abdurrahman Al-Qadri pertama kali
mendirikan Kota Pontianak, ia dan rombongannya sering diganggu oleh
hantu pontianak ketika menyusuri Sungai Kapuas yang merupakan pintu
gerbang Kota Pontianak dari arah laut cina selatan. Maka untuk mengusir
hantu pontianak tersebut, ditembakkannyalah meriam. Sekaligus dimana
peluru meriam itu jatuh, maka di situlah akan didirikan kesultanan. Maka
peluru meriam itu jatuh pas di simpang tiga Sungai Kapuas dan Sungai
Landak yang kini lebih dikenal sebagai kawasan Beting-Kampung Dalam
Bugis-Pontianak Timur. Itulah cikal bakla Kota Pontianak. Nama Pontianak
sendiri diambil dari nama hantu pontianak yang sering mengganggu Syarif
Abdurrahman Al-Qadri. Syarif Abdurrahman Al-Qadri sendiri akhirnya
menjadi Sultan Kesultanan Pontianak yang pertama (sekitar abad 17).
Kini Keraton Qadriah dan Masjid Jami' Sultan Syarif Abdurrahman masih
berdiri dengan kokoh di kawasan Beting dan Kampung Dalam Bugis-Pontianak
Timur, sebagai saksi bisu kejayaan Kesultanan Melayu
Pontianak-Kalimantan Barat-Indonesia
2. Polong
Hantu Polong merujuk kepada semangat atau makhluk halus belaan yang
dipelihara oleh seseorang, biasanya lelaki, bertujuan untuk tujuan
memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari
tuannya.
Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah
orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut
kemudiannya akan dipuja dan jampi serapah akan dibacakan dalam tempoh
masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi
mengerit daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit
jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk
memberi polong makan. Dengan memberi makan, polong ini akan terikat
kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan
apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali
dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
3. Toyol - hantu kanak-kanak bogel
Toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan
mencuri. Toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut
mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus
ini dikenali sebagai saka
4. Pelesit - boleh dipelihara
Pelesit merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita,
bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali
sebagai saka. Hantu pelesit dipercayai diberi makan darah dari jari
tangan tuannya.
Hantu pelesit dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit,
belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan
masuk kerumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang
untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka
5. Hantu air - dalam air
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus
atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap
agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang
berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu
dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke
laut dengan menggunakan acak
6. Hantu raya - boleh dipelihara
Raya dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan
perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan,
yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga
bagi memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai
saka.
Hantu Raya akan dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan
apa-apa juga jenis kerja berat. Hantu Raya juga boleh disuruh oleh
tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma
sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan
menjelma sebagai tuannya.
Hantu Raya yang dipelihara itu akan perlu diberi makan sebagaimana yang
dipersetujui. Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak /
sajian termasuk telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang
kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan
kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan
berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti
hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan
7. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang dilihat berbungkus dalam kain kafan.
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada
sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan.
Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan
akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergoleh. Ia
dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta
yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
8. Langsuir - perempuan
Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan
masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap
darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan
mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai
ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan
akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darah
mereka.
9. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah.
Bota ialah sejenis gergasi besar yang hidup dalam tanah, menyembunyikan
diri dalam gua di dalam tanah. Bota akan keluar daripada tempat
persembunyian pada ketika-ketika tertentu sahaja dan amat meminati
kanak-kanak yang tidak memakai seluar. Kebanyakan masanya dihabiskan di
dalam tanah dan jarang dilihat oleh manusia. Menurut nenek-nenek tua di
kawasan ini, badan gergasi Bota ini menyerupai warna tanah itu sendiri
terutama di kawasan berlumpur, di tepi rimbunan buluh kuning dan di
tepian sawah padi di mana ikan puyu dan tilan biasa ditemui. Makanannya
didapati di dalam tanah juga dan sesekali akan mencari makanan dalam
bentuk daging manusia atau haiwan. Manusia dan haiwan bukanlah makanan
kegemarannya kerana ia hanya keluar sesekali sahaja terutama pada
rembang petang. Gergasi Bota ini dikaitkan dengan kehilangan seseorang.
