Free Search

Wednesday, September 24, 2008

Misteri Di Sebalik Kematian Seorang Polis

Kisah benar yang diceritakan oleh : Ustaz Haji Zainal Abidin Abdul Karim

Sebaik sahaja selesai dimandi dan muka Arwah dilap, mata saya terpaku menatap wajahnya. Seperti tidak percaya bahawa sesuatu yang amat luar biasa berlaku di hadapan mata saya.

Dengan kekuasaan Allah Yang Maha Agung dan Maha Besar, wajah Arwah yang sudah berusia 60-an tiba-tiba bertukar menjadi seperti wajah yang berusia 30-an. Kulitnya yang seketika tadi berkedut bertukar menjadi tegang. Raut wajahnya memang memikat sementara senyumannya cukup manis seolah-olah Arwah meninggalkan dunia yang fana ini dengan hati yang seronok

Lama saya terpegun menatap wajah Arwah. Cukup hebat kekuasaan Allah swt hingga dalam waktu beberapa detik sahaja wajah yang sudah berkedut diubah-Nya menjadi kembali muda dan tampan. Saya terus menatap wajah dari hujung rambutnya hingga ke hujung dagu dengan rasa yang amat kagum di atas kebesaran Allah swt dan kemuliaan Arwah.

Tanpa disedari, orang semakin ramai dan berpusu-pusu menziarahi Arwah. Seperti saya, mereka juga berebut-rebut untuk menatap wajah Arwah. Dan seperti saya juga, setiap mata yang memandang Arwah pasti akan terus terpaku kepadanya. Sebilangan besar mereka juga tertanya-tanya, benarkah jenazah yang terbaring di hadapan mereka itu adalah Allahyarham.

Eh, betul ke bapa awak yang meninggal dunia ? Bukan adik ? Tanya salah seorang daripada mereka yang nyata tidak dapat mengecam wajah Arwah.

Betul, itu ayah saya, jawab anak Arwah. Bukan dia seorang, malah kebanyakan yang menziarahi Arwah juga begitu. Keseronokan segera terpancar di hati kami. Sebagai orang yang bertanggungjawab menguruskan jenazah, saya seperti tidak sabar-sabar lagi untuk meneruskan pengurusan jenazahnya. Sementara keluarga, saudara-mara dan orang ramai yang menziarahi Arwah terus ingin menatap wajah Arwah.

Walaubagaimanapun, yang pergi perlu diuruskan juga. Jenazah Arwah kemudiannya dikapan dan seterusnya dikebumikan. Sepanjang urusan tersebut, suasana cukup tenang, aman dan menyeronokkan. Tidak ada sebarang masalah yang kami tempuhi, malah orang ramai seperti berebut-rebut ingin membantu urusan pengkebumian jenazah arwah.

Kembali dari pengebumian Arwah, fikiran saya terus menerawang mengingati kemuliaan Allah swt berikan kepada jenazah Arwah. Begitu sekali balasan yang Allah swt berikan kepadanya.

Namun bagi kami yang mengenali Arwah, memang layaknya dia diberikan kemuliaan sedemikian rupa kerana semasa hidupnya, Arwah memang seorang yang bertaqwa. Riwayat hidupnya dipenuhi dengan amal ibadah, bukannya perbuatan-perbuatan mungkar.

Arwah adalah bekas pesara polis yang bertugas di Bahagian Perhubungan Awam, salah sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Semasa hayatnya, Arwah sangat dihormati kerana beliau merupakan seorang yang pemurah dan suka membantu orang yang dalam kesusahan. Tugasnya sebagai pegawai polis digunakan sepenuhnya bagi membantu orang ramai.

Arwah tidak pernah berkata ‘tidak’ bagi setiap orang yang meminta pertolongan, walaupun mereka datang pada jam 2 – 3 pagi. Dikejutkan pada waktu tengah malam dan dinihari ketika di luar tugas juga adalah perkara biasa bagi Arwah dan setiap tetamu yang datang disambutnya dengan muka yang manis.

