Seorang gadis yang duduk dibelakang kelas sudah pun mula berkemas kemas sambil menguap beberapa kali kerana mengantuk. "Sudahlah Milah, aku pun sudah penat. Tinggal kita berdua sahaja. Aku rasa aku nak balik keasnara, nak baring baring diatas katil. Marilah temankan aku balik kerana aku takut hendak balik seorang diri."
Milah tertawa kecil,"Engkau ni Nona, anak dara dah besar panjang pun masih takutkan gelap. Apa yang nak ditakutkan. Kalau engkau takut, engkau serukan sahaja nama abang Guard. Tentu dia datang berlari,"Abang datang!!! abang datang!!!" Ahhh.....Tunggulah aku sekejap lagi. Aku nak habiskan bab tiga ini sedikit lagi."
"Hai! Jaga sikit mulut kau itu. Jangan cabul sangat. Engkau jangan tak tahu yang bangunan ni keras sedikit. Nanti jangan kerana pulut santan binasa," ujar Nona. "Lagipun kalau hujan nanti habis basah, susahlah kita nanti,"sambungnya sambil memuncungkan bibirnya.
Nona melambaikan tangannya sambil memasukkan buku ceritanya ke dalam beg galasnya. Tiba tiba kedengaran bunyi tapak kaki bergema dilaluan pejalan kaki, memecah kesunyian malam. Nona menutup mulutnya terperanjat hampir menjerit, perasan takut jelas terbayang dimatanya. Milah dan Nona berbalas pandangan, masing masing tertanya tanya siapakah yang datang kekelas di tengah tengah malam sebegini.
Masing masing merenung kearah pintu masuk, debaran jantung berdegup kencang seolah olah baru sahaja tamat berlari 100 meter. Bunyi tapak kaki itu semakin kuat, menghampiri kelas mereka berdua. Sebentar kemudian, bunyi keriukan pintu kelas sebelah dibuka orang kedengaran. Nonan sudah pucat ketakutan, segera dia menerpa ke arah Milah dan memegang tangan Milah dengan erat.
"Dam!" Bunyi dentuman pintu ditutup pula kedengaran. Milah dapat merasakan darah nya berderau, dia menyesal kerana terlalu selupar sebentar tadi, sementara Nona pulak jika ditoreh mukanya pun tidak keluar darah.
Perasan seram menyelubungi mereka berdua apabila bunyi tapak kaki itu kembali kedengaran semakin kuat dan semakin kuat. Tiba tiba...
"Wah! Kuat belajar nampaknya Milah, Nona."
Mereka berdua tersentak apabila disapa dari arah belakang. Milah dan Nona berpaling kearah belakang mereka. abang guard yang mereka kenali hanya sebagai Abang Hassan kelihatan sedang tersenyum sambil melambai kearah mereka berdua daripada arah luar tingkap. Dia berjalan lurus ke hadapan.
Milah menarik nafas lega,"Abang Hassan ini takut takutkan kami sahaja. Nyaris kami tidak mati ketakutan. Nona ni sudah nak pengsan sakit jantung, abang hassan tahu tak..."kata Milah sambil berpaling kearah Nona.
"Kalau Nona hendak boleh abang Hassan temankan,"ujar abang guard itu sambil ketawa kecil. Muka Nona semakin pucat ketakutan. Suaranya terkunci, bisu, kelu, hanya gelengan kepalanya yang pantas sahaja menjawab pelawaan itu.
Abang guard itu terus berlalu dari situ, hanya bunyi ketawa kecilnya yang kedengaran. Sekali sekala bunyi lolongan anjing memecah kedegaran. Nona masih terpaku membisu disitu ketika Milah berkemas kemas barangnya.
"Engkau ni kenapa takut sangat. Itukan abang Hassan, jangan lah sampai tak boleh berenggang dengan aku," kata Milah, terganggu dengan perangai kawannya yang nampaknya masih tidak dapat mengawal perasaan takutnya dan terus sahaja menggenggam kemas lengannya sehinggakan dia berasa sukar hendak berkemas.
Nina hanya diam membisu dan menggelng geleng kan kepalanya apabila ditegur sebegitu tanpa melepaskan genggaman tangannya dari lengan Milah.
Sepanjang perjalanan mereka ke asrama, Nonan masih terus menggengan erat tangan Milah menyebabkan Milah tertanya tanya kenapakah Nona begitu takut, tetapi Nona hanya mendiamkan dirinya walaupun ditanya beberapa kali oleh Milah. Bosan dengan perangai Nona dan dia pun masih merasa agak cemas, dengan kajadian yang baru berlaku tadi, Milah berhenti bertanya dan mereka berdua terus kembali ke asrama ubtuk tidur.
