Free Search

Wednesday, March 6, 2013

Cara misteri Kassim menjadi kaya raya

Saya datang ke KL pada tahun 1999. Asalnya datang hanya untuk sebentar, membantu kawan menyiapkan satu projek pemasangan sensor Karbon Monoksida di pusat parkir bawah tanah KLCC.

Selama lebih 6 bulan saya berada di bawah kawasan Parkir tersebut dan semuanya masih dalam keadaan serba baru. KLCC baru dibuka dan suasana bangunan hebat tersebut cukup canggih. Kedai-kedai di dalamnya memang vogue dan pengunjungnya juga amat vogue.

Oleh kerana semua orang di pusat membeli belah Suria KLCC semunya vogue, saya segan hendak naik ke atas melainkan jika benar-benar ada urusan.

Pada satu hari saya dihubungi seorang kawan, Kassim yang berasal dari Sungai Petani, Kedah, "Assalamualaikom! Bihi, aku dah ada kat KL!, hang kat mana?" Kassim bertanya melalui telefon.

"Aku ada kat KLCC, hank kat mana?" Saya membalas.


"Aku kat Puduraya, hang tunggu kat situ, aku pi sana!", balas Kassin ringkas.

"OK, bila dah sampai nanti hang pi cari kaunter Info dan tunggu aku kat situ. Aku akan cari hang" Saya menjawab. Saya meneruskan kerja di bawah tanah dan tidak berapa lama kemudian mendapat panggilan semula dari Kassim yang dahpun sampai di KLCC.

Tanpa melengahkan masa saya naik ke atas dan menuju ke arah kaunter Info. Dari jauh terlihat Kassim sedang tercongak-congak keseorangan di situ. Bila hampir saja di tempatnya, saya lihat ada banyak beg lusuh tersusun di sekeliling kakinya.

Rupanya dia berniat untuk berhijrah ke KL dan datang terus dari Pudu untuk menemui saya bersama dengan semua barang-barang yang dia bawa dari kampung. Lebih mengejutkan, apabila dia berkata tidak ada tempat untuk menumpang.

Saya respect dengan sikap tebal muka Kassim yang tanpa terlebih dulu memberitahu akan datang dan langsung tak bertanya terlebih dulu untuk mendapatkan pertolongan dari saya.

Atas rasa tanggung jawab seorang manusia, saya terpaksa menawarkan rumah di USJ 12 sebagai tempat menumpangnya. Di situlah Kassim memulakan kehidupan yang penuh mencabar dengan serba kekurangan. Saya berkongsi makanan ala kadar bersama dengannya setakat termampu.

Selang beberapa hari, dia pergi mengambil motosikal kapcai yang dikirim melalui keretapi. Kassim mula panjang langkah dengan moto kapcainya itu. Kassim tinggal dengan saya agak lama sehinggalah dia mendirikan rumah tangga, dia masih menumpang dengan lagi di situ.

Saya terpaksa berkorban memberikan bilik masterbedroom khas untuk dia dan isteri. Nasib baik saya masih bujang ketika itu.

Satu perkara yang saya langsung tak berkenan dengan Kassim adalah sikap suka cakap besarnya. Dia sentiasa bercakap seolah-olah dia kaya raya dan cukup berjaya. Sedangkan saya tahu bagaimana dia menumpang dengan saya.

Tidak beberapa lama dia mendapatkan rumah sendiri dan pindah bersama dengan isterinya. Kami mula membawa haluan masing-masing dan berjumla sekali sekala jarang-jarang. Bila berjumpa dia masih dengan sikap berlagak cakap besar.

Lebih memualkan lagi adalah betapa tidak logik segala percakapannya. Apa saja yang dibincangkan sering tidak seiring yang memperlihatkan betapa dia terlalu cetek pengetahuan dan terlalu kurang membaca. Banyak cakap-cakapnya saya malas nak lawan atau layan kerana hanya membuang masa.

Tapi nak diringkaskan cerita, setelah lama tak jumpa dia akhirnya bertemu kembali dengan saya. Kali ini dia benar-benar kaya. Memandu Merz E-Class. Berjam tangan mahal yang saya tak reti sebut jenamanya dan pakaian, kasut, pen semuanya mahal-mahal. Apa yang diulang cakapnya dulu semuanya menjadi kenyataan.

Dari mana dia mendapatkan duit yang banyak masih tinggal misteri bagi saya. Memang ada cubaan untuk mengorek rahsianya, tapi sikap cakap besar dan asyik tunjuk kaya memualkan saya. Setiap kali berjumpa ada saja benda hebat yang diceritakan baru dibelinya.

Mengenali dia saya yakin 90% daripada apa yang dikhabarkannya adalah belum berlaku lagi seperti mana dulu juga. Tapi saya masih musykil darimana dia tiba-tiba menjadi mewah. Bukanlah saya dengki dan ingin memiliki kereta sepertinya, saya cuma mahu tahu rahsia kejayaannya sahaja yang amat misteri.

Kassim tahu saya lebih memandang keupayaan untuk mengadakan sejam sehari bersenam dan menikmati waktu pagi di sekeliling taman adalah jauh beratus kali ganda lebih bernilai daripada Merz E-Class yang dimilikinya.

Kini saya mengelakkan diri daripada menemuinya. Tiada apa-apa faedah untuk saya meneruskan perhubungan yang menyemakkan dada dengan cakap besar dan penuh dengan aktiviti mengejar dan menunjuk kemewahan.

Namun begitu satu perkara penting yang dapat kita belajar dari Kassim adalah, jika anda mahukan sesuatu dan sentiasa mengulang sebutnya tanpa jemu-jemu, lambat laun semuanya akan menjadi kenyataan tak kisah samada anda tak berapa cerdik atau memualkan orang lain!

TQ : http://www.hidupringkas.com/2013/02/cara-misteri-kassim-menjadi-kaya-raya.html

Friday, February 15, 2013

APA PERASAAN ANDA JIKA MEREKA INGIN MEMBUNUH 140JUTA ORANG ISLAM ?


Di sebuah bar,seorang pemuda melihat Bush dan Obama sedang sibuk berbincang. Pemuda itu pun datang dekat dan bertanya.

Pemuda: Apa yang korang bincangkan?

Bush: Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3.

Pemuda : Really? Apa yang akan terjadi?

Bush: Ya,kali ini kami akan membunuh 140 juta orang Islam & Angelina Jolie.

Pemuda: Hah,Angelina Jolie!! Kenapa Angelina Jolie??

Bush menoleh ke Obama & berkata: Tengok! kan aku dah kata , tak seorang pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang ORANG ISLAM yang terkorban tu.

*p/s : cerita rekaan smata2 tapi ADA MAKSUD YANG TERSIRAT.....=)

Tuesday, January 15, 2013

KISAH SEORANG HAMBA ALLAH YANG BERIBADAT SELAMA 500 TAHUN


Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30 hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap penjuru.

Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima permintaanya.

Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t. lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.

Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah, masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t. berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".Kemudian Allah s.w.t. bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak ada"Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".Allah s.w.t. bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"

lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah yang melakukanya."Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan rahmat Allah s.w.t.

Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan rahmatnya.

Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu dapat memasuki syurganya .Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t. memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.