Free Search

Saturday, June 15, 2013

KISAH NABI MUSA A.S DENGAN SEEKOR BURUNG HELANG


Pada suatu hari Nabi Musa a.s. telah keluar dan pergi berjalan-jalan bersama dengan Yusa' bin Nun , tiba-tiba ada seekor burung putih yang hinggap pada bahu Nabi Musa a.s dan burung itu berkata : " Wahai Nabi Allah lindungilah aku dari suatu pembunuhan pada hari ini ".

Nabi Musa a.s bertanya : " Dari siapa ?"
Jawab burung itu : " Dari burung helang yang mahu memakan aku ."

Burung itu lalu masuk kelengan baju Nabi Musa a.s dan tidak berapa lama datanglah burung helang terbang menghadap Nabi Musa a.s dan berkata : " Hai Nabi Musa,janganlah engkau menghalangi aku dari buruanku."

Nabi Musa berkata : " Aku akan menyembelih seekor kambingku untukmu sebagai gantinya. "

Jawab burung helang : " Daging kambing tidak sesuai bagiku."

Selanjutnya burung helang itu berkata : " Sebagai ganti, aku ingin makan dua biji matamu sebagai ganti."

Jawab Nabi Musa a.s : " Baiklah kalau demikian ."

Kemudian Nabi Musa a.s tidur menelentang dan datanglah burung helang itu hinggap di dada Nabi Musa a.s dan hendak mematuk dua matanya dengan paruhnya.

Melihat yang demikian ini Yusa' bin Nun berkata : " Wahai Nabi Allah,apakah engkau menganggap mudah dua mata engkau,hanya dalam urusan burung ini sahaja ?"

Maka burung itu terbang dari lengan baju Nabi Musa a.s dan helang pun mengejarnya. Akhirnya kedua-dua burung itu kembali menghadap kepada Nabi Musa a.s seraya berkatalah seekor dari antara keduanya :

"Aku sebenarnya adalah malaikat Jibril dan kawanku ini adalah malaikat Mikail. Tuhanmu telah menyuruh kami menguji kepadamu boleh bersabarkah engkau dari QADHA' Tuhanmu atau tidak ?"

Memang kesabaran itu harus dimiliki oleh setiap orang,lebih-lebih lagi orang yang beriman kepada Allah kerana memang orang yang beriman tidaklah akan dibiarkan begitu sahaja setelah ia menyatakan beriman kepada Allah,melainkan ia harus melalui ujian atau cubaan pula.

Rasulullah s.a.w bersabda : " Sabar itu ada tiba :
1. Sabar terhadap bencana.
2. Sabar berlaku taat.
3. Sabar menjauhi perbuatan derhaka.

Barangsiapa sabar terhadap bencana,maka di catat baginya tiga ratus darjat yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jauhnya antara langit dan bumi.

Barangsiapa sabar berlaku taat,maka dicatatkan baginya enam ratus darjat yang jarak jauhnya antara dua darjat seperti jarak jauh antara permukaan bumi yang paling atas dengan dasar bumi yang ketujuh.

Barangsiapa sabar menjauhi perbuatan derhakla,maka dicatatkan baginya sembilan ratus darjat,yang jaraknya jauh antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak jauhnya antara Arsy dengan bumi ."

Thursday, May 30, 2013

Misteri Kemayan City

Sebuah bangunan yang dikenali sebagai Kemayan City sudah lama terbengkalai. Ekoran itu mula timbul pelbagai cerita yang agak menyeramkan terutamanya dari penduduk negara Singapura kononnya menganggap kompleks beli-belah itu wujud.

Penduduk Johor Bahru terutamanya di Tampoi, Skudai, Kulai dan sekitar tentunya mengenali Kemayan City, sebuah kompleks yang terbengkalai mangsa kegawatan ekonomi tahun 1998. Ianya dikenali ramai kerana gahnya sewaktu pelancarannya dahulu.

Tetapi kini Kemayan City yang usang menjadi tempat yang misteri dan mistik, terutama oleh warga Singapura sepertimana yang diceritakan sendiri oleh mangsa kepada Ustaz JAIJ, Ustaz Hanafiah Abdul Razak.

Mall berpuaka! Itulah gelaran diberi kepada kompleks beli-belah terbengkalai Kemayan City di Tampoi apabila beberapa keluarga rakyat Singapura terjebak membeli-belah di situ sebelum pulang ke negara asal mereka dengan membawa daun kering atau barangan dibeli lenyap begitu saja.

Cerita pelik dan menyeramkan berkaitan aktiviti paranormal di kompleks Kemayan City bukan lagi asing di kalangan masyarakat bandaraya ini, malah misteri alam ghaib di pusat beli-belah terbengkalai lebih 10 tahun lalu itu menjadi buah mulut penduduk Singapura.