Keesokan harinya Milah tak sabar sabar lagi untuk menceritakan kejadian semalam kepada kawan kawannya yang lain. "Engkau tahu, Nona ni pucat lesi mukanya, kalau diguris dengan pisau pun tidak berdarah bila abang hassan tawarkan hendak temankan dia," cerita Milah sambil disa,but dengan deraian tertawa oleh rakannya yang lain. Nona hanya mendiamkan dirinya, ternyata masih belum pulih dari perasan terkejutnya itu.
"Kalau aku tentu aku sahut tawaran abang Hassan itu," sambut Elita sambil teryawa kuat.
"Tak sangka Nona ni penakut orangnya," celah Roasmah pulak.
Muka Nona berubah menjadi meraj menyala dengan perasaan marah. "Engkau orang jangan celupar sangat. Bukannya nama kau yang dia panggil. Cuba engkau tengok sebelah kanan kelas kita ini. Bukan ke tidak ada tempat berjalan kaki. Kalau betul abang Hassan yang tegur aku dan Milah, Macam mana dia berjalan disebelah situ kalau dia tidak boleh terbang. Bukankah kelas kita ini ditingkat tiga. Yang si Milah nie pun bingung sedikit, perkara seperti itu pun tidak perasan. Aku yang sudah hendak terkencing pun dia mana tahu, bukannya nama dia yang diseru seru. Ha! Kalau betul engkau hendak dia temankan kau orang, datanglah kekels malam ini.
Seluruh kelas terdia mendengar kata Nona, wajah Milah bertukar menjadi pucat sepucatnya. Masing masing berebut rebut neluru ke arah tingkap sebelah kanan untuk memastikan kebenaran kata kata Nona itu.
Free Search
Showing posts with label asrama. Show all posts
Showing posts with label asrama. Show all posts
Wednesday, January 13, 2010
Sunday, February 8, 2009
Diganggu roh tentera jepun
Ketika ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh, hati Zaliah sudah berbunga bunga. Seronoknya tidak dapat diluahkan dengan kata kata. Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk memasuki asrama dan belajar berdikari si rantau orang.Hari pertama masuk ke sekolah tersebut, Zaliah berasa tidak sedap hati. Pertama kali dalam hidupnya terasa demikian, namun dia tidak mengendahkannya. Mungkin kerana terlalu seronok, ujar Zaliah didalam hati. Matanya meligas memandang bangunan asrama yang kelihatan agak usang. Menurut teman temannya, sekolah itu dibina dikawasan bekas markas tentera jepun. Pelbagai kisah misteri pernah dikaitkan dengan sekolah tersebut membuatkan Zaliah seram sejuk.
Suatu malam ketika semua penghuni asrama telah lama diulit mimpi, secara tiba tiba Zaliah dikejutkan dengan suara orang berkawat dipadang sekolah. Dia cuba untuk melelapkan mata, namun suara itu terlalu kuat hingga menggangu tidurnya. Sambil memejamkan mata, Zaliah membebel bebel tidak puas hati, mengharapkan suara itu senyap. Tapi suara itu tidak juga berhenti.
Sambil mengosok gosok mata, Zaliah lantas bangun menuju tingkap yang menghala ke padang sekolah. "Siapalah yang pagi pagi buta dah berkawad ni?" getusnya geram. Dengan perlahan dia membuka cermin tingkap. Matanya yang layu terkebil kebil memerhatikan suasana padang yang lengang. Eh, suara bukan main kuat. Tapi mana orangnya? Desis Zaliah didalam hati. Puas dia mencari, namun hampa belaka.
Suasana dingin tiba tiba mencengkam malam. Zaliah mula merasa seram. Fikirannya mencari cari alasan logik dari mana datangnya suara itu, namun dia buntu. Angin malam yang tiba tiba menderu ke arahnya membuatkan Zaliah kalut. Dengan pantas jemarinya segera menutup tingkap dihadapannya.
Bila diamati suara itu, Zaliah dapat mendengar bait bait ayat yang dituturkan. Namun dia gagal memahaminya kerana ia tidak dlam bahasa melayu mehupun inggeris, sebalinya bahasa jepun! Tidak menunggu lama, Zaliah bergegas ke katilnya. Sambil berselebung, dia cuba untuk melelapkan mata.
Apa yang menghairankannya, tidak ada seorang pun diantara rakan rakannya yang terjaga. Walhal suara itu begitu kuat. Malisa, Wati, Amnah, semuanya seolah olah telah dipukau. Belum sempat tidur lena, tiba tiba tidurnya diganggu sekali lagi. Kedengaran jelas dicuping telinganya bunyi orang berjalan diluar dorm sambil mengheret rantai besi, seolah olah mangsa tahanan yang telah dirantai kaki.