Ketika orang lain sedang nyenyak tidur , dipeluk kedinginan pagi dan dibuai mimpi, arwah bersengkang mata membantu orang yang datang meminta bantuannya. Dia tidak pernah merungut malah bersedia membantu mereka dengan hati yang gembira.

Selain Arwah, isterinya juga bersikap demikian. Mereka berdua tidak pernah lekang daripada membuat amal jariah, membantu anak-anak yatim dan pelajar-pelajar universiti dengan mengambil mereka sebagai anak angkat. Anak yatim dan anak angkat yang mereka pelihara telah berjumlah puluhan orang.

Melakukan kebaikan bukanlah satu perkara yang mudah. Pasti ada sahaja orang yang iri hati dan berprasangka buruk. Walaupun bermacam-macam tomahan dan kata-kata yang cuba melemahkan semangat, namun mereka tidak mengambil peduli. Malah dia tetap seperti biasa membantu orang yang memerlukan pertolongannya.

Bagi Arwah, menghulurkan bantuan lebih besar nilainya daripada wang ringgit. Arwah juga tidak berkira langsung dari segi wang ringgit hinggakan jika tidak mempunyai wang, Arwah sanggup meminjam daripada anak-anak atau isterinya. Ini merupakan satu pengorbanan yang amat besar demi membantu insan lain. Gaji Arwah bukanlah besar, tanggungannya juga bukan ringan, namun Arwah tidak pernah menunjukkan kesusahannya kepada orang lain.

Selain itu, Arwah juga dikenali masyarakat sebagai seorang yang warak. Beliau adalah merupakan seorang imam surau semasa hayatnya.

Walaupun sudah beberapa tahun Arwah pulang menghadap Ilahi, namun sehingga kini orang masih menyebut-nyebut tentang kebaikannya. Anak-anak angkat Arwah juga masih datang ke rumahnya, bermalam sewaktu cuti dan berhari raya bersama keluarga di situ. Jangan menganggap keakraban itu sebagai biasa kerana sebilangan daripada anak-anak angkat Arwah berasal dari Sabah, Sarawak dan negeri-negeri yang dari ibu kota ini.

Kemuliaan yang Allah swt berikan kepada Allahyarham itu mengingatkan saya bahawa di dalam syurga nanti tiada orang-orang yang tua. Semua penghuni syurga muda-muda belaka, tampan, cantik dan menawan. Adakah iktibar ini yang ditunjukkan oleh Allah swt menerusi keajaiban yang berlaku ke atas jenazah Arwah ?

Walaupun peristiwa itu berlaku lima tahun yang lalu, namun kesempatan menguruskan jenazah Arwah adalah satu kepuasan kepada saya. Itulah pengalaman paling menarik sepanjang penglibatan saya sebagai sebagai pengurus jenazah. Ia sungguh bermakna dan memberi keinsafan kepada diri saya.

TQ http://kedah2u.com

Friday, September 19, 2008

Rahsia Zikir

Otak menjalankan aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Tuesday, September 16, 2008

Roh Merayau Gara2 Mengumpat

Milah memang terkenal dikalangan penduduk kampung. Setiap petang dia akan duduk berlonggok di tangga rumah jirannya sambil mengata orang kampung. Ada saja cerita baru yang dijajanya sehingga tidak menyedari senja meremang. Mulutnya tetap becok biarpun azan Maghrib berkumandang di masjid berhampiran kampung sedangkan di saat itu sebagai hamba-Nya, kita sepatutnya sujud menyembah Ilahi.

Suaminya, Osman sudah jenuh mulut menegur kelakuannya itu. Bukan saja menimbulkan fitnah tetapi tidak baik untuk bayi dalam kandungan kerana dia sedang mengandung tujuh bulan. Kata orang tua-tua, hantu syaitan banyak berkeliaran waktu senja.