Jika seseorang penduduk didapati hilang, mereka percaya Bota yang
bertanggungjawab dan penduduk tersebut telah melanggar pantang
'kewujudan' Bota di sesuatu kawasan. Anehnya Bota ini tidak banyak tapi
boleh berada di mana-mana sahaja terutama di kawasan Sungai Perak.
10. Bajang - makhluk aneh
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh.
Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.
Bajang merupakan makhluk setan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati
semasa lahir. Ia merupakan setan jantan yang sering kali menjelma
sebagai kucing pole cat. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan
mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada
mangsanya.
Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung
buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan
tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila
pemiliknya hendak mengenakan musuhnya.
Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu.
Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang
kelaparan itu akan menyerang tuannya.
Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada
cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia
akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut.
Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada
waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau
busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup.
Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan
11. Bunian, Kerajaan dan keluarga Bunian.
Orang Bunian ialah sebarang makhluk halus dari golongan jin dalam legenda Melayu, mirip dengan elf dalam legenda Eropah.
Mereka dikatakan mewujud dalam masyarakat besar, menirukan struktur
golongan manusia, dengan keluarga dan puak. Orang Bunian dikatakan
mendiami kawasan hutan belantara, jauh dari perhubungan manusia, tetapi
mereka juga dikenali mendiami dekat golongan manusia dan juga dikatakan
mengongsi sama rumah dengan keluarga manusia. Separuh kehantuan
dikatakan orang bunian.
Orang bunian menguasai kuasa luar biasa yang hebat, dan juga diketahui
berkawan dan menolong manusia, terutamanya pawang atau bomoh. Orang
bunian diketahui menculik kanak-kanak manusia dan dituduh menyebabkan
manusia sesat di dalam hutan.
Semenjak orang bunian mirip dengan manusia (kecuali berasaskan fakta
mereka biasanya ghaib atau halimunan) tidaklah dihiraukan untuk mereka
berkahwin dengan manusia. Malah ada pendapat yang mengusulkan bahawa
bunian ini adalah hasil gabungan hubungan manusia dan jin. Sekali
seorang manusia telah pergi untuk tinggal dengan orang bunian, dia tidak
boleh balik ke alam biasa, sebagaimana orang bunian hidup lebih lama
daripada manusia. Terdapat cerita mengenai seorang lelaki yang
mengahwini orang bunian, tetapi ingin mengembali ke keluarga mereka yang
telah ditinggalkan, memutuskan untuk meninggalkan orang bunian. Waktu
pulang mereka ke golongan manusia, mereka mendapati bahawa setiap orang
yang mereka kenal telah meninggal dunia, dan beberapa tahun sudah
berlalu. Cerita ini pernah disebutkan dalam cerita dongeng Amerika iaitu
Rip Van Winkle. Perkara tersebut menyerupai teori kerelatifan masa
12. Hantu Jepun
Hantu Jepun merujuk kepada sebarang bayangan atau makhluk yang
berpakaian seperti tentera Jepun. Selalunya ia dikaitkan dengan
tempat-tempat di mana pernah dijadikan markas tentera semasa Perang
Dunia II, semasa Jepun menawan Malaysia.
Tempat yang selalu selalu disebut-sebut sebagai kawasan yang dihantuinya
adalah bangunan sekolah berasrama, pejabat kerajaan dan
bangunan-bangunan penting yang ada semasa Perang Dunia II. Oleh itu,
boleh dikatakan, hantu Jepun ini agak moden.
Selalunya ia dilihat sama ada bersenjatakan senapang atau pedang, tanpa berkepala atau kepalanya dipangku bersama-samanya.