Bagaikan badi kepada warga Singapura, cerita menggerunkan di Kemayan City dikatakan popular kalangan warga republik berkenaan yang mendakwa mengalami peristiwa dianggap susah diterima akal seperti berbelanja dan makan di pusat beli-belah yang sebenarnya tidak pernah beroperasi selepas projek itu terhenti pada 1998.

Kejadian menyeramkan di pusat membeli-belah berkenaan pernah dialami sekeluarga dari Woodland, Singapura.

Semuanya bermula apabila keluarga terbabit dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di tepi Jalan Johor Bahru-Air Hitam itu ketika mereka dalam perjalanan pulang menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka.

Sebaik tiba di Kilometer 13 Jalan Johor Bahru-Air Hitam menghala pusat bandaraya kira-kira jam 9 malam, keluarga terbabit tertarik ke arah bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjungan orang ramai.

Tarikan itu menyebabkan keluarga terbabit membuat keputusan singgah dan mendapati kemeriahan itu adalah majlis pembukaan pusat beli-belah yang diadakan secara besar-besaran.

Menyangkakan Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang singgah memandangkan malam masih awal.

Selepas berada lebih setengah jam di situ, keluarga berkenaan beredar kerana mempunyai satu lagi destinasi yang perlu singgah sebelum balik ke Singapura.

Mereka menuju rumah saudara di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah berkenaan.

Ketika berada di rumah saudara, seorang ahli keluarga terbabit bercerita mengenai kehebatan majlis pembukaan Kemayan City ketika singgah di situ.

Sungguh mengejutkan apabila keluarga malang itu mendapat berita daripada saudara mereka bahawa bangunan yang didakwa beroperasi sebenarnya masih terbengkalai sehingga kini, bahkan semakin usang.

Kesemua barangan yang dibeli termasuk pakaian didapati hilang sebaik mereka tiba di rumah dan keadaan itu menimbulkan gangguan emosi kepada keluarga berkenaan selepas melalui detik menyeramkan, pelik dan aneh di Kemayan City.

Credit: http://jiwang.org/seram-dan-ngeri/210962-cerita-seram-dan-misteri-3.html

Wednesday, May 15, 2013

Hijrah Sperma Menjadi Seorang Manusia


"Setelah sekian lama menginap di dalam skrotum di bahagian epididimis seorang insan yang bergelar lelaki, telah berlakunya peristiwa penghijrahan beramai-ramai jutaan sperma ke suatu tempat yang asing bagi mereka.

Mereka berhijrah melalui kaedah pancutan ke dalam tubuh seorang wanita. Ke suatu tempat yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini.

Di tempat asing tersebut, para sperma berlumba-lumba pula menuju ke Tiub Fallopio. Dengan hasrat dan azam yang tinggi, menjadi satu-satunya sperma yang berjaya memikat hati sang ovum. Pelbagai rintangan ditempuhi. Hingga ada yang sesat dan terperangkap. Malah ada yang terbunuh. Hanya satu sahaja sperma bertuah yang layak bersatu dengan ovum.

Setelah mereka berdua bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukan sperma yang lain. Ovum dan sperma bersenyawa dan menjadi zigot. Setelah membesar menjadi embrio, berhijrah pula ke uterus untuk menempel di situ. Setelah itu, berlaku pelbagai lagi transformasi hingga menjadi fetus yang hampir lengkap ciri-ciri seorang bayi.

Genap 9 bulan 10 hari, fetus mula mengganas. Menendang-nendang tempat penginapannya sebagai tanda protes mahu berhijrah lagi. Kali ini, dia mahu berhijrah ke tempat yang lebih luas dan indah. Akhirnya... Uwekk.. Uwekk.. Uwek.. Dia berjaya keluar dari alam rahim untuk berhijrah ke alam dunia. Fetus kini bergelar bayi. Dan bakal terus membesar dan membesar menjadi seorang manusia.

Hijrahnya tidak akan terhenti setakat itu saja. Di dunia yang fana ini, dia akan terus berhijrah. Berhijrah dari suatu tempat ke suatu tempat. Berhijrah dari darul kufur ke darul Islam. Berhijrah dari sifat mazmumah kepada sifat mahmudah. Berhijrah daripada seorang manusia menjadi seorang insan yang soleh dalam usaha menjayakan misi penghijrahannya yang terakhir. Iaitu hijrah menuju keredhaan Allah serta syurga yang kekal abadi. InsyaAllah...

"Dan sesiapa yang berHijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berHijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berHijrah kepada Allah dan Rasulnya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala Hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisa : ayat 100)