Hati Zaliah mula berdebar debar. Fikirannya mula menerawang teringatkan kata kata orang tentang sekolah itu. Sekolah yang bertapak di kawasan bekas markas jepun itu dikatakan telah banyak kali 'memakan' mangsa, namun Zaliah tidak mengendahkan kata kata mereka kerana terlalu ingin memasuki sekolah berasrama penuh.
BElum hilang debaran yang mencengkam dadanya, tiba tiba Zaliah merasakan bunyi tapak kaki itu berhenti dihadapan pintu dormnya. Serentak itu kedengaran pintu dorm dibuka orang. Jelas diruang mata Zailah sesusuk tubuh besar setinggi pintu dorm berdiri dihadapan pintu. Tubuh Zaliah menggigil menahan rasa takut. Hampir hampir dia terjerit tatkala sesusuk tubuh itu malengkah masuk ke dorm sambil megheret rantai besi dikakinya.
Sambil berselubung, Zaliah dapat melihat rupa lembaga itu yang sungguh mengerikan. Matanya terjojol keluar, kulit tubuhnya yang terkoyak disana sini dan baunya yang cukup hanyir membuatkan Zaliah hampir termuntah. Namun dia cuba bertahan. Mulutnya terkumat kamit membaca ayat ayat suci al Quran dengan harapan lembaga itu tidak akan mengapa apa kannya.
Semakin lama sesusuk tubuh yang berpakaian tentera inggeris lama itu semakin hampir dengan katilnya. Serta merta bau busuk mula menyusuk hidung. Hatinya tambah berdebar apabila melihat lembaga itu cuba menyentuh Malisa yang tidur disebelahnya. Dia cuba untuk bersuara untuk megejutkan temannya itu, namun suaranya seolah olah tersekat dikerongkong.
Zaliah menjadi benar benar tidak berdaya. Badannya terasa lemah longlai.. Syurlah ketika itu hatinya masih dapat membaca ayat ayat al-Quran. Berkali kali lembaga itu cuba menyentuh Malisa, namun tidak berjaya hinggahlah akhirnya ia hilang begitu saja. Manakala Zaliah pula tiba tiba pengsan tidak sedarkan diri.
Keesokan paginya, kecoh satu sekolah apabila Zaliah tidak sedar dari tidur. Dia terus dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Zaliah bagaimanapun telah sedarkan diri lewat petang itu dan dibawa pulang ke kampung untuk berubat secara tradisional.
Sumber : Internet
Thursday, January 3, 2008
Cerita ~ Gadis misteri dipinggir tangga
Yani menyusuri jalan berbukit ke Asrama Bunga Raya dengan langkah iringan sambil bernyanyi nyanyi kecil. Dilirik jam ditangan. Ah, sudah hampir pukul satu malam, bisik hati kecil Yani. Suasan begitu sunyi dan tenang, maklum sahajalah sudah tengah malam dan kebanyakan penghuni asrama sudah lama dibuai mimpi. Angin malam yang bertiup lembut begitu menyamankan. Desiran daun-daun dari pokok pokok besar yang tersergam dikiri dan kanan jalan menuju ke Asmara Bunga Raya membuatkan suasana malam tambah syahdu. Biarpun sudah lewat malam, Yani tidak langsung berasa bimbang untuk berjalan sendirian. Sudah lebih tiga minggu dia pulang lewat.
Sejak terpilih mewakili kolej ke pesta kebudayaan di sarawak, begitulah rutin yang perlu dijalani oleh Yani. Setiap hari bermula dari jam 4.00 petang, latihan tarian akan bermula sehingga hampir waktu solat maghrib. Latuhan bersambung lagi dari jam 8.30 malam sehinggalah tengah malam. Waktu hujung minggu, latihan bermula seawal 7.30 pagi dan berlarutan hingga dua atau tiga pagi. Mereka hanya berhenti untuk makan dan solat sahaja. Kalau diikutkan letih, memang teramat letih rasanya sehingga adakalanya Yani ponteng kuliah semata meta untuk mendapatkan rehat yang cukup. Kadang kadang rasa menyesal jugak memilih kebudayaan sebagai kebudayaan sebagai kegiatan ko-kurikulum. Ingatkan lebih rilek daripada Kesatria, tetapi rupanya lebih teruk, terutama apabila ada pertunjukkan.