Kadang kala, ia dikatakan berbaris lengkap bersenjata pada waktu malam (tanpa kepala), dengan bunyi derapan kasut but tentera.
Tidak pula diketahui sama ada hantu Jepun turut terdapat di negara-negara jajah takluk Jepun yang lain (selain Singapura).
13. Hantu bukit
Hantu bukit merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan
bukit. Hantu bukit sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat.
14. Hantu kubur
Hantu kubur merujuk kepada sejenis makhluk yang berkeliaran dikawasan
perkuburan. Hantu kubur amat ditakuti dikalangan orang-orang asli kerana
mampu menyebarkan penyakit. Ini adalah antara sebab orang asli
berpindah randah sekiranya berlaku kematian. Malah ia ditakuti oleh puak
asli Kubu (Indonesia) dan Jakun (Malaysia) walaupun mereka dipisahkan
oleh selat Melaka. Rujukan 1.
Hantu kubur sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat
15. Pari-pari
Pari-pari merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu,
kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang terdapat dalam hutan.
Pari-pari ini dikatakan mempunyai masyarat tersendiri dan boleh
dikatakan menyerupai orang bunian. Pari-pari dikatakan tidak dipelihara
oleh manusia dan dikatakan hidup bebas.
16. Hantu punjut
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada
sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah
semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau
bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring
dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
17. Jerangkung
Jerangkung merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang dipelihara bagi
tujuan menginiaya orang lain. Pemeliharaan makhluk halus seperti ini
turut dikenali sebagai saka.
18. Hantu laut
Hantu air (juga termasuk Hantu laut) merupakan sejenis makhluk halus
atau jin yang terdapat di dalam kawasan berair. Makhluk ini dianggap
agak keras dan mampu menbahayakan mereka yang bertembung dengannya.
Kebiasaannya ia dikatakan terapung-apung seperti batang kayu buruk, tetapi mampu melumpuhkan mereka yang tersentuh dengannya.
Selain itu, ia dikatakan mampu menjelma untuk mengusik mereka yang
berada di pinggir air. Dipercayai bahawa hantu air berasal daripada ilmu
dan makhluk halus yang dibuang, dihanyutkan melalui sungai mengalir ke
laut dengan menggunakan acak
19. Hantu galah
Hantu Galah merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan.
Ia dikatakan berbentuk manusia tetapi bersaiz besar dan amat tinggi
sehingga kepalanya dikatakan menyapu awan. Ia sering kali ditemui jauh
di dalam hutan dan biasanya hanya kakinya yang kelihatan.
Mereka yang diusiknya dikatakan sering menyangka kakinya sebagai batang
pokok. Kakinya dikatakan berbulu panjang dan hanya mangsa hanya
terserempak pada waktu malam apabila sering bersandar atau memegang
kakinya, atau ketika melalui celah kangkangnya.
Manusia yang bersahabat dengannya dikatakan boleh mencabut bulu betisnya
yang akan dibakar untuk menyerunya apabila memerlukan pertolongannya
20. Jin Tanah
Jin Tanah dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis makhluk halus dan
perkara tahyul. Ia dikatakan terdiri daripada golongan jin atau syaitan,
yang dikatakan menjaga sesuatu kawasan (tanah).
Jin Tanah biasanya menjaga sesuatu kawasan tanah dan akan menganggu
mereka yang membuka tanah baru untuk berhuma. Untuk mengelakkan gangguan
Jin Tanah, biasanya upacara pembukaan tanah baru akan di adakan.
Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian termasuk
telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak, Jin
Tanah akan mengganggu mereka yang meneroka kawasan tanah baru tersebut.
21. Hantu Keramat
Hantu Keramat merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat disuatu tempat tetapi tidak mengganggu orang
22. Hantu Kum-Kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang
mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya
merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari / sesetengah
cerita menyatakan sebulan. Semenjak hari itu semua orang memuji-muji
kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat
wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk,
dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya
hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah XX
perawan.
Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi
mencari mangsa sambil menyatakan "Kum-Kum" sambil mengenakan jibab.
23. Hantu Bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada
sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah
semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau
bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring
dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.
24. Orang minyak
Orang minyak merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu batin bagi
tujuan menceroboh masuk kedalam rumah mangsa bagi tujuan mencuri /
membuat onar.
Salah satu cerita mengatakan orang minyak ini telah tersalah menuntut,
menyebabkan dia menjadi hitam dan hanya akan pulih selepas memperkosa 40
orang gadis. Mangsa akan menjadi terpukau dan ditanda dengan dipangkah
pada mukanya selepas dinodai.
25. Puaka
Hantu Puaka merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dikatakan sering
berkeliaran bersama-sama cuaca buruk.
26. Penanggalan
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri
Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu
hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu
menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang
dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut
mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang
terkena. Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan
setempayan cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum
bercantum masuk kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya
tubuh mereka dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan
bercantum secara terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya
mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin
(masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang
berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut
kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
27. Pocong
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut, merujuk kepada
sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain
kafan. Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah
semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau
bergoleh. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring
dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan merek
28. Hantu bidai
Hantu Bidai atau juga dikenali sebagai hantu balong bidai merujuk kepada
sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari
golongan jin/shaitan, yang suka menganggu manusia. Kononnya hantu bidai
merupakan semangat jahat yang tinggal dalam air. Hantu bidai mampu
menyerupai tikar, dan akan menggulung dan melemaskan mangsa
29. Hantu kopek
Hantu Kopek merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan
Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/shaitan, yang suka menganggu
manusia. Kononnya hantu kopek berbentuk seorang wanita yang tua yang
suka menyorokkan kanak-kanak kecil yang suka bermain-main di luar rumah
semasa waktu maghrib, dengan cara menyembunyikan mereka dengan kopek
(buah dada) mereka.
30. Harimau jadian
Harimau jadian dalam budaya Melayu, merujuk kepada sejenis ilmu yang
membolehkan penuntutnya bertukar menjadi harimau apabila dikehendaki. Ia
dikatakan dibantu oleh golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi
tujuan membantu tuannya mempertahankan diri dan juga bagi memudaratkan
musuh.
Harimau jadian biasanya perlu dibuang sebelum meninggal, dan sekiranya
tidak dibuangkan, penuntut ilmu itu akan sukar meninggal dunia
31. Jembalang tanah
Jembalang tanah merujuk kepada semangat atau makhluk halus yang terdapat dikawasan hutan dara.
32. Hantu tengelong
Hantu Penanggalan atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri
Kedah merujuk kepada seseorang, biasanya wanita, yang menuntut ilmu
hitam bagi sesuatu kepentingan. Mereka yang menuntut ilmu ini mampu
menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang
dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut
mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang
terkena.
Mereka yang menuntut ilmu penangalan biasanya akan menyimpan setempayan
cuka bagi memeram urat perut mereka agar kecut sebelum bercantum masuk
kembali kedalam badan asal mereka. Dipercayai sekiranya tubuh mereka
dijumpai orang dan diterbalikkan, kepala mereka akan bercantum secara
terbalik, dengan itu rahsia mereka akan terbongkar.
Penangalan dipercayai suka darah perempuan yang bersalin, dan sekiranya
mereka menghisap darah tersebut, wanita bersalin itu akan mati akibat
tumpah darah. Oleh itu, biasanya disekeliling rumah wanita bersalin
(masa dahulu, rumah dibina bertiang), diletakkan sejenis daun yang
berduri. Dipercayai penanggalan takut hendak mendekati rumah tersebut
kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.
Ketika penanggalan terbang, ia dipercayai berupa cahaya putih berkilauan, dari urat perut mereka yang terburai itu.
Credit: http://jiwang.org/seram-dan-ngeri/136582-jenis-jenis-hantu.html