Sikap degil Milah sudah Osman faham benar kerana sejak kahwin, Milah kerap melawan cakapnya. Setelah tujuh tahun mereka berkahwin, inilah kali pertama Milah mengandung. Biarpun ini kandungan pertamanya, tapi Milah tidak membuat penjagaan rapi seperti yang disarankan doktor. Bukan Osman melarang isterinya duduk berbual tapi biarlah berpada, jangan sampai keterlaluan hinggakan senja meremang pun dia masih duduk berborak di tangga rumah jiran-jiran.

Ada juga orang kampung menegur perlakuan isterinya dan Osman juga sudah puas menasihatinya tetapi umpama mencurah air ke daun keladi. Sikap isterinya tetap tak berubah dan lama kelamaan, dia buat tak reti.

Maka sukalah Milah kerana tabiatnya sudah tiada yang ambil peduli. Maka rancaklah, dia duduk berlonggok di tangga rumah jiran sambil mengata itu dan ini. Kebetulan, ada teman-teman yang menyokong, rancaklah kegiatan itu.

Sebulan sebelum melahirkan, sikap Milah nyata berubah. Dia lebih gemar menyendiri dan ketika kawan-kawannya datang ke rumah, mulutnya tidak lagi becok bercerita seperti selalu. Memang ramai yang hairan dan suaminya turut pelik dengan sikapnya itu tetapi dia tidak bertanya lanjut, malah memanjatkan rasa syukur kerana isterinya sudah berubah.

Suatu malam, Milah merasakan perutnya terlalu sakit. Malah dilihatnya ada darah yang mengalir di celah pahanya. Segera dia mengejutkan suaminya dan tergesa-gesa mereka ke hospital. Sesampai di hospital, doktor membuat pemeriksaan dan mendapati rahimnya sudah terbuka empat sentimeter. Milah tidak dibenarkan balik pada malam itu sebaliknya dia ditahan di hospital kerana menurut doktor, dia akan bersalin. Osman juga tidak mahu menanggung risiko dan dia bersetuju kerana dia sudah tidak sabar untuk menimang anak setelah tujuh tahun berkahwin.

Kurang dari 12 jam, Milah merasakan sakit perutnya makin kerap, sakit pinggang dan segala-galanya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berkali-kali dia menjerit meminta tolong daripada jururawat bertugas. Sekali dua mereka melayan karenahnya tetapi lama kelamaan mereka hanya mampu menyuruhnya bersabar sahaja.

Kira-kira jam tujuh pagi, sakit yang Milah tanggung sudah tidak tertahan lagi. Dia segera dibawa ke bilik bersalin kerana pintu rahimnya sudah terbuka lapan sentimeter. Jururawat menyuruhnya meneran kerana kepala bayinya sudah kelihatan. Berkali-kali Milah cuba melakukannya malah tenaganya hingga kehabisan. Melihat keadaannya yang tidak bermaya, jururawat 'memasukkan air' dan setengah jam kemudian doktor melakukan kaedah vakum bagi menyelamatkan nyawa bayinya yang hampir lemas.

Malangnya Milah meninggal dunia kerana urinya tersangkut di dalam rahim. Mereka sedaya upaya menyelamatkannya, tapi benarlah Allah lebih menyayangi makhluknya. Maka menangislah Osman kerana isteri yang disayanginya meninggal dunia. Dia sendiri terkeliru bagaimana untuk mahu menjaga anak lelaki tunggalnya, Muhammad Hakimi tanpa kehadiran seorang isteri. Puas keluarga dan sanak saudara menasihatinya dan mereka berjanji akan menjaga anaknya bersama-sama.

Jenazah isterinya selamat dikebumikan. Namun seminggu selepas itu, kampung tempat tinggal mereka gempar apabila kubur Milah digali. Nasib baiklah ketika itu, ada orang kampung terlihat tiga orang lelaki sedang memikul mayat Milah. Kala mereka menyergahnya, ketiga-tiganya lari lintang pukang dan meninggalkan mayat Milah di tepi kubur.

Gempar seketika orang kampung dan puas mereka bercerita tentang hal itu. Kata orang, kubur Milah dikorek untuk dipuja dan mahu dibuat minyak dagu. Segera mereka mengebumikan semula mayat Milah. Maka bertambahlah kesedihan Osman kerana orang memperlakukan jenazah isterinya sebegitu.

