Free Search

Friday, February 29, 2008

72 Jenis Puaka Kaum Ibrani

Setiap bangsa memiliki kepercayaan terhadap hantu mengikut versi, budaya masing-masing. Jika masyarakat Melayu terkenal dengan jin yang menyerupai hantu seperti pontianak,hantu raya, pocong atau toyol; masyarakat Barat terutama kaum Ibrani kuno mengenali 72 jenis puaka atau jin yang wujud dalam kepercayaan mereka.

Pengkaji paranormal dari pasukan Penyiasatan Lokasi Paranormal (PSI), Jamie Surina Hisham, berkata mengikut kepercayaan masyarakat itu, 72 jin terbabit adalah ketua utama yang memerintah pasukan tentera syaitan untuk berkeliaran melakukan angkara
di muka bumi.

Beliau berkata, setiap puaka itu mempunyai kepakaran dan 'kesaktian' tertentu antaranya memukau, menyihir, menjelma membentuk sesiapa atau apa saja selain menggunakan pelbagai kekuatan magis untuk mempengaruhi pemikiran manusia seterusnya menyesatkan mereka daripada kebenaran.

"Mengikut mitos kaum terbabit, semua jin atau puaka ini pada asalnya dikurung Raja Solomon dalam tujuh bekas berasingan di sebuah kuil purba di Jerusalem pada ribuan tahun lalu. Akan tetapi apabila tentera Romania datang ke kuil itu, mereka menemui bekas terbabit lalu membukanya menyebabkan semua jin yang terperangkap itu akhirnya bebas sehingga kini," katanya.

Jamie berkata, berikutan jin terbabit memiliki kekuatan sihir dan magis, ada antara puaka terbabit yang dipuja pihak tertentu dalam ritual songsang selain diseru ahli sihir kononnya bagi mendapatkan bantuan makhluk ghaib terbabit. "Antaranya Aaron C Donahue, seorang ahli sihir yang mengaku memiliki kebolehan untuk melihat ke 'alam lain' malah dia juga mendakwa pernah menyeru kebanyakan puaka terbabit untuk muncul di hadapannya," katanya.

Beliau berkata, pihak PSI kini mengadakan kajian mengenai pengaruh budaya dalam sesuatu masyarakat sehingga wujudnya pelbagai tanggapan berlainan mengenai jenis hantu antara suatu kaum dengan kaum yang lain.
"Kajian kami mendapati terdapat 99 mitos hantu dalam masyarakat Melayu manakala bagi kaum Ibrani ini pula, terdapat 72 mitos hantu atau puaka yang dipercayai mereka; setiap bangsa memiliki hantu mengikut versi budaya masing-masing yang jelas berbeza
dengan hantu bangsa lain," katanya.

Kedua-dua kajian mengenai hantu itu iaitu 'Mitos 72 Jin Solomon' yang berdasarkan kepercayaan kaum Ibrani selain 'Kajian 99 Makhluk Halus' yang wujud di alam Melayu, bakal diterbitkan PSI tidak lama lagi. Jamie berkata, antara puaka yang dipercayai kaum Ibrani termasuk masyarakat Barat
ialah:

d Bael -
Bael adalah puaka yang tidak gemar bekerja di bawah sesiapa. Ahli sihir silam yang mendakwa kononnya Bael pernah muncul di hadapan mereka menggambarkan puaka itu memiliki tiga kepala iaitu manusia, kucing dan katak, berkaki labah-labah dan bersuara garau. Ia memiliki kuasa mengghaibkan dirinya dan pengikutnya. Bael adalah raja di timur dan menguasai 66 pasukan tentera syaitan.

d Agares -
Puaka ini dikatakan berkuasa menyebabkan gempa bumi, membekukan sesuatu yang sedang bergerak dan memukau seseorang sehingga menganggap manusia yang menjadi pengikutnya dipandang mulia dan memahami pelbagai bahasa. Ia menguasai 31 pasukan tentera syaitan dan digambarkan menjelma di hadapan ahli sihir sebagai seorang lelaki tua kurus yang memegang burung dan menunggang buaya.