Tiba tiba langkah Yani terhenti. Sorot matanya menangkap satu susuk tubuh yang yang sedang berdiri ditangga menuju ke dewan makan Kenanga yang terletak dihadapan asrama. Hai, siapa pulak yang tersadai ditangga malam malam buta ini, hati Yani berbisik lagi. Setahu Yani, walaupun tangga itu menjadi tempat lepak kegemaran pelajar, namum ini bukanlah masanya. Maklumlah undang undang kolej yang agak ketat tidak membenarkan para pelajar lepak sehingga tengah malam. Lagipun Asmara Bunga Raya adalah untuk pelajar perempuan dan pintu pagar besar akan ditutp selepas jam 10.00 malam. Jadi siapakah gerangan pelajar itu? Dari jauh Yani perhatikan susuk tubuh tersebut. Pelajar tersebut pasti pelajar perempuan memandangkan rambutnya yang panjang mengurai hingga ke pinggang. Tangan kenannnya mengepit fail seperti mana lazimnya pelajar pelajar yang lain. Dia memakai skirt dibawah paras lutut. Kakinya tidak kelihatan dari tempat Yani berdiri. Yani segera teringat pada pesan orang tua tua tentang cara untuk membezakan hantu dan manusia ialah dengan melihat kakinya.
Tapi benarkah susok tubuh yang dilihatnya itu hantu? Maklum sahaja, selama ini Yani memang tidak begitu percaya dengan cerita cerita hantu yang dianggapnya tahyul semata. Yani mula merasa menyesal mengikut jalan itu untuk pulang ke asrama. Kalau dia tahu baik dia mengikuti jalan menyusuri celah celah asrana seperti mana geng geng yang lain. Hendak berundur, terasa jalan begitu jauh. Hendak diteruskan, dia tiba tiba dilanda rasa takut yang amat sangat. Yani berdiri disitu tidak tahu apa yang hendak dilakukan. Akhirnya Yani mengambil keputusan untuk lau sahaja didepan sosok manusia itu yang sejak tadi tidak bergerak gerak. Untuk menghilangkan rasa takut, Yani menyanyi kecil sambil berlenggang seolah olah sedang menari. Dia jugak tidak peduli jika ada orang yang nampak perlakuannya itu. Semuanya Yani tidak peduli. Yang penting, apa yang dilakukan dapat menghilangkan rasa takutnya. Waktu melintas didepan gadis tersebut, Yani tidak langsung menoleh ke arah gadis itu. Entah mengapa hati kecilnya membisikkan jangan berbuat demikian. Langkah Yani laju menuruni anak tangga ke asrama.
Namun begitu langkah tersebut terasa begitu lambat dan mata tangga seolah olah bertambah sekali ganda. Tiba tiba Yani tersentak. Sesuat sejuk menyentuh bahunya. Dan bagai lipas kudung, Yani berlari sekuat hati tanpa menoleh kekiri mahupun ke kanan. Andai sahaja ada pertandingan berlari ketika itu, pasti Yani menjadi juaranya. Mungkin kerana terlampau takut ataupun terlalu terkejut, Yani pengsan sebaik sahaja tiba dibilik asramanya. Ketika tersedar, Yani kehairanan melihat kawan kawan mengelilingnya. "Kenapa Yani? Kau macam kena kajar hantu," tegur azza. "Memang aku kena kejar hantu." akui Yani sambil menceritakan pengalamannya sebentar tadi. Tapi bukan simpati yang diterima daripada kawan kawan, sebaliknya mereka mentertawakannya. Kata mereka mustahil Yani jumpa hantu sebab selama ini9 mereka tahu Yani tak percaya pada hantu. "Yani, entah entah gadis itu student yang baru habis kelas. Dia berdiri disitu sebab nak ambil angin malam. Dan yang kau rasa benda sentuh bahu kau tu mungkin daun yang gugur. apalah kau ni..."
Benarkah begitu? Benarkah gadis yang ditemui itu juga pelajar sepertinya dan sentuhan dibahunya hanyalah daun kayu? Sehingga kini Yani masih tidak mendapat jawapan persoalan tersebut.

Saturday, December 22, 2007
Tuesday, November 20, 2007
Cerita~Gangguan di dalam tandas
Seperti gadis-gadis lain yang dihantar oleh ibu bapa umtuk tinggal di asrama semasa bergelar pelajar, Lisa yang datang dari keluarga yang agak berada tidak mepercayai cerita cerita ganjil yang berlaku diasrama mereka. Selama kehidupannya dikawasan bandar, tidak pernah terlintas difikirannya tentang perkara perkara pelik yang berlaku akibat makhluk asing.