Namun seminggu selepas itu, sekali lagi orang kampung gempar. Kali ini bukan kuburnya dikorek tapi orang melihat kelibat Milah duduk di rumah jiran di waktu senja, sama seperti perangainya yang suka bertandang ke rumah orang ketika mengandung dulu. Sekali lagi, Osman rasa terpukul dan dia mendapatkan nasihat daripada seorang Lebai di kampung mereka.

Kata Lebai itu, ini mungkin balasan Allah kerana perbuatannya yang suka mengumpat orang dan tidak sempat meminta maaf daripada orang kampung apatah lagi meninggal dunia sebaik bersalin. Bagaimanapun Lebai menasihatkan Osman agar banyak bersabar di samping berdoalah agar Tuhan mengampunkan dosa-dosa isterinya. Benarlah kata orang, jangan sesekali melakukan dosa kerana di dunia Allah sudah menunjukkan balasannya, belum lagi balasan di akhirat dan diseksa di alam barzakh.

Saturday, September 13, 2008

Tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku

Menurut majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM", seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat, menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke satu destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis, seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dlm lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yg dipenuhi uban menegurnya, "Wahai anak gadis, alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu. Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertepatan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang nakal dan mengejek. " Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka? " Setelah menghamburkan kata-kata yg sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.

" Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka Jahannam untukku " katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab. Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis itu. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perlakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam. Ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Lantas semua yang di dalam bas itu tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan menghina agama dgn lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas itu pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas dan para penumpang yang lain mengejutkannya tetapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba-tiba orang tua yang menasihatinya tadi terus memeriksa nadi si gadis itu. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Para penumpang menjadi cemas dengan situasi yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba-tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang sedang aneh berlaku pada mayat gadis yang terbujur kaku di jalan raya itu. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan untuk menguruskan mayat itu.


Moral : Jagalah aurat serta kata-kata.

Wednesday, September 10, 2008

Peristiwa penting dalam sejarah Ramadhan




Salam Ramadhan kepada semua yang beragama Islam dan salam sejahtera kepada semua. Bulan Ramadhan yang mulia mengandungi banyak peristiwa dan ia memberi pengajaran untuk difikirkan bersama kearah membina intelektual Islam berjaya. Berikut adalah peristiwa-peristiwa yang telah berlaku dalam sejarah Ramadhan. Semoga catatan ringkas ini dapat menambahkan pengetahuan dan membuatkan kita lebih rajin beribadat kepada Allah SWT.

1. Di bulan Ramadhan al-Qur’an mula diturunkan. Dengan turunnya ayat yang pertama sehingga yang kelima surah al-‘Alaq kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam semasa Baginda di gua Hira’. Dengan itu bulan Ramadhan disebut juga bulan al-Qur’an, bulan untuk membaca al-Qur’an sekerap dan sebanyak yang boleh.

2. Tahun ke-2 Hijrah, telah peperangan Badar al-Kubra. Mengikut keterangan Ibn Hisyam, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersama-sama pejuang Islam berangkat dari Madinah menuju Badar pada 8 Ramadhan dan pada 17 Ramadhan terjadilah peperangan Badar al-Kubra semasa Baginda di gua Hira’. Peperangan ini dimenangi oleh Islam dan inilah kemenagan agung pertama pejuang-pejuang Islam menentang kemusyrikan dan kebatilan.

3. Pada tahun ke-2 Hijrah juga, zakat fitrah mula disyariatkan. Pada hakikatnya pensyariatan zakat ini adalah tanda kemenangan orang-orang yang berpuasa menentang hawa nafsu dan mengekang kecintaan terhadap harta dan dunia.

4. Di bulan Ramadhan tahun ke-5 Hijrah, para pejuang Islam membuat persiapan untuk menghadapi musuh di Khandaq yang mana peperangan itu terjadi pada bulan Syawal pada tahun itu juga. Di dalam peperangan yang dinamakan juga sebagai peperangan al-Azhab ini pejuang Islam telah mendapat kemenangan gemilang.