d Vassago -
Digelar 'Raja Ramal' kerana kononnya berkuasa meramal masa hadapan, membantu pengikutnya mengesan harta karun dan mencungkil rahsia lampau. Vassago digambarkan memiliki perwatakan nakal, suka menukar rupa, bentuk dan menyakat sesiapa yang menyerunya.

d Marbas -
Berkebolehan mengubah rupa bentuk sesiapa yang berada di sekelilingnya seperti menukarkan manusia kepada serigala atau beruang, mengetahui rahsia terpendam, menyebabkan penyakit menular serta mampu mengubatinya. Apabila diseru, ia menjelma sebagai seekor kucing besar atau singa selain rupa seorang lelaki.

d Valefor -
Dikenali sebagai puaka yang amat jahat, memiliki sikap yang kurang disenangi dan penuh dengan muslihat. Menjelma sebagai singa berkepala keldai. Pakar dalam ilmu mencuri dan menjadi pendorong dan penghasut supaya seseorang mencuri.

d Amon -
Orang Mesir purba dikatakan menyembah Amon dan ia digambarkan sebagai lelaki berkepala burung selain serigala berekor ular. Bersifat licik dan gemar memanipulasi sehingga menyebabkan manusia menganggap ia sebagai 'tuhan'.

d Paimon -
dikatakan puaka yang amat berbahaya dan berkuasa di kalangan jin. Menguasai 200 pasukan tentera. Ahli sihir silam mengatakan Paimon adalah jin yang amat sukar untuk diseru. Ia menjelma sebagai manusia yang memakai mahkota dan diiringi tenteranya selain muzik tertentu akan berkumandang. Berkuasa menjadikan seseorang itu berpengaruh dan bermartabat.

d Gusion -
Menjelma sebagai lelaki bertubuh sasa dan memakai jubah kuning, bercakap dengan lembut dan tenang serta kelihatan baik. Berkebolehan menjawab segala persoalan lampau dan masa hadapan. Menguasai lebih 45 pasukan tentera.

d Sitri -
Berkuasa membangkitkan nafsu seks dan menghasut supaya manusia bertelanjang dan melakukan hubungan kelamin. Digambarkan menjelma sebagai makhluk berkepala harimau dan bersayap.

d Beleth -
Menguasai 85 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang kesatria yang menunggang kuda pucat dan diiringi muzik tertentu, mulutnya mengeluarkan api. Antara jin yang sukar diseru.

d Lerie -
Suka menghasut sehingga berlakunya perang dan menyebabkan kecederaan yang dialami sesiapa saja ketika perang tidak akan sembuh selagi Lerie tidak beredar. Cara terbaik adalah memotong bahagian yang cedera atau mati. Menguasai 30 pasukan tentera. Menjelma sebagai seorang pemanah kacak.

d Bathin -
Berkuasa memindahkan seseorang ke tempat atau ke negara lain. Menjelma sebagai lelaki gagah berekor ular yang menunggang kuda pucat. Menguasai 30 pasukan tentera.

d Ipos -
Digelar 'Putera Helah' dan menjelma sebagai jin yang memiliki kepala singa dan berkaki angsa. Seseorang yang dikuasai Ipos akan lebih gemar bergaduh daripada bercakap. Menguasai 36 pasukan tentera dan berkuasa menjadikan seseorang itu cerdas dan berani.