Kawasan sekolah yang terletak dipinggir bandar membuatkan lisa terpaksa menerima hakikat bahawa kedua ibu bapanya menghantarnya ke situ kerana ingin menghadiri ilmu agama yang dibekalkan oleh guru guru bertauliah agar dapat dijadikan panduan buat dirinya.
Penekanan didalm ilmu agama yang ada pada dirinya menyebabkan Liza sering terselamat apabila rakan rakannya diganggu oleh makhluk asing. "Pedinding diri perlu kuat," itulah kata kata ustaz yang sangat diingati.
Lisa sentiasa berhati hati. Segala pantang larang bagi mengelakkan diri dari diganggu makhluk halus seperti menjaga kebersihan dan tingkah laku apabila datang bulan, tidak berada dibawah pokok pokok besar dan bergurau senda sewaktu maghrib antara yang selalu dititikberatkan. Ramai jugak antara rakan rakannya yang telah terkena gangguan makhluk-makhluk tersebut terutama menjelang musin peperiksaan.
Apabila minggu peperiksaan, teriakan pelajar pelajar diasrama perempuan sering kedengaran kerana mereka mudah lemah semangat. Tambahan pula, pada waktu ini, mereka sering mentelaah hingga lewat malam dan masa banyak dihabiskan dengan membaca dan sedikit mengabaikan membaca al-quran dan amalan amalan sunat yang lain.
Pernah suatu malam, rakan baiknya Ina terdengar bunyi baldi yang diseret seperti gaya seseorang ingin membasuh kain pada pukul pagi. Kalau diikut pada fikiran yang waras, siapalah yang ingin mebasuh pakaian ketika orang lain sedang berselimut kesejukkan? Suara tangisan bayi menangis sudah lali dikalangan mereka. Begitu jugak bunyi seseorang sedang menarik kerusi seperti ingin mengubah kedudukan tempat. Boleh dikatakan setiap malam, pasti bunyi itu kedengaran. Penghuni penghuni asrama sudah tidak ambik pusing dengan bunyi itu.
"Asalkan dia tak kacau kita, kita jangan kacau dia. Dia pun makhluk Allah juga," kata kata itulah yang sering berlegar difikirannya.
Namun pada suatu hari, ketika rakan rakannya sudah masuk tidur, Lisa terasa ingin kebilik air kerana ingin membersihkan muka dan memberus gigi. Tandas yang terletak diluar dari kawasan bilik tidak menjadi masalah bagi lisa kerana ia sudah biasa dengan keadaan begitu.
Sedang dia memberus gigi, Lisa terasa bahunya dicuit seseorang. "Siapa pula yang hendak main cuit cuit pada waktu begini?" bisik Liza didalam hatinya. Cuitan mengusik itu membuatkan dadanya berombak kencang.
Walaupun hatinya ingin menoleh kebelakang, namun perasan takutnya tiba tiba datang. Lisa tetap meneruskan memeberus giginya tetapi hatinya tidak putus membacakan ayat ayat suci agar menjadi pelindung bagi dirinya. Liza tahu bahawa makhluk halus suka menggangu orang yang lemah semangat tambahan lagi benda benda tersebut adalah kerana kurangnya tawakal pada Allah. Cuitan gurauan itu berhenti apabila tidak ada tindak balas dari liza. Liza menarik nafas lega kerana terselamat dari terus mengikut rasa takut.
Sekembalinya dari tandas, Lisa terdengar suara rakannya sedang bergelak ketawa dari dalam bilik. Suara Fiza dan Nora jelas kedengaran di telinga. "Rasanya tadi mereka dah tidur,"bisik Lisa didalam hati. Mungkin mereka dah berpakat untuk belajar bersama, bisiknya didalam hati.
Apabila pintu bilik dibuka, semua rakan biliknya seramai lima orang itu lena diulit mimpi. Debaran tiba tiba mengundang kembali. Masih terngiang ngiang ditelinganya suara dua orang rakannya tadi bergurau senda.
"Benda ni tak putus asa untuk kacau aku," bisiknya didalam hati.
Mujur juga dia sempat mengambil wuduk semasa di tandas tadi. Jam menunjukkan hampir 3.30 pagi. Dengan perasan yang kembali reda, Lisa mencapai Al-quran buat penenang bagi dirinya. Bacaan ayat ayat suci yang dialaunkan mengurangkan debaran yang melanda dirinya. Pergantungan yang tinggi pada Allah menyebabkan Lisa terselamat pada malam itu. Tetapi, tidak mustahil makhluk tersebut akan mengganggunya lagi kerana kegagalannya pada malam itu.
Sumber~Naz's Website

Monday, November 5, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)