5. Pada 21 Ramadhan tahun ke8 Hijrah merupakan tarikh pembukaan kota Mekah. Allah Ta’ala memberi kemenangan besar kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan umat Islam dengan pembukaan kota suci Makkah. Pada mulanya Baginda bersama-sama para sahabat meninggalkan Madinah menuju Makkah pada 10 Ramadhan dalam keadaan berpuasa. Apabila sampai di al-Kadid, Baginda berbuka kerana bermusafir, kemudian pada 21 Ramadhan barulah Baginda memasuki kota Makkah.

6. Pada bulan Ramadhan tahun yang sama Baginda mengutus beberapa kumpula sahabat untuk merobohkan berhala-berhala yang terkenal pada masa itu. Khalid bin al-Walid diutus merobohkan berhala al-‘Uza, Amr bin al-‘Ash merobohkan berhala Suwa’ dan Sa’d bin Zaid al-Asyhali merobohkan berhala al-Manat.

7. Pada tahun ke-9 Hijrah berlakunya peristiwa peperangan Tabuk dan Baginda kembali pulang dari peperangan pada bulan itu juga.

8. Di bulan Ramadhan tahun yang sama juga rombongan dari kota Taif tiba di Madinah. Rombongan ini memeluk agama Islam di hadapan Baginda dan mereka turut berpuasa bersama umat Islam di Madinah.

9. Pada bulan dan tahun yang sama rombongan Raja Himyar tiba di Madinah untuk mengisytiharkan Islam mereka. Mereka menjadi tetamu Baginda dan Baginda menuliskan beberapa panduan tentang hak dan kewajiban mereka. Catatan ini merupakan salah satu dokumen penting di dalam sejarah perundangan Islam.

10. Pada tahun ke10 Hijrah, Baginda telah mengutus rombongan yang diketuai ‘Ali bin Abu Talib ke negeri Yaman dengan membawa bersamanya surat Baginda untuk penduduk Yaman, khasnya suku Hamdan yang kesemua mereka memeluk Islam dalam satu hari.

11. Pada tahun 53 Hijrah pejuang Arab Islam dapat menakluki pulau Rudes.

12. Pada tahun 91 Hijrah pejuang Islam mula mendarat di Selatan Andalus.

13. Pada tahun 92 Hijriyah ketua pejuang Islam Tariq bin Ziyad dapat mengalahkan Raja Rodrik di dalam satu peperangan sengit.

14. Pada tahun 129 Hijriyah mula muncul di Khurasan pendukung pengasas Kerajaan Bani Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

15. Pada bulan Ramadhan tahun 132 Hijrah berakhir sudah pemerintahan Bani Umaiyyah dan pada masa yang sama Abu al ‘Abbas dilantik sebagai khalifah al-‘Abbasiyyah yang pertama.

16. Pada bulan Ramadhan tahun 361 Hijriyah al-Jami'ah al-Azhar selesai dibina untuk kegunaan tempat beribadat dan mengajarkan ilmu-ilmu Arab dan syara'.

17. Pada tahun 584 Hijrah Salahuddin al-Ayyubi dapat mengalahkan kaum Salib dan membebaskan semula sebahagian besar negeri yang pernah dikuasai oleh pihak kaum Salib (Kristian). Apabila bulan Ramadhan tiba, pada mulanya Salahuddin al-Ayyubi bermaksud memberi rehat kepada para pejuangnya, akan tetapi kerana takut ajal tiba terlebih dahulu, maka beliau tidak menyempurnakan maksudnya itu, lalu mengarahkan para pejuangnya meneruskan peperangan melawan kaum Salib dan akhirnya mereka mencapai banyak kemenangan sehingga pertengahan bulan ini.

18. Pada tahun 658 Hijrah, Kerajaan Mamalik dapat mengalahkan dan membendung kemaraan tentera Tartar di 'Ain Jalud. Tentera ini bermaksud menguasai selurh negeri Islam, akan memasuki Mesir dan negeri-negeri lain melalui Mesir.