FAKTA: Makhluk ghaib

Puaka, syaitan dan hantu sebenarnya adalah jin yang jahat manakala ketuanya adalah Iblis. Selain puaka yang diterangkan, jin lain yang dipercayai kaum Ibrani adalah Samigina, Barbatos, Eligos, Zepar, Botis, Sallos, Purson, Morax, Aim, Naberius, Glasya-Labolas, Bune, Ronove, Berith, Astaroth, Forneus, Foras, Asmodeus, Gaap, Furfur, Marchosias, Stolas, Phenex, Halphas, Malphas, Raum, Focalor, Vepar, Sabnock, Shax, Vine, Bifrons, Uvall, Haagenti, Crocell, Furcas, Balam, Alloces, Caim, Murmur, Orobas, Gremory, Ose, Amy, Orias, Vapula, Zagan, Buer, Volac, Andras, Haures, Andrealphus, Cimejes, Amdusias, Belial, Decarabia, Seere, Dantalion, Andromalius

Thursday, February 7, 2008

Misteri Lata Kinjang

HUTAN Lipur Lata Kinjang (HLLK).yang dikunjungi ramai saban minggu, sebenarnya menyimpan cerita misteri yang sangat unik dan penuh lagenda yang hanya diketahui oleh segelintir masyarakat setempat sahaja.

Menurut sejarahnya, tempat itu dinamakan sebagai Lata Kinjang kerana di kawasan itu terdapat banyak Kijang. Orang lnggeris yang pernah sampai ke tempat itu pada zaman silam kerana memburu Kijang telah tersalah sebut nama Kijang lalu berubah kepada nama “Kinjang” hingga kekal namanya sampai sekarang.

Ketua Kampung Lata Kinjang, Tok Batin Taha Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Encik Haslam Abdullah ketika ditemui turut mengesahkan Lata Kinjang banyak menyimpan kisah misteri yang sangat unik .

“Bila waktu lapang saya bercerita kepada anak cucu untuk mendengar kisah Lata Kinjang,“ kataTok Batin Husin yang menyebut lata tersebut telah diteroka oleh empat keturunan bermula daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

Setakat ini belum ada usaha-usaha untuk membukukan cerita-cerita misteri dan sejarah Lata Kinjang. Ini bermakna, apabila kalangan orang tua-tua meninggal dunia, sekaligus akan lenyaplah cerita lagenda Lata Kinjang untuk diketahui oleh generasi muda.

Tok Batin Husin berkata, di sekitar lata itu terdapat beberapa kesan yang ada kaitannya dengan sejarah kemunculan Lata Kinjang sejak ditemui oleh manusia beratus tahun lalu.

Dia sendiri mengetahui sejarah lata itu daripada cerita mulut yang didengar daripada datuknya Allahyarham Mat Yakin dan bapanya Allahyarham Taha. Beliau berharap, ada di kalangan sembilan orang anak dan dua belas orang cucunya akan menjadi penyambung cerita mengenai sejarah Lata Kinjang kepada sesiapa yang ingin mendengar kisahnya.

Encik Haslam pula menyebut, ditingkat tiga lata terdapat bekas kesan tapak kaki Kijang yang melarikan diri atas kawasan lata setelah dikejar oleh Harimau Akar yang telah disumpah oleh kelembai menjadi batu. Kesan tapak kaki Kijang dan batu besar dari lembaga Harimau Akar masih boleh dilihat tersergam ditingkat tiga lata tersebut.

Di kawasan lata itu juga terdapat kesan kubur anak kelembai yang terbaring memanjang dalam lubang kubur yang sudah menjadi batu, bekas tapak kaki kelembai termasuk lesong menumbuk padi yang telah disumpah menjadi batu.

Beliau turut menceritakan kisah misteri seorang wanita cantik yang dipercayai sebagai ”Puteri Bunian” yang pernah menjelma di kawasan lata itu pada masa silam sehingga menarik perhatian seorang hartawan lnggeris yang bercita-cita ingin mengahwini puteri itu .

Menurut ceritanya, hartawan lnggeris itu yang secara kebetulan berkunjung ke Lata Kinjang dalam tahun 1900, telah diberitahu oleh masyarakat Orang Asli di situ mengenai penjelmaan seorang wanita cantik di kawasan lata terutama pada musim bulan mengambang.