Monday, September 8, 2008

6 Sekeluarga Dibunuh Dalam Satu Malam

Pada 18/07/2007 di Klang, Kejadian berlaku diantara kira-kira pukul 3.00pg hingga pukul 5.00pg 6 sekeluarga terkorban di Tanjong Harapan semasa pergi makan dan bersiar-siar. Menurut kenyataan Ketua bahagian Narkotik dan Jenayah IPD Klang, SP Ahmad Jibam memberitahu mangsa telah ditangkap dan digamkan serta di isi dalam kotak dan dibiarkan di persisiran pantai Tanjong Harapan Berdekatan Dengan Medan Ikan bakar Tanjong Harapan. Menurutnya lagi semua mayat telah ditemui oleh salah seorang peniaga disitu ketika dia sedang mencuci gerainya . Kesemua mangsa telah dihantar ke HUKM untuk ujian forensik dan bedah siasat. Pihak polis menganggap kes ini sebagai kes Bunuh Separa kejam. Berhati-hati semasa berjalan bersama keluarga pada waktu malam. Gambar pembunuhan ngeri sekeluarga malang itu berjaya dirakamkan oleh jurugambar amatur yang kebetulan berada di tempat kejadian. Klik sini untuk melihat gambar tersebut.

Sunday, September 7, 2008

7 Perkara Ganjil Yang Pernah Dialami oleh Seorang Penggali Kubur


Terdapat seorang pemuda yang kerjanya adalah menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang alim/ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s.w.t.

Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat." Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.

Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s.w.t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s.w.t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi ****. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."

Jawab ahli ibadah tersebut "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"

Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s.w.t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."

Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.

Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"

Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.

Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.

Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s.w.t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya." Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s.w.t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan di pertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta walaupun amalan sebesar zarah.

Setelah anda membaca kisah ini. Sampaikan atau hantarkan kepada sahabat dan rakan-rakan anda. Mudah-mudahan amalan baik yang sedikit ini diambil kira oleh Allah Taala di Akhirat kelak. Amin.

Saturday, September 6, 2008

Peristiwa seram di wad hospital

Sumber dari internet.

Beberapa tahun yang lalu, aku telah dimasukkan ke hospital. Inilah kali pertama aku menjadi 'penghuni sementara' disebuah hospital. Aku ditempatkan di sebuah bilik yang menempatkan enam orang pesakit. dan katilku terletak di tengah tengah. Semua pesakit di bilik itu berbangsa Cina yang lanjut usia. Hampir setiap malam aku tidak dapat lena kerana 'kekenyangan' tidur pada siang hari.

Pada suatu malam, kira-kira jam 9, aku terasa ingin membuang air kecil. Tetapi aku takut untuk ke bilik air yang terletak agak jauh dari tempatku. Ditambah lagi, lampu di luar sudah dipadamkan. Disebabkan tidak tahan, akhirnya aku memberanikan diri untuk ke bilik air, khuatir akan 'terbuang' di atas katilku. Aku berjalan perlahan-lahan menuju bilik air. Setibanya di situ, aku dapati bilik air itu kosong. Namun aku terdengar seperti bunyi orang yang sedang menyelongkar sesuatu dalam tong khas untuk membuang tisu yang telah dipakai. Aku cuba memeriksa setiap tandas, tetapi semuanya kosong. Apabila aku pergi ke tandas terakhir yang bersebelahan dengan tingkap, aku dapati pintunya tertutup dan mungkin juga dikunci dari dalam. Aku pun biarkan sahaja kerana pada sangakaanku, mungkin ada orang di dalamnya.