Kerana terlalu ingin hendak melihat wajah puteri bunian itu, hartawan lnggeris itu telah membina sebuah banglo ditingkat satu lata dan membina tangga batu dari bawah hingga kepuncak lata itu. Beliau membina banglo itu sebagai tempat penginapannya untuk melihat secara dekat wajah puteri bunian yang dikatakan sering menampakkan dirinya bila menjelang senja.

Tetapi, setelah menunggu berbulan-bulan di situ, hajat hartawan Inggeris itu tidak kesampaian, lalu dia merasa kecewa dan terus pulang ke negara asalnya di Eropah dan telah meninggal dunia beberapa bulan kemudiannnya. Banglo yang dibina dengan kos yang mahal telah musnah dan rosak sedikit demi sedikit dan sekarang hanya tinggal rangkanya sahaja.

Encik Haslam memberitahu, “Puteri Bunian” muncul ditengah-tengah lata untuk mandi bersama pakaian yang dipakainya dan berdiri tegak di atas batu lata dengan rambutnya yang panjang mengurai melepasi punggung. Puteri bunian itu yang disifatkan sebagai penunggu lata hanya menunjukkan dirinya beberapa minit sahaja kerana dia tidak mahu identitinya dikenali oleh manusia biasa.

Kini, lagenda Puteri Bunian itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah sahaja kerana dia tidak muncul lagi di kawasan lata tersebut. Mungkin disebabkan lata tersebut telah menjadi tumpuan ramai dan dia enggan menjelmakan dirinya. Di kawasan lata itu juga terdapat serumpun pokok buluh perindu yang hanya boleh diambil oleh orang-orang tertentu sahaja. Allahyarham Seniman Agung P.Ramlee dikatakan memiliki Buluh Perindu yang diambil daripada Lata Kinjang untuk ubat memerdukan suaranya.

Encik Haslam memberitahu, di kawasan lata itu juga terdapat banyak kambing gurun tetapi sukar diperangkap kerana ianya sangat lincah dan pandai menghilangkan diri. Beliau berkata, semua cerita misteri yang berlaku di kawasan lata itu menjadi cerita lisan yang bersambung dari mulut ke mulut sahaja. Beliau sendiri mengetahui cerita misteri lata daripada datuknya, Allahyarham Mat Yakin.

“Saya bersetuju jika ada usaha untuk membukukan sejarah lagenda Lata Kinjang dijalankan oleh mana-mana pihak sama ada menerusi cerpen, novel, puisi atau pembikinan drama filem,’tegasnya. Beliau yakin, misteri lagenda Lata Kinjang akan menarik perhatian khalayak jika dapat dijadikan drama atau filem. Ia terserahlah kepada para karyawan filem dan drama untuk menjawabnya.

Artikel asal : Unknown

Friday, February 1, 2008

Misteri segitiga Bermuda

Sebenarnya tempat misteri ini bukanlah berbentuk segitiga sebenar, sebab batas-batas dari petunjuk kapal-kapal atau pesawat terbang yang hilang lebih dari bentuk segitiga itu. Segitiga itupun hanya merupakan imaginasi sahaja. Bila kita ambil peta, kita buka di bahagian Amerika Tengah, di sana terdapat banyak kepulauan Hindia Barat. Untuk mengetahui bagaimana bentuk dari Segitiga Bermuda itu, kita tarik garis dari kota Miami ke kota San Juan di Puerto Rico; dari San Juan ke pulau Bermuda; dan kembali ke Miami di daerah Florida, Amerika. Meskipun sebenarnya misteri Segitiga Bermuda ini “milik” orang Amerika, tak apalah kita turut memperbincangkannya. Sebenarnya tempat semacam ini ada pula di tempat lain, juga di Amerika, iaitu di sebuah danau yang bernama Ontario, bahkan lebih “mengerikan” dari Segitiga Bermuda.

Dari berbagai kesimpulan, jarum kompas dan peralatan pesawat yang hilang selalu mendapat gangguan dan mereka seperti tidak melihat air. Disimpulkan, di dasar laut sana terdapat sebuah medan magnetik yang kuat, yang mampu mengganggu kompas atau menarik kapal itu sampai ke dasar laut.