Aku pun pergi ke sinki untuk mambasuh muka sementara menunggu orang yang ada di dalam tandas terakhir itu keluar. Aku memang selalu ke tandas itu dan tidak pernah ke tandas lain melainkan untuk mandi. Lama juga aku menanti. Apabila aku rasakan begitu lama, aku kembali menjenguk tandas itu semula dan... alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati tiada sesiapun di dalamnya. Pintu terbuka luas, tidak tertutup seperti tadi. "Bila masa orang ni keluar, tak nampak pun," kataku sendirian. Aku mula terasa takut. apa tidaknya, hampir 10 minit aku menantinya di luar, tiba-tiba tandas itu kosong dan pintunya terbuka padahal aku yang berada di luar tak nampak sesiapapun semasa aku mencuci muka tadi.

Oleh kerana terlalu takut, aku tak jadi buang air dan terus balik ke bilikku. Aku cuba tenangkan perasaanku. Sepanjang malam aku gelisah dan tidak boleh tidur. Puas aku cuba memejamkan mata, tetapi gagal. Dalam kegelisahan begitu, tiba-tiba aku terpandang sesuatu di luar tingkap. Dalam kesamaran, aku ternampak kepala orang yang sedang memerhatikan aku. Rambutnya putih, kusut masai ke paras bahu, mukanya hodoh, terkopek kopek dan berdarah. Matanya cengkung termasuk ke dalam. Akau benar-benar terpaku. Mataku tidak berkelip memandangnya. Darahku berderau, naik ke muka, jantungku berdebar-debar. Bulu romaku berdiri tegak dan tubuhku terasa seram sejuk. Mulutku seolah-olah terkunci untuk berkata-kata. Dalam hatiku berdoa..."Ya allah. Kau selamatkan lah hamba Mu yang lemah ini."

Tiba tiba seorang pesakit menekan butang untuk memanggil jururawat kerana ingin membuang air. Apabila jururawat itu datang, lembaga itu tetap ada disitu. Aku cukup hairan, mengapa jururawat itu tidak nampak lembaga itu sedangkan ia benar-benar berada dihadapannya. Lama-kelamaan, lembaga yang tidak berbadan itu perlahan lahan naik ke atas dan terus menghilang menembusi siling. Aku yang sepatutnya dibenarkan pulang keesokan harinya terpaksa ditahan sehari lagi kerana demamku terlalu kuat dan suhu badanku naik terlalu tinggi. Kini, segala-galanya telah pun berlalu. Kini, segalanya telah pun berlalu. Namun, peristiwa seram itu tetap terpahat dalam ingatanku dan tidak mungkin aku dapat lupakan.

Thursday, September 4, 2008

Mengusir gangguan makhluk halus

Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang sesiapa sahaja. Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala klinikal yang kita atau kerabat kita deritai, ada baiknya anda berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun menolong orang lain dengan kaedah berikut ini.

Untuk diri sendiri.

1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada sesuatu yang suci.

2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah "Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib untuk dapat menembus kita.

3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat, seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.

4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.

5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun

Untuk orang lain.

Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut:

1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas.

2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan kepada Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan.

3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah... sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah SWT dekat dengan kita.

4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan.

5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit.

6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar.

Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat menyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu kerana pertolongan dari Allah SWT. Amin.

PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM

Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD (AM)

Monday, September 1, 2008

Tips cara melihat Aura

Ramai orang menyangka aura seseorang hanya dapat dilihat dengan kekuatan batin tingkat tinggi, atau dengan bantuan khodam (jin dan makhluk halus). Yang lebih moden, aura dapat dilihat dengan jelas menggunakan kamera khas. Tapi tahukah anda, aura sebenarnya dapat dilihat dengan mata kasar. Tips di bawah ini akan menerangkan cara-cara bagaimana untuk melihat aura seseorang. Namun sebelum kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita lihat sejenak mengenai apakah dan bagaimanakah sifat aura itu. Maksudnya agar kita tidak tersalah pemahaman tentang aura.

Ada beberapa hal penting yang berkaitan dengan aura :

Aura manusia selalu berubah-ubah sesuai dengan kematangan dan keperibadian seseorang.

Aura manusia berwarna-warni sesuai dengan keperibadian dan kehidupan seseorang. Masing-masing warna aura menunjukkan keperibadian yang berbeza.