Tidak cukup bila menghuraikan seluruh peristiwa, dan itu juga tidak menjurus pada penyelesaian. Pelbagai teori serta andaian mengenai Segitiga Bermuda. Mungkin di ruang udaranya terdapat gangguan atmosfera yang berupa “lubang di langit”. Kemungkinan pesawat-pesawat udara telah masuk ke dalamnya serta hilang tanpa dikesan. Dari misteri "Lubang di Langit" ini membentuk sebuah teori tentang adanya semacam perhubungan antara dunia ini dengan dimensi lain. Lubang di Langit tersebut dianggap semacam alat perhubungan seperti di dalam filem Star Trek. Ataukah Lubang di Langit itu UFO? Orang sering menghubungkan hilangnya pesawat kita dengan munculnya UFO. Malah hasilnya hanya pertanyaan tanpa jawapan.

Terdapat sebuah tempat di Segitiga Bermuda yang disebut Tongue of the Ocean atau “Lidah Lautan”. Lidah Lautan mempunyai jurang bawah laut (canyon) Bahama. Banyak yang belum diketahui tentang misteri Segitiga Bermuda. Ada orang menghubungkan misteri Segitiga Bermuda ini dengan misteri lainnya. Misalnya misteri Naga Laut yang pernah muncul di Tanjung Ann, Massachussets AS, pada bulan Ogos 1917. Mungkinkah naga laut ini banyak meminta korban ? Ataukah arus Cromwell di Lautan Pasifik yang menyebabkan adanya gelombang lautan di situ atau angin taufan, gempa bumi di dasar lautan? Tak ada siapa yang tahu.

Kononnya di sekitar kepulauan Bahama terdapat blue hole, yaitu semacam gua lautan. Dulu gua ini memang sungguh ada, tetapi setelah zaman ais berlalu, gua ini terendam. Arus didalamnya sangat kuat dan sering membuat pusaran yang berdaya besar. Banyak kapal-kapal kecil atau manusia yang disedut ke dalam blue hole itu, dan yang anehnya kapal-kapal kecil itu akan muncul kembali ke permukaan laut selang beberapa lama. Tapi yang menimbulkan pertanyaan ialah: Mungkinkah Blue Hole ini mampu menelan kapal besar ke dasar lautan?

Misteri lain yang masih belum terungkap adalah misteri Makhluk Laut Sargasso, yang bukan semata-mata khayalan. Di Lautan Sargasso itu banyak kapal yang tak pernah sampai ke tujuannya dan terkubur di dasar laut itu. Di sana terhimpun kapal-kapal dari berbagai zaman, harta karun, mayat tulang belulang manusia. Luas Laut Misteri Sargasso ini 3650 km untuk panjang dan lebarnya 1825 km, dan di sekelilingnya mengalir arus yang kuat sekali, sehingga membentuk pusaran yang sangat luas yang berputar perlahan-lahan searah jarum jam. Didasar lautnya terdapat pegunungan yang banyak dan mempunyai tebing dan ngarai yang terjal.

Segitiga Bermuda memang menarik, serta ianya juga menakutkan. Konon perairan Karibia merupakan tempat yang banyak menyimpan kejadian-kejadian yang aneh, seperti cahaya-cahaya yang tak jelas asalnya, bayangan-bayangan yang menakutkan, yang keluar masuk permukaan laut, bentuknya tak jelas tapi lebih besar dari ikan paus. Bentuknya seperti obor-obor raksasa dengan warna kulit keputihan dan pernah dilihat oleh dua orang (jadi bukan halusinasi).