Panjang pendeknya aura dapat dikesan dengan panca indera biasa seperti kulit ataupun dengan alatan pengesan aura.

Aura seseorang dapat mempengaruhi serta dipengaruhi oleh persekitaran. Ia dapat bertambah dan berkurang kerana faktor persekitaran.

Ada beberapa perkara yang dapat dilakukan agar pancaran aura seseorang tetap bersinar, diantaranya ialah:

1. Makan makanan yang halal, baik dan tidak berlebihan.

2. Melakukan senaman dan olahraga yang cukup dan teratur.

3. Memenuhi keperluan tubuh seperti mendapatkan udara segar.

4. Istirehat yang cukup, mengurangkan tabiat rokok, alkohol dan ubat terlarang.

5. Menjauhi gerak hati, gerak fikir dan kegiatan-kegiatan yang negatif.

6. Menjauhi sikap hati yang kasar, mudah marah sebaliknya membanyakkan rasa kasih sayang.

Sekarang, mari kita melakukan latihan melihat aura. Sebelum melihat aura orang lain, ada beberapa urutan latihan yang harus dilakukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

1. Melihat Aura Dengan Jari Tangan

Carilah tembok yang berwarna putih, lalu duduklah dengan tenang pada jarak 1/2 meter dari tembok. Ambil nafas sebanyak mungkin dan tahan selama mungkin. Lakukan sebanyak 5 kali. Gosoklah kedua telapak tangan hingga terasa hangat. Rapatkan masing-masing jari tangan kanan dan kiri saling berpasangan. Letakkanlah kedua tangan yang masih berpasangan tadi 30 cm di depan mata dengan latar belakang tembok berwarna putih. Renggangkanlah perlahan-lahan kedua telapak tangan saling menjauh. Perhatikanlah, antara kedua ujung jari tadi akan mengeluarkan garis cahaya putih. Itulah aura yang memancar dari ujung jari kita.

2. Melihat Aura Dengan Telapak Tangan

Tariklah nafas dan gosokkanlah kedua telapak tangan seperti pada cara No. 1. Tempelkanlah salah satu telapak tangan pada tembok yang berwarna putih. Tariklah nafas, tahan dan hembuskanlah. Lepaskan telapak tangan dari tembok. Amatilah bekas telapak tangan yang tertinggal ditembok. Itulah aura yang memancar dari telapak tangan dan lama kelamaan akan larut dalam aura alam.

3. Melihat Aura Diri Sendiri

Letakkanlah cermin besar dihadapan kita. Duduklah dengan tenang. Usahakanlah latar belakang tembok berwarna putih dan penerangan berupa lampu neon. Tariklah nafas sebanyak mungkin dan tahanlah selama mungkin. Ulangilah sebanyak 5 kali. Tataplah bayangan diri kita yang ada di cermin. Pandangan mata diusahakan tidak melihat tubuh maupun bayangan tubuh, namun lihatlah batas tepian kepala dengan latar belakang tembok. Setelah pandangan mata kita terfokus, maka perlahan-lahan dari kepala dan bahu akan keluar cahaya aura kita. Sinar yang pertama kali terlihat, biasanya berwarna putih. Putih ini biasanya bukan merupakan warna aura kita yang sesungguhnya, melainkan dari warna aura yang sesungguhnya. Tataplah terus sampai kita melihat warna lain yang tidak berubah. Setelah berhasil, mulailah untuk melihat aura orang lain.

4. Melihat Aura Orang Lain

Mintalah bantuan seseorang yang akan menjadi objek untuk berdiri didepan tembok yang berwarna putih. Usahakanlah penerangan di dalam ruangan dibuat remang-remang atau redup. Berdirilah lebih kurang 3 meter di depan objek. Fokuskanlah pandangan mata pada bagian tepi kepala dan bahu objek. Perlahan-lahan akan keluar sinar aura dari tepi kepala objek. Fokuskanlah pandangan pada seluruh tepian tubuh objek, maka seluruh tubuh objek akan memancarkan warna aura.