“Obor-obor raksasa” tersebut seperti mampu mengganggu jarum kompas dan menyerap tenaga fizik. Mungkin “obor-obor raksasa” itu bukan binatang, melainkan pangkalan UFO yang dapat keluar masuk dari dalam laut. Keanehan lainnya terdapat di pulau Puerto Rico. Suatu pancaran air raksasa yang membentuk cendawan. Lautan itu mempunyai kedalaman sehingga 10 km. Kejadian ini sempat dilihat oleh anak kapal pesawat Boeing 707 pada 11 April 1963. Menurut mereka cendawan air itu mempunyai garis tengah selebar 900-1800 meter dengan ketinggian separuhnya. Mungkin itu adalah percubaan bom nuklear Amerika atau negara lain? Tetapi pihak Amerika tidak membenarkan sebarang percubaan bom nuklear kerana di sana adalah ruang penerbangan. Mungkin ledakan itu berasal dari kapal selam nuklear Thresher yang hilang sehari sebelumnya, tapi lokasi hilangnya kapal selam itu ribuan km dari sana.

Ada sebuah tempat di perairan Boca Raton, yang di sana terdapat sebuah paip bergaris tengah 20 cm. Jelas bukan milik Amerika (untuk lebih lanjut: Orang Bumi). Peristiwa ini dilihat oleh pasangan suami isteri Lloyd Wingfields. Mereka melihat sebuah tiang asap disana, dan ketika kelihatan sebuah paip muncul dari dasar laut yang mengeluarkan asap. Asap tersebut tidak mengeluarkan bau dan ianya berwarna kekuning-kuningan. Mungkinkah paip itu disambungkan dari sumber api di dasar laut? Pangkalan UFO di dasar lautkah yang menyebabkannya?

Lagi pun laut itu cukup dalam, sehingga mereka tak berani menyelam untuk melihat lebih dekat. Mereka juga melihat sebuah helikopter mengalami kerosakan engin dan berusaha mendarat cemas di laut.

Melihat kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang ada, timbullah berbagai macam bentuk teori yang mungkin bercanggah di antara satu sama lain. Teori-teori yang pernah dikemukakan untuk membuka misteri kehilangan kapal serta pasawat di situ ialah:

  1. Adanya bahaya alam/gempa yang dapat menarik kapal ke dasar laut.
  2. Adanya bermacam-macam arus yang berkumpul di daerah Segitiga Bermuda itu, sehingga mungkin saja arus bawah tiba-tiba berubah ke permukaan dan menyebabkan pusaran air.
  3. Ditemukan Blue Hole, tapi masih diragukan, karena kapal yang besar seperti tanker/kapal induk tak mungkin mampu disedut oleh Blue Hole.
  4. Terjadi gempa yang menyebabkan tanah retak besar dan air membentuk pusaran dan menyedut segala objek ke dalamnya.
  5. Adanya puting beliung atau pusaran angin yang dapat menyebabkan hancurnya sebuah pesawat terbang kerana terhempas.

Ulasan lain, di daerah Kutub Selatan ada sebuah lubang besar yang menghubungkan dunia luar dengan dunia lain (entah benar atau tidak). Pernah ada orang bernama Admiral Bryd, melihat dari kapal terbang ke Barat di kutub selatan sebelah darat menghijau dengan danau yang tak membeku dan binatang liar mirip bison dan melihat seperti manusia-manusia purba. Sebagai ilmuwan Bryd melaporkan pristiwa itu, tapi tak ada yang mempercayainya.

Pernahkah anda mendengar kisah alien abduction yang dialami oleh Herbert Schirmer yang mempunyai pangkalan di pantai Florida (Segitiga Bermuda) dan salah satu kutub bumi? Mungkin tempat itu merupakan pangkalan UFO yang bertujuan jahat?

Apakah pesawat dan kapal yang hilang di segitiga bermuda "ditransfer" ke dimensi lain? Adakah hubungan segitiga bermuda dengan Atlantis? Adakah hubungan dengan "chupacabra" yang dijumpai di Puerto Rico (dekat Segitiga Bermuda)? Dan yang unik adalah, segitiga bermuda cukup dekat dengan peluncuran roket NASA (Florida).